Pesawat pejuang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Pesawat pejuang adalah pesawat tentera yang direka untuk bertempur dengan kapal terbang lain. Ia berbeza dengan pesawat pengebom, yang direka bagi menyerang sasaran darat, terutamanya menggugurkan bom. Pesawat pejuang secara umumnya, adalah lebih kecil (jika dibandingkan dengan pesawat pengebom), lebih laju, mempunyai ketangkasan yang tinggi dan dilengkapi dengan sistem deria dan senjata yang semakin canggih untuk memintas dan bertempur dengan kapal terbang musuh.

An A-10 Thunderbolt II, F-86 Sabre, P-38 Lightning dan P-51 Mustang dalam formasi semasa pertunjukan udara di Pengkalan Udara Tentera Udara Langley, Virginia. Formasi ini mempamerkan empat generasi pesawat Tentera Udara - 3 daripadanya adalah pejuang
An A-10 Thunderbolt II, F-86 Sabre, P-38 Lightning dan P-51 Mustang dalam formasi semasa pertunjukan udara di Pengkalan Udara Tentera Udara Langley, Virginia. Formasi ini mempamerkan empat generasi pesawat Tentera Udara - 3 daripadanya adalah pejuang

Senarai kandungan

[sunting] Pendahuluan

Pada suatu masa sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, terdapat dua jenis pesawat pejuang. Pesawat kecil satu enjin yang digunakan sebagai pesawat pemintas dan pesawat pejuang siang, kadang-kala dirujuk sebagai pengejar (pursuit), sementara rekabentuk enjin berkembar digunakan sebagai pesawat pejuang berat.

Peranan yang terakhir ternyata tidak dapat dilaksanakan, atau tidak cukup usaha diberikan untuk menjadikan ia kekal berguna. Kemudian ia disenaraikan kepada peranan kedua yang sentiasa bertambah, termasuk pejuang penyerang (strike fighter), pemusnah pengebom dan pejuang malam, di mana enjin berkembar memberikannya keupayaan tambahan yang diperlukan untuk memenuhi peranan ini.

Ketika prestasi enjin pesawat semakin meningkat, terutamanya dengan enjin jet pada 1960-an, keperluan bagi rekabentuk berlainan perlahan-lahan lenyap. Mula-mula reka bentuk pesawat pemintas, pemusnah pengebom dan pejuang malam digabung kedalam kelas pesawat tunggal. Kemajuan berikutnya dalam sistem pensasar dan peningkatan keupayaan bebanan bererti pejuang moden mampu membawa beban seberat pengebom Perang Dunia II, menyingkirkan kebanyakan peranan pengebom dan pesawat penyerang darat. Kini biasanya hanya terdapat dua reka bentuk pejuang umum, pesawat kecil yang merupakan asas tunjang kebanyakan tentera udara, dan reka bentuk yang lebih besar untuk beroperasi pada jarak lebih jauh, kadang kala dikenali sebagai pesawat pemintas.

Pesawat pejuang dimajukan semasa Perang Dunia I, dan digunakan bagi menjatuhkan pesawat peninjau musuh dan belon. Kuasa enjin amat terhad sehinggakan ia hampir tidak mampu terbang, tetapi pada akhir peperangan ia menjadi reka bentuk utama dalam simpanan.

Pada Perang Dunia II pesawat pejuang amat penting. Penguasaan udara telah menjadi bahagian penting dalam doktrin ketenteraan, terutamanya dalam kes blitzkrieg. Ketidak upayaan Luftwaffe untuk memusnahkan skuadron pejuang British semasa Pertempuran Britain menjadikan penjajahan Britain melalui laut tidak dapat dilaksanakan. Apabila kuasa enjin meningkat, rekabentuk sedia ada seringkali digunakan bagi peranan lain, dengan pesawat seperti Republic P-47 dan Hawker Typhoon menjadi mashyur sebagai pesawat penyerang.

Messerschmitt memajukan pejuang jet beroperasi yang pertama, Me 262, terbukti lebih pantas berbanding pesawat berkipas biasa. Dari segi umum, jet adalah kebal selagi juruterbangnya menggunakan kelebihan kepantasannya. Me 262 mampu terbang jauh daripada pejuang yang bertahan, atau, ditangan juruterbang terlatih, ia mampu mengejar pejuang lawan begitu pantas sehinggakan lawan tidak mampu lari daripada meriamnya. Me 262 kurang digunakan, sebahagiannya akibat kekurangan bahan api Jerman. Tambahan lagi, kelebihan kelajuannya dihadkan dengan banyak oleh desakan Adolf Hitler agar ia digunakan terutamanya sebagai pejuang pengebom. Bagaimanapun pesawat itu jelas menunjukkan berakhirnya tempoh pejuang berenjin berkipas. Gloster Meteor Britain, yang dibangunkan semenjak akhir 1930-an, dihasilkan tidak lama kemudian, dirangsang oleh laporan mengenai jet Jerman, dan pada akhir perang kesemua reka bentuk pejuang berenjin kipas terhenti.

Pada 1950-an, pesawat berenjin jet yang mampu mencapai penerbangan supersonik dibangunkan. Kuasa enjin yang dihasilkan masih rendah, dan rekabentuk dikhususkan bagi peranan tertentu. Sebanarang tentera udara mungkin menmpunyai tiga atau empat rekabentuk, pejuang siang, pejuang malam, pesawat penyerang dll.

Perbezaan ini berterusan berkurangan semasa 1960-an, tidak semestinya dangan hasil yang baik. McDonnell F-4 Phantom II direka sepenuhnya sebagai pesawat pemintas bagi Tentera laut Amerika Syarikat, tetapi berjaya dalam peranan pesawat pelbagai peranan bagi Tentera Udara Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat termasuk juga kebanyakan negara lain. Hanya beberapa tahun kemudian, bagaimanapun, General Dynamics F-111, bertujuan berperanan sebagai pejuang pelbagai-peranan, pelbagai-khidmat, terbukti hampir bencana, tidak berguna sebagai pesawat pejuang sehinggakan versi tentera laut dibatalkan, dan jenis tersebut berakhir sebagai pesawat pengebom. Belanjawan dan realiti politik semakin memaksa pembangunan pelbagai-peranan berbanding pesawat khusus, tetapi selain pengecualian tertentu (seperti F/A-18 Hornet), permintaan bagi pesawat penyerang yang baik dan pejuang tempur udara yang baik kekal sukar dicapai.

Pembangunan terkini termasuk penonjolan radar bagi pesawat--teknik yang dikenali sebagai halimunan--termasuk juga peningkatan jarak pada kelajuan supersonik (superkruis) dan pergerakan yang lebih baik. Akhirnya, kebanyakan pihak percaya bahawa tidak terdapat masa depan bagi pesawat pejuang berpemandu kerana mereka akhirnya akan digantikan oleh [[Pesawat Tempur Tanpa Pemandu (Unmanned Combat Air Vehicle)]] (UCAV). Bagaimanapun, pasukan udara utama dunia sekarang dalam proses menggantikan pesawat mereka dengan pesawat generasi baru, dengan itu perubahan ini kemungkinannya memakan masa yang lebih lama.

[sunting] Sejarah

[sunting] Pesawat pejuang berenjin piston

[sunting] 1914-1918

Replika kapal terbang Fokker Dr.I di ILA 2006, pesawat 3-satah "Red Baron"
Replika kapal terbang Fokker Dr.I di ILA 2006, pesawat 3-satah "Red Baron"

Pertempuran udara mula-mula timbul semasa Perang Dunia I di mana seorang juruterbang dari Perancis Roland Garros diberi pingat kerana ciptaannya meletakkan mesingan pada kapal terbangnya, yang menembak peluru melalui kipas. Walaupun reka bentuk tersebut jatuh ketangan Jerman, Garros telah menggunakannya untuk menjatuhkan tiga pesawat musuh.

Kapal terbang terkenal (dengan tahun diperkenalkan) :

[sunting] 1919-1938

Semasa tempoh antara perang reka bentuk pejuang berubah daripada kapal terbang dua sayap yang diperbuat daripada kayu dan kain semasa Perang Dunia I, menjadi kapal terbang satu dan dua sayap yang diperbuat daripada logam.

Dalam tempoh beberapa tahun sebelum Perang Dunia II, pejuang yang menjadi terkemuka semasa Pertempuran Britain dimajukan - Supermarine Spitfire, Hawker Hurricane dan Messerschmitt Bf 109. Yang terakhir diuji dalam Peperangan Saudara Sepanyol.

Kapalterbang dua sayap

Kapalterbang sayap tunggal

[sunting] 1939-1945

Kebanyakan pesawat ini mampu melebihi 400 bth (600 km/h) dalam penerbangan mendatar, dan cukup pantas ketika menjunam sehinggakan ia mula berhadapan dengan gelora transonik yang dialami hampir pada Mach 1, kadang-kala berkecai dalam penerbangan akibat beban berat pada kapal terbang semasa hampir mencapai "kelajuan bunyi". Brek junaman dimajukan pada akhir Perang Dunia II bagi menimima masaalah ini dengan itu mengembalikan kawalan pada juruterbang.

Kapalterbang PZL P.11c, Poland daripada Skuadron Eagle Owls. Pada 1 September 1939, Leftenan Udara Hieronim Dudwał, yang menerbangkan kapalterbang ini, telah menembak jatuh kapalterbang He 111 Jerman di Warsaw.
Kapalterbang PZL P.11c, Poland daripada Skuadron Eagle Owls. Pada 1 September 1939, Leftenan Udara Hieronim Dudwał, yang menerbangkan kapalterbang ini, telah menembak jatuh kapalterbang He 111 Jerman di Warsaw.
Focke-Wulf Fw 190
Focke-Wulf Fw 190
Yakovlev Yak-9
Yakovlev Yak-9
Model awal P-51A Mustang
Model awal P-51A Mustang

Kapalterbang ternama

Bendera Australia Australia

Bendera Perancis Perancis

Bendera Finland Finland

Bendera Itali Itali

Bendera Jepun Jepun

Nazi Jerman

Bendera Poland Poland

Bendera Romania Romania

Bendera Sweden Sweden

Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet

Bendera United Kingdom United Kingdom

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Yugoslavia

[sunting] Pesawat pejuang berkuasa jet

[sunting] Generasi Pertama (1944-1953)

Jet pejuang generasi pertama menghadapi masalah pada kelajuan bunyi (menyerupai dengan pejuang berenjin omboh/piston) sehinggalah jurutera penerbangan Richard Whitcomb menemui "aturan luas permukaan Whitcomb" pada 1952. Rekaan berikut menonjolkan fiuslaj "berbentuk botol" yang meningkatkan prestasi. Ini merupakan perbezaan penting antara jet pejuang awal (F-86, dan lain-lain) dengan yang berikutnya seperti F-5.

Pesawat MiG-15 dalam lambang Poland
Pesawat MiG-15 dalam lambang Poland
Pesawat F-86 Sabres daripada Tentera Udara Pakistan
Pesawat F-86 Sabres daripada Tentera Udara Pakistan

Pesawat ternama :

Bendera Kanada Kanada

Bendera Perancis Perancis

Nazi Jerman

Flag of the People's Republic of China China

Bendera Sweden Sweden

Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet

Bendera United Kingdom United Kingdom

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Generasi Kedua (1953-1960)

Pesawat "generasi ke-2" North American F-100 Super Sabre. Ia adalah pesawat pertama A.S yang melepasi kelajuan bunyi semasa penerbangan.
Pesawat "generasi ke-2" North American F-100 Super Sabre. Ia adalah pesawat pertama A.S yang melepasi kelajuan bunyi semasa penerbangan.
Pesawat pejuang F-105 Thunderchief
Pesawat pejuang F-105 Thunderchief
Pesawat generasi ke-2 Mikoyan MiG-21 'Fishbed'
Pesawat generasi ke-2 Mikoyan MiG-21 'Fishbed'
Pesawat generasi ke-2 Saab 32 Lansen
Pesawat generasi ke-2 Saab 32 Lansen

Pesawat pejuang generasi ke-2 banyak menggunakan teknologi-teknologi baru unuk meningkatkan keupayaan serangan. Penggunaan peluru berpandu seperti AIM-9 Sidewinder dan AIM-7 Sparrow telah diperkenalkan.

Pengkhususan utama semasa era ini adlah pesawat pejuang-pengebom seperti F-105 dan Sukhoi Su-7, dan pesawat pemintas seperti English Electric Lightning dan F-104 Starfighter.

Pesawat ternama :

Bendera Perancis Perancis

Bendera India India

Flag of the People's Republic of China China

Bendera Sweden Sweden

Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet

Bendera United Kingdom United Kingdom

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Generasi Ketiga (1960-1970)

Pesawat generasi ke-3 A.S, F-4 Phantom II
Pesawat generasi ke-3 A.S, F-4 Phantom II
Pesawat generasi ke-3 Soviet, MiG-25
Pesawat generasi ke-3 Soviet, MiG-25
Pesawat generasi ke-3 China, J-8II
Pesawat generasi ke-3 China, J-8II
Pesawat generasi ke-3 Tentera Udara Diraja Australia Mirage IIIO
Pesawat generasi ke-3 Tentera Udara Diraja Australia Mirage IIIO

Pesawat pejuang generasi ke-3 menandakan kematangan inovasi teknologi yang diperkenalkan pada pesawat generasi pertama. Keupayaan tempur pesawar telah ditingkatkan dengan penggunaan peluru berpandu yang dipertingkatkan, radar, dan sistem avionik yang lain. Paling ketara adalah pengalaman pertempuran dengan menggunakan peluru berpandu dan senjata tembakan automatik terbaru, terutaanya meriam rangkaian yang menggunakan enjin elektrik untuk menjana mekanisma meriam, yang mana membolehkan senjata tunggal berbilang laras seperti meriam Vulcan 20mm) dibawa dan yang mana mempunyai kadar tembakan dan ketepatan yang tinggi.

Pesawat ternama :

Bendera Perancis Perancis

Bendera Iran Iran

Bendera Israel Israel

Flag of the People's Republic of China China

Bendera Afrika Selatan Afrika Selatan

Bendera Sweden Sweden

Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Generasi Keempat (1970-1990)

Pesawat F-14 Tomcat
Pesawat F-14 Tomcat
Pesawat Mirage 2000
Pesawat Mirage 2000
Pesawat AIDC F-CK-1 Ching-kuo(Taiwan)
Pesawat AIDC F-CK-1 Ching-kuo(Taiwan)

Sebagai reaksi atas peningkatan kos terhadap pesawat pejuang dan kejayaan pesawat F-4 Phantom II, pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) menjadi popular dalam jangka waktu ini. Pesawat pejuang seperti MiG-23 dan Panavia Tornado mempunyai versi di reka khusus untuk melaksanakan pelbagai peranan, walaupun begitu pesawat MRCA sebenar adalah F/A-18 Hornet dan Dassault Mirage 2000.

Tidak seperti pesawat pemintas di era sebelumnya, kebanyakan pesawat penguasaan udara moden direka untuk pertempuran lincah di udara, dengan pengecualian pada pesawat MiG-31 dan Panavia Tornado ADV. Kawalan Fly-by-wire dan kestabilan santai adalah merupakan perkara biasa dalam pesawat pejuang moden. Perubahan ketara lain adalah menstandardkan komponen dan pengantungan pada penyelengaraan yang lebih mudah mana pesawat pejuang awal memerlukan sehingga 50 jam-bekerja oleh krew sokongan untuk setiap jam penerbangan di udara. Kebanyakan pesawat pejuang moden hanya memerlukan 10 jam-bekerja bagai setiap jam penerbangan di udara, malah terdapat pesawat pejuang yang mana lebih cekap.

Pesawat ternama :

Bendera Perancis Perancis

Flag of the People's Republic of China China

Flag of the People's Republic of China China / Pakistan

Bendera Taiwan Taiwan:

Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet

Bendera United Kingdom United Kingdom / Bendera Jerman Jerman / Bendera Itali Itali

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Generasi Ke 4.5 (1990-2000)

Eurofighter Typhoon (UK, Jerman, Itali, Sepanyol)
Eurofighter Typhoon (UK, Jerman, Itali, Sepanyol)
Sukhoi Su-30MKI 'Flanker' (India)
Sukhoi Su-30MKI 'Flanker' (India)
JAS-39 Gripen (Sweden)
JAS-39 Gripen (Sweden)
Dassault Rafale (France)
Dassault Rafale (France)
F/A-18E Super Hornet (A.S)
F/A-18E Super Hornet (A.S)

Generasi ke 4.5 ditentukan untuk menandakan jangka waktu singkat disebabkan tiadanya perkembangan teknologi aerodinamik jika dibandingkan dengan kemajuan yang dibawa generasi ke-3 dan ke-4, tetapi pencapaian yang mengagumkan dalam avionik dan elektronik penerbangan yang lain. Sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan yang telah dicapai dalam teknologi mikrocip dan semi konduktor dalam tahun 1980-an dan 1990-an. Kombinasi ini menjurus pereka untuk mengeluarkan reka bentuk generasi ke-4 yang "dipertingkatkan", dengan kerangka pesawat diasaskan daripada kerangka pesawat sedia ada atau teori reka bentuk yang sama seperti sebelumnya tetapi dengan penggunaan avionik dan radar untuk jangka masa pendek dan maklum balas yang diterima dari reka bentuk halimunan generasi ke-4, yang mana kemudiannya akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan pesawat generasi ke-5. Contoh pesawat generasi ke 4.5 adalah pesawat F/A-18E/F Super Hornet, yang mana berdasarkan teknologi reka bentuk F/A-18 Hornet di tahun 1970-an. Walaupun secara luarannya, keadaan reka bentuk bentuk pesawat ini lebih kurang sama, pesawat Super Hornet mempunyai sistem avionik termaju seperti kokpit kaca (yang mana masih 90% sama dengan pesawat asal), radar AESA yang lebih stabil, enjin terbaru, penggunaan bahan komposit untuk menurunkan berat, dan perubahan kecil pada bentuk pesawat untuk mengurangkan kesan radar. Contoh lain adalah pesawat F-15E Strike Eagle, versi pesawat serang darat di era Perang Dingin iaitu pesawat F-15 Eagle dengan kerangka pesawat yang diperkukuhkan dan enjin dipertingkatkan, paparan kokpit kaca, dan sistem pengemudian mengikut permukaan dan sasaran termaju. Daripada pesawat generasi ke 4.5, hanya pesawat Super Hornet, Strike Eagle, dan Rafale yang telah terlibat dalam aksi pertempuran.

Pesawat ternama :

Bendera Perancis Perancis

Bendera India India

Bendera Jepun Jepun / Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

Flag of the People's Republic of China China

Rusia

Rusia / Bendera India India

Rusia / Flag of the People's Republic of China China

Bendera Sweden Sweden

Bendera United Kingdom United Kingdom / Bendera Jerman Jerman / Bendera Itali Itali / Bendera Sepanyol Sepanyol

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Generasi Kelima (2000-Sekarang)

Pesawat X-35, prototaip untuk F-35 Lightning II, pesawat pejuang "generasi ke-5"
Pesawat X-35, prototaip untuk F-35 Lightning II, pesawat pejuang "generasi ke-5"

Daripada pesawat ini, hanya pesawat F/A-22 Raptor buatan A.S, telah dikeluarkan pada tahun 2004 dan sedang beroperasi.

[sunting] Dalam perkhidmatan

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Dalam pembangunan

Bendera India India

Rusia

Rusia / Bendera India India

  • Projek pesawat pejuang genersi ke-5 - berdasarkan pesawat Sukhoi PAK FA, penerbangan sulong dijangka pada tahun[3][4]

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat

[sunting] Demonstrasi teknologi

Bendera Jepun Jepun

Rusia

Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat


[sunting] Pautan luar