Eurofighter Typhoon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Typhoon
Eurofighter 9803 5.jpg
Pesawat Eurofighter IPA Luftwaffe, Jerman. Versi latihan 2 tempat duduk yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara.
Peranan Tempur pelbagai peranan
Pengeluar Eurofighter GmbH
Penerbangan sulung 27 Mac 1994[1]
Diperkenalkan 4 Ogos 2003
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Diraja British
Luftwaffe
Aeronautica Militare
Tentera Udara Sepanyol
Dikeluarkan 1994-kini
Jumlah dibina 400 setakat Disember 2013[2][3][4]
571 buah dipesan (seakat Januari 2013)
Kos seunit £64.8 juta (Tranche 1 & 2)[5]€90 juta (kos sistem Tranche 3A)[6]
£125 juta (termasuk kos pembangunan + pengeluaran)[7]
Dibangunkan dari British Aerospace EAP

Eurofighter Typhoon (Bahasa Melayu: Taufan) merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan lincah, sayap delta, berkanard dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat kongsi iaitu Alenia Aeronautica, BAE Systems dan EADS - melalui syarikat pemegangan Eurofighter GmbH yang ditubuhkan pada 1986. Projek ini diuruskan oleh NETMA (NATO Eurofighter and Tornado Management Agency) yang bertindak sebagai pelanggan utama.[8] Bagaimanapun, kajian mengenai projek ini telah bermula sejak 1979 lagi.

Tertib pengeluaran Eurofighter Typhoon telahpun bermula. Pesawat ini telah mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman (Luftwaffe),[9] Tentera Udara Itali dan Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Austria. Arab Saudi pula telah memeterai perjanjian kontrak bernilai GB£4.43 bilion (sekitar 6.4 bilion pada 2007) untuk membeli 72 buah pesawat.[10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Garis masa Eurofighter Typhoon.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Britain telah mengenal pasti keperluan untuk pesawat pejuang baru seawal tahun 1971. Spesifikasi AST 403, telah dikeluarkan oleh Staf Udara pada 1972, menghasilkan reka bentuk konvensional "berekor" yang dikenali sebagai P.96, yang mana telah diperkenalkan pada akhir 1970-an. Walaupun reka bentuk pesawat mungkin memenuhi keperluan Staf Udara, industri penerbangan Britain merasa sangsi disebabkan ia menyamai pesawat F/A-18 Hornet, yang mana pada itu sedang dibangunkan. Reka bentuk pesawat mempunyai potensi untuk dibangunkan pada masa depan, dan apabila pesawat ini dikeluarkan ia dijangka akan menembusi pasaran eksport yang dikuasai oleh pesawat F/A-18 Hornet.[11] Pada masa yang sama, pada 1979 Jerman Barat memerlukan pesawat pejuang baru yang membawa kepada pembangunan konsep TFK-90.[12] This was a cranked delta wing design with forward canard controls and artificial stability. Walaupun pereka British Aerospace menolak beberapa ciri-ciri reka bentuk termaju pesawat ini seperti muncung enjin vektor dan kawalan lubang trailing-edge, mereka telah bersetuju dengan konfigurasi keseluruhan.

Pada tahun 1979, British Aerospace dan Messerschmitt-Bölkow-Blohm mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan masing-masing untuk ECF (Pesawat Pejuang Usahasama Eropah)[13] atau Pesawat Tempur Eropah.[14] Pada Oktober 1979 Dassault menyertai kumpulan ECF untuk penyelidikkan 3-negara, yang mana dikenali sebagai Pesawat Tempur Eropah.[13] Pada ketika inilah nama Eurofighter digandingkan pada pesawat ini.[15] Pembangunan prototaip pelbagai negara diteruskan. Perancis mengeluarkan pesawat ACX. Britain pula menghasilkan 2 reka bentuk. Pesawat P.106 adalah pesawat pesawat pejuang "ringan" satu enjin, pada zahirnya menyamai pesawat JAS 39 Gripen, manakala pesawat P.110 adalah pesawat pesawat pejuang 2 enjin. Konsep pesawat P.106 telah ditolak oleh Tentera Udara Diraja Britain, berdasarkan hujah pesawat ini mempunyai "separuh daripada kecekapan dan pada 2/3 harga pesawat 2 enjin".[11] Jerman Barat menyambung usaha untuk memperhalusi konsep pesawat TFK-90.[14] Projek pesawat ECA telah gagal pada tahun 1981 di sebabkan oleh beberapa faktor termasuk perbezaan keperluan, desakan Dassault untuk "mengetuai reka bentuk" dan pilihan Britain untuk menggunakan enjin terbaru RB199 berbanding pilihan Perancis, enjin terbaru SNECMA M88.[15]

Akibatnya para rakan kongsi iaitu Panavia (BAe, MBB dan Aeritalia) melancarkan program Pesawat Tempur Lincah (Agile Combat Aircraft-ACA) pada bulan April 1982.[16] Pesawat ACA menyamai pesawat BAe P.110 dengan rekabentuk sayap delta, kanard dan berekor kembar. Satu perbezaan luaran yang ketara adalah penukaran lubang udara enjin dari rekabentuk lekapan tepi kepada lubang udara enjin berdagu. Pesawat ACA akan dilengkapi dengan enjin RB199 yang diubah suai. Kementerian Pertahanan Britain bersetuju untuk menanggung 50% kos daripada kos dan 50% selebihnya akan disediakan oleh pihak industri. Syarikat MBB dan Aeritalia menyasarkan untuk mengeluarkan 2 buah pesawat, setiap satu oleh Warton dan MBB. Pada Mei 1983 BAe telah mengumumkan kontrak bersama Kementerian Pertahanan Britain untuk membangunkan dan menghasilkan pesawat demonstrasi ACA, iaitu Program Pesawat Eksperimen.[16]

Pada 1983 Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol melancarkan program Pesawat Pejuang Masa Depan Eropah atau (Future European Fighter Aircraft-FEFA). Pesawat ini mesti mempunyai keupayaan STOL dan Beyond Visual Range (BVR). Pada 1984, Perancis menekankan keperluannya untuk versi pengoperasian di atas kapal pengangkut pesawat dan menuntut agar diberi tugas untuk mengetuai program. Britain, Jerman Barat dan Itali memilih untuk keluar daripada program ini dan menubuhkan program baru pesawat EFA.[14]

Di Turin pada 2 Ogos 1985 Itali, Jerman Barat dan Britain telah bersetuju untuk meneruskan program Eurofighter. Pengumuman perjanjian ini mengesahkan bahawa Perancis, bersama-sama Sepanyol, memilih untuk tidak meneruskan keanggotaan dalam projek ini.[17] Meskipun terdapat tekanan daripada Perancis, Sepanyol kemudiannya telah menyertai kembali projek Eurofighter pada awal bulan September 1985.[18] Perancis secara rasminya berundur daripada projek untuk menyambung kembali projek pesawat ACX, yang mana kemudiannya dikenali sebagai Dassault Rafale.

Eurofighter Typhoon T1 daripada Tentera Udara Diraja British. Garis gelap di tengah fuislaj adalah ekzos Unit Kuasa Bantuan.

Pada tahun 1985 juga pesawat BAe EAP telah dikeluarkan di BAe Warton, yang dibiayai sendiri oleh MBB dan BAe. Pesawat EAP melakukan penerbangan sulung pada 6 Ogos 1986.[19] Pesawat Eurofighter membawa persamaan dengan pesawat EAP. Kerja reka bentuk berlanjutan untuk 5 tahun berikutnya dengan menggunakan data daripada pesawat EAP. Keperluan jumlah awal pesawat adalah: Britain: 250, Jerman: 250, Itali: 165 dan Sepanyol: 100. Pengeluaran pesawat dibahagikan di antara negara-negara berdasarkan perkadaran jangkaan pembelian pesawat iaitu - British Aerospace (33%), DASA (33%), Aeritalia (21%), dan Construcciones Aeronáuticas SA (CASA) (13%).

Tahun 1986 juga menyaksikan penubuhan syarikat Eurofighter Jagdflugzeug GmbH yang berpusat di Munich yang akan mengendalikan pembangunan projek[20] dan EuroJet Turbo GmbH, persekutuan Rolls-Royce, MTU Aero Engines, FiatAvio (now Avio) dan ITP untuk pembangunan EJ200.

Sehingga tahun 1990, pemilihan radar pesawat menjadi halangan terbesar. Britain, Itali dan Sepanyol menyokong penggunaan radar ECR-90 yang dibangunkan oleh Sistem Pertahanan Ferranti, manakala radar Jerman berasaskan model APG-65 iaitu MSD2000 (kerjasama di antara Hughes (daripada AS), AEG dan GEC-Marconi). Persetujuan telah dicapai selepas Setiausaha Pertahanan Britain Tom King menyakinkan rakan sejawat daripada Jerman Gerhard Stoltenberg bahawa kerajaan Britain akan menaja jamin projek dan membenarkan GEC untuk memiliki syarikat Sistem Pertahanan Ferranti daripada syarikat induknya yang bermasalah. Oleh sebab itu, GEC kemudiannya menarik balik sokongannya terhadap radar MSD2000.[21]

Ujian[sunting | sunting sumber]

Penerbangan sulong pesawat prototaip Eurofighter dilakukan pada 27 Mac 1994.[1] Ketua Juruterbang Ujian Dasa, Peter Weger telah menerbangkan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan di sekitar Bavaria. Pada 1990-an, berlaku pertikaian yang ketara berkenaan pembahagian tugas, spesifikasi pesawat malah penglibatan projek.

Pada Mei 2007, Pesawat Pembangunan Eurofighter ke-5 melakukan penerbangan pertama dengan menggunakan sistem demonstrasi CAESAR (Radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif atau AESA, CAPTOR),[22] Pembangunan Euroradar CAPTOR menggabungkan teknologi Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif-(AESA).

Pesawat Eurofighter Typhoon juga telah diuji di Vidsel, Sweden di mana ia telah didedahkan kepada keadaan suhu yang terlampau (dibawah -31˚C).

Penerbangan sulong pesawat Instrumented Production Aircraft 7 (IPA7), pesawat pertama dilengkapi sepenuhnya dengan Tranche 2 , berlepas dari lapangan terbang EADS, di Manching pada 16 Januari 2008.[23]

Semasa dibangunkan, versi pengeluaran bagi radar CAPTOR-E dicadangkan sebagai sebahagian daripada Eurofighter Tyhpoon Tranche 3 bermula pada 2012. Pesawat Tranche 2 tidak menggunakan radar AESA, tetapi radar pengimbas mekanikal, Captor-M yang menggabungkan keperluan berat dan ruang untuk kemungkinan tingkat upaya standard CAESAR (AESA) pada masa depan.[24]

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Kontrak pengeluaran pertama telah ditandatangani pada 30 Januari 1998 di antara Eurofighter GmbH, Eurojet dan NETMA.[25] Jumlah perolehan pesawat seperti berikut: Britain 232, Jerman 180, Itali 121, dan Sepanyol 87. Pengeluaran pesawat adalah diperuntukkan berdasarkan jangkaan perolehan negara-negara berikut: British Aerospace (37%), DASA (29%), Aeritalia (19.5%), dan CASA (14%).

Pada 2 September 1998, majlis penamaan telah diadakan di Farnborough, England. Nama Typhoon secara rasminya diterima pakai, walau bagaimanapun ia untuk pesawat versi eksport sahaja. Laporan menyatakan ia ditentang oleh Jerman; Pesawat Hawker Typhoon adalah pesawat pejuang-pengebom yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain semasa Perang Dunia II menentang sasaran-sasaran di Jerman.[26] Pada September 1998, kontrak ditandatangani untuk pengeluaran 148 buah pesawat Tranche 1 dan perolehan barang masa-menunggu lama untuk pesawat Tranche 2.[27]

Peningkatan Kos[sunting | sunting sumber]

Pada 1988, Setiausaha Negara memberitahu Parlimen Britain bahawa Pesawat Pejuang Eropah akan "menjadi projek utama, dan menelan belanja sebanyak kira-kira GB£7 bilion kepada Britain".[28] Anggaran yang lebih realistik kemudiannya adalah GB£13 bilion,[29][30] terdiri daripada GB£3.3 bilion kos pembangunan[31] dengan tambahan GB£30 juta bagi setiap buah pesawat.[32] Sehingga 1997, kos anggaran adalah GB£17 bilion; pada 2003, GB£20 bilion, dan tarikh mula berkhidmat (2003; ditakrifkan sebagai tarikh penghantaran pesawat pertama kepada Tentera Udara Diraja Britain) adalah 54 bulan lewat.[33][34] Sejak 1993, Kementerian Pertahanan enggan untuk mendedahkan kos anggaran terkini atas alasan 'kesensitifan perdagangan'.[35] Komitmen Britain terhadap 88 buah pesawat Tranche 3 diragui,[36] terkini pada Januari 2008.[37]

Kajian yang dilakukan oleh Pejabat Komunikasi & PR Eurofighter dengan menggunakan angka pada 1997 dan 2003 untuk mempertikaikan kenaikan kos dan kelewatan program Eurofighter jika dibandingkan secara adil dengan pesawat F/A-22 Raptor (14% terlebih belanjawan dan 54 bulan lewat berbanding 127% terlebih belanjawan dan 117 bulan lewat) atau projek-projek pertahanan yang lain seperti projek kapal selam Kelas Astute, Britain yang mana 35% terlebih belanjawan dan 43 bulan lewat.[38]

Kelewatan[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada lewat 1990-an, kerajaan Jerman kelihatan tidak begitu senang untuk meneruskan projek. Tentera Udara Jerman diarahkan untuk mencari penyelesaian alternatif termasuk meneliti kaedah pelaksanaan yang lebih murah untuk projek Eurofighter. Kekhuatiran Jerman terhadap projek Eurofighter meletus pada Julai 1992 apabila Jerman mengambil keputusan untuk meninggalkan projek. Bagaimanapun, disebabkan oleh pendirian keras Jerman di awal permulaan projek, semua rakan kongsi telah terikat dengan kontrak komitmen dan mendapati mereka sukar untuk menarik diri daripada projek ini.

Pada 1995 kebimbangan mengenai pembahagian agihan kerja ditimbulkan. Sejak penubuhan projek Eurofighter, pembahagian agihan kerja telah dipersetujui pada kadar 33/33/21/13 (Britain/Jerman/Itali/Sepanyol) berdasarkan jumlah pesanan pesawat daripada negara-negara penyumbang. Bagaimanapun, semua negara telah mengurangkan jumlah pesanan pesawat masing-masing. Britain mengurangkan pesanannya dari 250 ke 232, Jerman dari 250 ke 180, Itali dari 165 ke 121 dan Sepanyol dari 100 ke 87. Berdasarkan jumlah pesanan baru ini, pembahagian agihan sepatutnya 39/24/22/15 (Britain/Jerman/Itali/Sepanyol). Jerman bagaimanapun tidak bersetuju untuk menyerahkan sejumlah besar agihan kerja. Pada Januari 1996, setelah rundingan yang berlanjutan di antara rakan kongsi Britain dan Jerman, satu tolak ansur telah dicapai di mana Jerman akan menambah 40 buah pesawat bermula pada tahun 2012. Pembahagian agihan kerja sekarang ialah 43% untuk EADS MAS di Jerman dan Sepanyol; 37.5% untuk BAE Systems, Britain; dan 19.5% untuk Alenia, Itali.[39]

Peristiwa terpenting berlaku di Pameran Udara Farnborough pada September 1996. Britain telah mengumumkan pembiayaan untuk peringkat pembinaan projek. Pada November 1996, Sepanyol mengesahkan pesanannya tetapi Jerman sekali lagi lewat dalam membuat keputusan. Setelah aktiviti rundingan diplomatik antara Britain dan Jerman, pembiayaan jangka pendek sebanyak DM 100 million ( 51 million) diatur oleh kerajaan Jerman pada Julai 1997 untuk menyambung ujian penerbangan. Rundingan selanjutnya akhirnya membuahkan hasil apabila Jerman meluluskan perolehan pesawat Eurofighter pada Oktober 1997.

Teknikal[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November 2002, DA-6, pesawat prototaip 2 tempat duduk Sepanyol terhempas disebabkan oleh "double engine flame-out",[40] dikaitkan dengan standard percubaan enjin ujian yang digunakan oleh pesawat. Pesawat ini mengalami kerosakkan yang teruk tetapi kedua-dua krew terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Eurofighter Typhoon F2, pesawat satu tempat duduk Tentera Udara Diraja Britain.
Versi pesawat latihan Eurofighter dua tempat duduk Tentera Udara Jerman.

Eurofighter Typhoon adalah pesawat tempur moden yang unik yang mana terdapat 4 kilang pemasangan yang berlainan. Setiap syarikat memasang pesawat negara masing-masing, tetapi mengeluarkan komponen-komponen yang sama untuk semua 620 buah pesawat.

  • Alenia Aeronautica – Sayap kiri, penutup kepak luar, bahagian fiuslaj belakang
  • BAE Systems – Fiuslaj depan (termasuk satah depan), kanopi, tulang belakang, sirip ekor, penutup kepak dalam, bahagian fiuslaj belakang
  • EADS Deutschland – Fiuslaj tengah utama
  • EADS CASA – Sayap kanan, bilah pinggir depan

Pengeluaran dibahagikan kepada 3 "tranches" (lihat jadual di bawah) dengan peningkatan keupayaan tambahan bagi setiap "tranche". "Tranche" kemudiannya dibahagikan lebih lanjut kepada kelompok dan blok, sebagai contoh bagi Tentera Udara Di Raja Britain; Tranche 1 pesawat 2 tempat duduk adalah kumpulan 1 T1 dan kumpulan 2 T1A.

Ringkasan jangkaan pengeluaran
Negara Tranche 1 Tranche 2 Tranche 3A[41] Jumlah
 Austria 15 0 0 15
 Jerman 33 79 31 143
Bendera Itali Itali 28 47 21 96
 Arab Saudi 1 24 48 72
Bendera Sepanyol Sepanyol 19 34 20 73
Flag of the United Kingdom.svg United Kingdom 53 67 40[42] 160
Jumlah 148 299 112[41] 559
Nota: Perubahan dalam pesanan Austria daripada 6 buah Tranche 1 dan 12 buah Tranche 2 kepada 15 buah Tranche 1 menyebabkan penurunan kuantiti pesawat Tranche 1 untuk empat buah negara kongsi, dan peningkatan bagi jumlah pesawat Tranche 2. 24 buah pesawat Arab Saudi diambil dari pengeluaran Tranche 2 untuk UK, dan akan digantikan semasa fasa akhir pengeluaran Tranche 2, tetapi kini akan dibandingkan dengan jumlah pesawat Tranche 3A UK. Ini menandakan penurunan sebanyak 24 buah pesawat dari jumlah pesanan UK.[43]

Eksport[sunting | sunting sumber]

Negara-negara yang mengoperasi atau memesan pesawat Eurofighter Typhoon.

Pada 1999, kerajaan Greek bersetuju untuk memiliki 60 pesawat Typhoon untuk mengantikan angkatan pesawat tempur generasi ke-2nya.[44] Bagaimanapun, pembelian ini telah ditangguhkan disebabkan kekangan belanjawan, sebahagian besarnya disebabkan oleh program pembangunan lain dan keperluan untuk memperolehi kembali kos Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Pada Jun 2006, kerajaan mengumumkan pelan perolehan kira-kira €22 bilion bertujuan untuk menyediakan rangka kerja belanjawan yang diperlukan untuk membolehkan pembelian pesawat pejuang terkini dalam masa 10 tahun akan datang. Pada masa sekarang, pesawat Typhoon sedang dinilai untuk memenuhi keperluan berikut.[45]

Pada 2 Julai 2002, kerajaan Austria mengumumkan keputusan untuk membeli pesawat Typhoon sebagai pesawat pesawat pertahanan udara barunya. Pembelian 18 buah pesawat Typhoon dimuktamadkan pada 1 Julai 2003, dan ia termasuk 18 buah pesawat, latihan juruterbang dan krew sokongan, logistik, penyelenggaraan, dan simulator. Masa depan pesanan ini dipertikaikan di parlimen Austria.[46] Pada 26 Jun 2007, Menteri Pertahanan Austria, Norbert Darabos telah mengumumkan pengurangan jumlah pesawat kepada 15 buah.[47] Pada 12 Julai 2007, pesawat pertama daripada 15 buah Eurofighter telah dihantar ke Austria dan secara rasminya berkhidmat dengan Tentera Udara Austria.[48]

Selepas kempen yang tidak berjaya di Korea Selatan dan Singapura,[49] pada 18 Ogos 2006, Arab Saudi memgumuman persetujuan untuk membeli 72 buah pesawat Typhoon.[50] Pada November dan Disember, laporan menyatakan Arab Saudi mengugut untuk membeli pesawat Rafale buatan Perancis disebabkan oleh siasatan oleh Pejabat Penipuan Berat Britain dalam perjanjian pertahanan Al Yamamah yang mana berlaku dalam tahun 1980-an.[51] Walau bagaimanapun pada 14 Disember 2006 pengumumkan dibuat yang menyatakan Pejabat Penipuan Berat Britain telah "menghentikan" penyiasatan terhadap BAE. Kenyataan oleh wakil kepada Pengarah Jabatan dan Peguam Negara boleh disimpulkan kepada keputusan mengambil kira kepentingan orang ramai "untuk melindungi keselamatan negara dan antarabangsa" yang mana jauh lebih penting daripada manfaat yang mungkin diperolehi dari siasatan lanjut terhadap kes ini.[52] The Times telah menyatakan kemungkinan pesawat asal untuk Tentera Udara Di Raja Britain akan dipindahkan sebagai penghantaran awal pesawat untuk Arab Saudi, dengan perkhidmatan tahap operasinya mungkin ditunda sehingga penghantaran semua pesawat dilakukan.[53] Penyusunan ini menyamai proses peralihan pesawat Tornado daripada Tentera Udara Di Raja Britain ke Tentera Udara Di Raja Arab Saudi pada satu lepas. Bagaimanapun The Times juga telah melaporkan penyusunan ini akan menjadikan komitmen perolehan daripada Britain untuk pesawat Eurofighter Tranche 3 lebih pasti.[53] Pada 17 September 2007 Arab Saudi mengesahkan bahawa kontrak bernilai GB£4.43 bilion untuk perolehan 72 pesawat telah ditandatangani.[10]

Pada Mac 2007, Jane's Information Group melaporkan pesawat Typhoon menjadi pilihan untuk memenangi pertandingan untuk membekalkan Jepun dengan pesawat generasi baru.[54] Pada masa ini, pesaing-pesaing lain adalah F/A-18E/F Super Hornet dan F-15E Strike Eagle.[54] Pada 17 Oktober 2007, Menteri Pertahanan Jepun Shigeru Ishiba mengesahkan kemungkinan Jepun untuk memperolehi pesawat Typhoon. Walaupun beliau mengatakan bahawa F-22 Raptor adalah pesawat "luar biasa", ia tidak semestinya "menjadi satu keperluan kepada Jepun", dan pesawat Typhoon adalah merupakan pilihan terbaik.[55]

Pelanggan berpotensi lain untuk pesawat Typhoon ialah Bulgaria, India,[56] Denmark,[57] Pakistan[58] dan Romania.[59] BAE SYSTEMS juga melaporkan bahawa pesawat Typhoon pada masa ini dipromosikan secara aktif "...untuk beberapa pasaran lain termasuk Greece, Norway, Denmark, Switzerland, Turki dan Jepun". [60]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Pesawat protaip semasa Pertunjukan Udara Dubai pada tahun 1998. Perhatikan pelbagai panji-panji tentera udara: (dari kiri ke kanan) Sepanyol Ejército del Aire, Itali Aeronautica Militare, Britain Tentera Udara Diraja British, dan Luftwaffe.

Pesawat Eurofighter telah dikeluarkan dalam 3 versi berbeza; 7 Pesawat Pembangunan (DA), 5 pesawat standard pengeluaran (Instrumented Production Aircraft-IPA) untuk pembangunan sistem lanjutan dan Turutan Pesawat Pengeluaran. Turutan Pesawat Pengeluaran adalah pesawat yang berada dalam perkhidmatan tentera udara pada masa ini.

Pesawat Tranche 1 dikeluarkan bermula sejak tahun 2000. Keupayaan pesawat ditingkatan secara beransur-ansur, setiap tingkat upaya perisian menyebabkan perbezaan piawai, dikenali sebagai blok.[61] Dengan pengenalan piawai Blok 5, program penyesuaian R2 dimulakan untuk menaik taraf semua pesawat ke piawai Blok 5.[61]

Tranche 1
  • Blok 1
  • Blok 2 : Keupayaan asas persenjataan Udara-ke-Udara.
  • Blok 2B : Keupayaan penuh persenjataan Udara-ke-Udara.
  • Blok 5 : Keupayaan Penuh Operasi (FOC) dengan gabungan tugas keupayaan Udara-ke-Udara sedia ada dengan Udara-ke-darat.
Tranche 2
  • Blok 8 : Komputer misi baru diperlukan untuk diintegrasikan dengan persenjataan akan datang seperti Meteor, Storm Shadow dan Taurus. (Perbezaan dengan pesawat Tranche 1 adalah berkaitan perubahan teknologi pengeluaran dan usang).

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Eurofighter Typhoon milik Tentera Udara Itali.
Eurofighter Typhoon milik Tentera Udara Sepanyol.
Bendera Tentera Udara Austria Tentera Udara Austria - 15
Bendera Tentera Udara Jerman Tentera Udara Jerman - 40 (+140 dipesan)
Bendera Tentera Udara Itali Tentera Udara Itali - 30 (+91 dipesan)
Bendera Tentera Udara Diraja Arab Saudi Tentera Udara Diraja Arab Saudi - 2 (+70 dipesan)
Bendera Tentera Udara Sepanyol Tentera Udara Sepanyol - 19 (+68 dipesan)
Bendera Tentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja - 49 (+183 dipesan)

Spesifikasi (Typhoon)[sunting | sunting sumber]

Enjin turbofan EJ200

Data dari Data prestasi Typhoon,[62] RAF Typhoon,[63] laman web BAE Systems,[64] AFM [65]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1 (Typhoon F2) atau 2 (Typhoon T1)
  • Panjang: 15.96 m (52 kaki 5 in)
  • Rentang sayap: 10.95 m (35 kaki 11 in)
  • Tinggi: 5.28 m (17 kaki 4 in)
  • Sayap luas: 50 m² (538 kaki²)
  • Berat kosong: 11,000 kg (24,250 lb)
  • Berat berisi: 15,550 kg (34,280 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 23,500 kg (51,800 lb)
  • Loji kuasa:Eurojet EJ200 kipas turbo pembakar lanjut
    • Tujahan kering: 60 kN (13,500 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 90 kN (20,000 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Kerangka pesawat dan sistem avionik[sunting | sunting sumber]

Pesawat Typhoon mempunyai ciri sirip kecil dan binaan ringan (82% bahan komposit = 70% komposit fiber karbon + 12% komposit diperkuat kaca).[69]

Pesawat ini mencapai tahap kelincahan yang tinggi pada kelajuan supersonik dan rendah dengan disebabkan oleh reka bentuknya yang mempunyai kestabilan selesa. Pesawat ini mempunyai sistem kawalan fly-by-wire digital berkembar empat yang menyediakan kestabilan tiruan, oleh kerana operasi secara manual sahaja tidap dapat menampung kewujudan ruang ketidak-stabilan. Sistem fly-by-wire digambarkan sebagai "bebas tanpa kerunsingan" dengan menghalang juruterbang daripada melakukan manuver yang melangkaui manuver yang dibenarkan.

Pesawat Eurofighter sedang berlepas.

Kawalan olengan pesawat dilakukan dengan menggunakan penutup kepak sayap. Kawalan anggul (atas-bawah) dikendalikan dengan menggunakan sirip hadapan dan penutup kepak, kawalan ke kiri-kanan dikwal oleh kemudi.[70] Kawalan permukaan digerakkan melalui 2 sistem hidrolik bebas yang digabungkan di dalam pesawat, yang juga menyediakan pelbagai barang-barang lain seperti kanopi, brek dan giar pendaratan. Satu kotak giar 4000 psi berkuasa enjin memberi kuasa bagi setiap sistem.[71]

Pengemudian boleh dilakukan melalui kedua-dua sistem iaitu sistem GPS dan sistem pengemudian inersia. Pesawat Typhoon boleh menggunakan Sistem Peralatan Pendaratan (ILS) untuk melakukan pendaratan semasa cuaca buruk.

Pesawat ini menggunakan Sub-sistem Bantuan Pertahanan (DASS) yang bersepadu dan canggih. Pengesanan ancaman disediakan oleh Penerima Amaran Radar (RWR), Amaran Peluru Berpandu Mendekat (MAW) dan Penerima Amaran Laser (LWR) (hanya RAF). Perlindungan disediakan oleh Chaff dan suar, Penyerak Elektronik (ECM) dan Umpan Radar-Ditarik (TRD) (hanya RAF).[72]

Kokpit[sunting | sunting sumber]

Pesawat Eurofighter Typhoon dilengkapi oleh kokpit kaca dan tanpa sebarang peralatan konvensional. Ia termasuk: 3 Paparan Pelbagai Fungsi Pandang Kebawah (MHDD) berwarna penuh (format dilakukan dengan memanipulasi alat kekunci, kursor XY dan arahan suara (DVI)), Paparan Pandang Keatas (HUD) bersudut lebar bersama Infra merah pandang-depan (FLIR), Tuas dan Pendikit Tangan dan Suara (Suara+HOTAS), Sistem Simbologi Lekapan Helmet (HMSS), Sistem Pengangihan Maklumat Pelbagai Fungsi (MIDS), Kemudahan Kemasukan Data Manual (MDEF) yang terletak di sebelah kiri pelindung silau dan sistem amaran pesawat bersepadu penuh dengan Panel Amaran Khas (DWP). Peralatan Penerbangan Pulang, diterangi oleh LED, terletak di bawah engsel pelindung silau di sebelah kanan.[73]

Sub-sistem Bantuan Pertahanan (DASS) mengawasi dan bertindak balas secara automatik terhadap dunia luar. Ia menyediakan juruterbang dengan penilaian keutamaan semua segi dalam ancaman udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan. Ia bertindak balas terhadap sasaran tunggal atau berbilang.

Pesawat ini juga mempunyai Sistem Amaran Hampir Permukaan (GPWS) termaju berasaskan Sistem Pengemudian Rujukan Permukaan Bumi (TRN) - TERPROM yang digunakan oleh pesawat Tornado, akan tetapi sistem kawalan dan paparan kokpit yang lebih maju dan bersepadu.[74]

Reka bentuk kokpit melibatkan maklum balas dari kedua-dua juruterbang ujian dan operasi daripada 4 negara sekutu, dari segi kebolehlaksanaan dan tahap konsep semasa proses rekabentuk. Ini memerlukan penggunaan pencahayaan yang ditauliah khas dan memaparkan kemudahan simulasi model dan penggunaan meluas teknik membuat prototaip cepat.

Sistem DVI pesawat Eurofighter menggunakan Modul Pengenalan Pertuturan (SRM), yang dibangunkan oleh Smiths Aerospace dan kemudiannya Computing Devices (sekarang General Dynamics Britain). Ini merupakan pengeluaran sistem DVI pertama yang digunakan dalam kokpit pesawat tentera. DVI memberikan juruterbang mod tambahan semulajadi dalam mengarah dan mengawal lebih daripada 26 fungsi bukan kritikal kokpit, menurunkan beban kerja juruterbang, meningkatkan keselamatan pesawat dan menambah keupayaan untuk melakukan misi. Pencapaian teknologi yang penting semasa pembangunan DVI timbul pada tahun 1987 apabila Texas Instruments menegeluarkan Pemproses Isyarat Digital (DSP), TMS-320-C30. Ini merupakan satu kemajuan yang membanggakan apabila perubahan sistem DVI kompleks dan besar kepada modul kad tunggal. Kemajuan awal ini membenarkan sisyem berkuasa tinggi yang berdaya maju. Projek ini diteruskan pada Julai 1997, dengan pembangunan dan penilaian juruterbang dilakukan dengan menggunakan simulator Kokpit Aktif Eurofighter di BAE SYSTEMS, Warton. [75].

Sistem DVI adalah bergantung kepada speaker, bermakna ia memerlukan setiap juruterbang untuk mencipta templat. Ia bukan digunakan untuk tugas keselamatan yang kritikal atau tugas persenjataan yang kritikal, seperti melancarkan senjata atau menurunkan giar pendaratan, tetapi digunakan untuk fungsi-fungsi kokpit lain.[76][77] Arahan suara disahkan dengan visual dan/atau maklum balas pendengaran. Sistem ini dilihat sebagai ciri reka bentuk ketara dalam mengurangkan beban tugas juruterbang pesawat, sehingga membenarkan juruterbang untuk menanda sasaran dengan menggunakan 2 arahan suara mudah atau pembantu juruterbang dengan menggunakan 5 arahan suara.[78]

Juruterbang menerbangkan pesawat dengan menggunakan tuas kawalan tengah dan tuas pendikit di sebelah kiri. Pelepasan diri kecemasan disediakan oleh kerusi lenting Martin Baker Mk.16A. Kanopi pesawat dibuangkan oleh 2 motor roket.[79]

Pelindungan G disediakan dalam pesawat standard oleh "Seluar panjang Anti-G liputan penuh" (FCAGT atau dikenali juga sebagai Faggot) [80] Juruterbang pesawat Typhoon dari Tentera Udara Jerman dan Tentera Udara Austria, bagaimanapun, memakai sut-G dipertingkat yang dipanggil "Libelle" (Dragonfly) Multi G Plus.[81][82][83]

Penjejak dan Pencari Inframerah-PIRATE[sunting | sunting sumber]

Pesawat Eurofighter bermula dengan pesawat Tranche 1 kumpulan 5 akan dilengkapi dengan sistem PIRATE (Passive Infra-Red Airborne Track Equipment) IRST (Infrared Search and Track System) yang dipasang di sebelah kiri fiuslaj, cermin hadapan. Sistem PIRATE telah dibangunkan oleh konsortium EUROFIRST yang terdiri daripada syarikat Galileo Avionica (FIAR) dari Itali yang bertindak sebagai kontraktor utama, Thales Optronics dari Britain (pakar sistem teknikal) dan Tecnobit dari Sepanyol.

PIRATE beroperasi dalam 2 kumpulan Inframerah, 3-5 dan 8-11 mikron. Apabila digunakan bersama radar semasa misi udara-ke-udara, ia berfungsi sebagai Sistem Penjejak dan Pencari Inframerah (Infrared Search and Track system-IRST), memberikan penjejakkan dan pengesanan sasaran pasif.

Semasa misi udara-ke-permukaan, ia melaksanakan pemerolehan dan pengenalpastian. Ia juga menyediakan bantuan semasa pengemudian dan pendaratan pesawat. PIRATE dihubungkan kepada paparan lekapan pada helmet juruterbang.[84]

Pesawat Eurofighter Typhoon pertama yang dilengkapi oleh sistem PIRATE-IRST telah dihantar kepada Tentera Udara Itali pada bulan Ogos 2007.[85]

Prestasi[sunting | sunting sumber]

Demonstrasi penerbangan di WTD61, Manching, Jerman

Prestasi pesawat tempur Typhoon jika dibandingkan dengan pesawat-pesawat baru seperti F-22 Raptor, pesawat pejuang F-35 Lightning II (masih dalam pembangunan di Amerika Syarikat) dan pesawat Dassault Rafale yang dibangunkan oleh Perancis, menjadi tajuk perbincangan yang hangat. Pada Mac 2005, Jeneral Ketua Staf John P. Jumper, Tentera Udara Amerika Syarikat, adalah satu-satu orang yang pernah menerbangkan kedua-dua pesawat Eurofighter Typhoon dan Raptor, bercakap kepada Air Force Print News berkenaan 2 pesawat ini. Beliau berkata,

Pesawat Eurofighter adalah pesawat lincah dan canggih, tetapi masih sukar untuk membandingkan ia dengan pesawat F/A-22 Raptor. Untuk permulaan, pesawat-pesawat ini adalah pesawat tempur yang berbeza jenis; ia seperti kita ditanyakan untuk membezakan kereta lumba NASCAR dengan kereta lumba Formula 1. Kedua pesawat ini sangat mengujakan dalam banyak cara, tetapi pesawat-pesawat ini direka untuk beraksi tahap prestasi yang berbeza.[86]

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, "Pesawat Eurofighter pastinya, dari segi kelancaran kawalan dan keupayaan untuk menarik (dan bertahan daya G yang tinggi), sungguh menggagumkan,". "Sebab itu merupakan tujuan ia direka, terutama versi pesawat yang saya terbangkan, dengan sistem avionik, paparan peta bergerak yang berwarna, dan sebagainya. — semuanya pada takuk teratas. Kebolehan manuver pesawat ini dalam pertempuran dekat juga sangat mengagumkan."[86]

Pesawat Typhoon berupaya terbang pada kelajuan sepersonik tanpa menggunakan enjin pembakaran lanjut. Keadaan ini dirujuk sebagai "superkruis". Berdasarkan laman web rasmi Luftwaffe-Jerman, kelajuan maksimum yang boleh dicapai tanpa pemanasan semula ialah Mac 1.2.[87]

Pada 2002, peluru berpandu MBDA Meteor telah dipilih sebagai peluru berpandu udara ke udara jarak jauh untuk pesawat Eurofighter Typhoon.[88][89] Sementara menunggu adanya peluru berpandu Meteor, Typhoon akan dilengkapi dengan Raytheon AIM-120 AMRAAM. Peluru berpandu Meteor dijangka memasuki perkhidmatan mulai pada Ogos 2012.[89]

Konsortium Eurofighter mendakwa pesawat ini mempunyai kadar belokan kekal sub-sonik yang besar, dan pecutan yang lebih laju pada Mac 0.9 di altitud 20,000 kaki berbanding F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet, Dassault Mirage 2000, Rafale, Sukhoi Su-27, dan Mikoyan MiG-29.[90][91][92]

Keupayaan udara-ke-darat[sunting | sunting sumber]

Perhatikan tuas kawalan yang berada di tengah kokpit pesawat Eurofighter.

Typhoon sentiasa dirancang sebagai sebagai pesawat pejuang taktikal swing role dengan keupayaan udara-ke-darat. Bagaimanapun, keperluan segera Tentera Udara Di Raja Britain akan pesawat yang berkeupayaan untuk melaksanakan misi udara-ke-darat telah menggabungkan keupayaan udara-ke-darat yang "serius", berasaskan pada penanda laser Rafael/Ultra Electronics Litening III dan Enhanced Paveway II G/LGB, lebih awal daripada rancangan awal. Keupayaan serangan udara-ke-darat yang lebih bertenaga untuk negara sekutu yang lain akan dicapai pada penghujung dekad.[93] Keupayaan Tentera Udara Di Raja Britain sekarang terdapat dalam pesawat Blok 5 yang akan dihantar untuk kumpulan akhir pesawat Tranche 1 dan, penyesuaian semula, untuk kesemua pesawat Tranche 1.[94]

Ketiadaan keupayaan ini telah dipercayai menjadi faktor kegagalan Typhoon daripada pertandingan pesawat pejuang Singapura pada 2005. Apabila pesawat Typhoon digugurkan daripada senarai pendek, Menteri Pertahanan Singapura mengulas bahawa: "kesanggupan jadual penghantaran pesawat Typhoon dan sistem-sistemnya tidak memenuhi keperluan Tentera Udara Singapura." Flight Daily News melaporkan bahawa kebimbangan Singapura akan skala masa penghantaran dan ketidakupayaan negara rakan kongsi Eurofighter' untuk mentaksirkan secara tepat pakej keupayaan pesawat Typhoon Tranche 2 dan Tranche 3 Typhoon.[95] Singapura memerlukan keupayaan pesawat Tranche 2 yang telah 'road-mapped' tetapi masih belum dibiayai, dan mahu skala masa pesawat Tranche 1.[95] Dengan menumpukan pesawat yang berkeupayaan udara-ke-darat, Eurofighter GmbH berharap untuk meningkatkan harapan Typhoon kepada pelangan eksport berpotensi yang lain dan menjadikan ia pesawat yang berguna kepada tentera udara negara sekutu.

Ciri-ciri pengurangan kesan radar[sunting | sunting sumber]

Walaupun pesawat bukan dari jenis halimunan, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan kesan keratan rentas radar - (RCS) pada pesawat Typhoon, terutamanya dari aspek hadapan.[96][97] Sebagai contoh daripada ciri ini adalah pesawat Typhoon mempunyai ruang masuk jet yang disembunyikan di bahagian depan enjin jet (dedahan radar yang kuat) daripada radar. banyak sasaran radar yang penting, seperti sayap, sirip hadapan dan sirip pinggir depan, dalam bentuk melandai, jadi ia akan memesongkan tenaga radar jauh daripada sektor hadapan.[98] Beberapa senjata luar dilekapkan separuh tenggelam ke dalam badan pesawat, dan memberi perlindungan pada peluru berpandu ini daripada gelombang radar yang datang.[96] Tambahan lagi bahan menyerap radar - (RAM) yang telah dibangunkan oleh EADS/DASA yang melapisi kebanyakan pemantul yang ketara, sebagai contoh sirip pinggir depan, pinggir ruang masuk dan bahagian dalam, kawasan sekitar kemudi dan sebagainya.[96][99][100]

Walaupun semua ciri-ciri ini mengurangkan kesan rentas radar bagi pesawat Typhoon, pesawat Typhoon adalah bukan pesawat halimunan. Typhoon tidak mempunyai ruang dalam untuk menyimpan senjata, yang mana meningkatkan kemungkinan ia dikesan pada radar tetapi ia juga memberi lebih ruang untuk membawa muatan senjata yang lebih besar.[101] Radar pesawat Typhoon sekarang iaitu ECR-90 secara relatifnya senang untuk dikesan apabila digunakan, tidak seperti radar-radar lain yang lebih maju.[96]

Mengikut Tentera Udara Di Raja Britain, ciri RCS pada pesawat Eurofighter adalah melangkaui piawai mereka. Komen dari pihak BAE Systems pula menyatakan bahawa penerimaan isyarat radar adalah 4 kali lebih rendah daripada pesawat Tornado.[102] "Tiada angka rasmi didapati, tetapi pesawat Eurofighter difahamkan mempunyai RCS di bawah 1 meter persegi." Tentera Udara Britain mengatakan bahawa pesawat Typhoon memenuhi tahap boleh-nampak yang rendah.[98] Pengeluar telah melakukan ujian-ujian pada prototaip awal pesawat untuk mengoptimumkan ciri-ciri boleh-nampak pesawat sejak tahun 1990-an. Ciri RCS pada pesawat prototaip DA4 telah diuji di kemudahan BAE, Warton dengan menggunakan pelbagai jenis pelindung RCS. Ciri-ciri pelindung RCS telah diukur dan kesannya disiasat. Langkah lain untuk mengurangkan kebarangkalian penemuan pesawat adalah dengan menggunakan penderia pasif, yang mana mengurangkan pengeluaran radiasi elektronik yang berbahaya. Sementara itu, sirip hadapan secara umumnya mempunyai ciri halimunan yang lemah,[103] sistem kawalan penerbangan di reka untuk meminimumkan RCS semasa dalam penerbangan, mengekalkan kemasan elevon dan sirip hadapan yang bersudut untuk mengurangkan RCS.[104][105] Dibandingkan dengan jangkaan RCS pada pesawat Dassault Rafale adalah 2 meter persegi dan pesawat F-117 Nighthawk adalah 0.025 meter persegi.[106]

Walaupun pengurangan keratan rentas radar menjadi satu idaman bagi pesawat seperti Typhoon, kenyataan bahawa pesawat membawa muatan di luar menyebabkan kadar nampak-radar nya lebih tinggi oleh kerana ruang muatan itu sendiri mempunyai nampak-radar yang ketara. Jikapun ruang muatan ini sendiri halimunan, gangguan di antara ruang muatan luar dan pesawat akan secara keseluruhannya meningkatkan ciri nampak-radar kepada pesawat itu sendiri.[107]

Sejarah operasi[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2003, Jerman menerima pesawat Eurofighter pengeluaran siri pertama (GT003).[108] Juga pada tahun yang sama, Sepanyol menerima penghantaran pesawat siri pengeluaran pertama.[109]

Pada 16 Januari 2006 pesawat Typhoon T1, Tentera Udara Di Raja Britain melakukan pendaratan cemas di RAF Coningsby. Tayar hadapan pesawat ini gagal berfungsi, walaupun kedua-dua kaedah iaitu sistem biasa dan sistem kecemasan telah digunakan. Pesawat ini telah mendarat dengan menggunakan gear utama dan menggunakan brek aerodinamik, pada masa yang sama juga payung brek dilepaskan. Muncung pesawat kemudiannya direndahkan secara berhati-hati, dan ini telah mengurangkan kerosakkan kepada pesawat. Juruterbang kemudian mengosongkan pesawat apabila tangga yang bersuaian dipasangkan di sebelah pesawat.[110] Pesawat Typhoon T1, Tentera Udara Di Raja Britain ini telah kembali bertugas.

Pada 9 Ogos 2007, Kementerian Pertahanan Britain melaporkan bahawa Skuadron No 11, Tentera Udara Di Raja Britain, yang ditubuhkan sebagai skuadron pesawat Typhoon pada 29 Mac 2007, telah menerima 2 buah pesawat pelbagai fungsi Typhoon.[111] Tentera Udara Di Raja Britain berharap memperolehi pesawat pertama Typhoon pelbagai fungsi untuk beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun 2008.[111]

Pada 17 Ogos 2007, 2 pesawat Typhoon daripada Skuadron ke-11 diarahkan memintas pesawat Tupolev Tu-95, Rusia yang mendekati ruang udara Britain.[112]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "1994: Penerbangan sulong pesawat pejuang masa depan", BBC News, BBC, 1994-03-27. Dicapai pada 2008-03-19. 
  2. "Eurofighter World 2013/11" November 25, 2013
  3. "Eurofighter Typhoon Marks Delivery of 400th Aircraft" December 04, 2013
  4. "Cassidian produces the world’s most advanced Eurofighter." eurofighter.com, 26 March 2013. Retrieved: 3 April 2013.
  5. http://www.armedforces.co.uk/raf/listings/l0028.html
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kunden tidak disediakan
  7. "Management of the Typhoon Project." National Audit Office, United Kingdom, March 2011.
  8. Penerangan mengenai NETMA di tapak web Eurofighter
  9. "Erste Eurofighter in einem reinen Einsatzverband." Luftwaffe.
  10. 10.0 10.1 Arab Saudi membayar £4.43 Bilion untuk 72 Eurofighter (Update1)
  11. 11.0 11.1 Boot 1990, p. 229-233.
  12. Buttler 2000, p. 131-134.
  13. 13.0 13.1 Buttler 1990, p. 134.
  14. 14.0 14.1 14.2 Sejarah Eurofighter
  15. 15.0 15.1 Butler 2000, p. 135.
  16. 16.0 16.1 Buttler 2000, p. 137.
  17. Lewis, Paul. "3 Negara-negara Eropah merancang Projek Pesawat Pejuang." New York Times, 3 Ogos 1985, p. 31.
  18. "Eurofighter: Sepanyol menyertai kelab." The Economist, 17 September 1985, p. 68.
  19. Fairhill, David. "Euro-fighter terbang pada kelajuan supersonik pada penerbangan sulong: Penerbangan ujian pertama pesawat EAP di Lancashire." The Guardian, 7 Ogos 1986.
  20. Cowton, Rodney. "Rakan kongsi Eurofighter: Britain, Jerman Barat, Itali and Sepanyol." The Times, 7 Jun 1986.
  21. Miller, Charles. "Penjanjian Radar Membuatkan Britain berada digarisan depan dalam Teknologi Di Udara." The Press Association Ltd., Mei 1990.
  22. FR News
  23. Pesawat pertama Eurofighter Typhoon Tranche 2 diterbangkan
  24. Harapan terhadap ujian Captor
  25. BBC, Berita BBC, 30 Januari 1998. Dicapai: 18 September 2007.
  26. Pertelingkahan mengenai nama 'Typhoon' untuk Eurofighter, BBC News, 2 September 1998. Dicapai: 18 September 2007.
  27. Chuter, Andy. "Penetapan perjanjian EF2000 untuk pesanan kumpulan pertama." Flight International, 23 September 1998.
  28. "Debat harian Parlimen Britain, column 1055", Hansard.
  29. Peningkatan kos Eurofighter di antara tahun 1983 hingga 2004
  30. Air farce one
  31. COMPANY NEWS; Konsortium Eropah mendapat kontrak Pesawat Pejuang - New York Times
  32. Pesawat Pejuang Eropah : Kos vs. Kemegahan - New York Times
  33. Kesan dari peningkatan kos dan kelewatan, Parlimen Britain.
  34. Pemilihan ahli jawantankuasa untuk Laporan Pertahanan ke-6 : Laporan kemajuan untuk projek-projek utama, Parlimen Britain, 24 Jun 2004. Dicapai: 19 Disember 2006.
  35. Laporan NAO (HC 98-i 2007-2008): Kementerian Pertahanan: Laporan Projek Utama 2007
  36. Persoalan kepada Setiausaha Pertahanan Britain berkenaan kontrak pesawat Tranche 3
  37. Kementerian Pertahanan diminta untuk memotong belanjawan sehingga £1.5 bilion - Times Online
  38. Hartley, Keith. "Laporan akhir: Keuntungan ekonomi dan industri dari Eurofighter Typhoon." Pusat untuk Ekonomi Pertahanan (University of York), 16 Jun 2006. Kebaikan ekonomi dan industri daripada projek Eurofighter Typhoon. Dicapai: 21 Ogos 2007.
  39. Kerjasama Eropah: Agihan kerja, 15 Disember 2006, EADS. Dicapai: 19 Januari 2007.
  40. Hari ini dalam sejarah
  41. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AvWeekTranche_3A_signed tidak disediakan
  42. Oates, John. "Government slashes final Eurofighter order." | Theregister.co.uk, 31 July 2009. Retrieved: 28 November 2009.
  43. "Der Darabos-Deal." Airpower.at, 2 April 2007. Retrieved: 28 November 2009.
  44. "Eurofighter membuka pejabat di Athens", Eurofighter GmbH, 16 Julai 1999.
  45. "€22 bilion earmarked for next decade as battle looms over fighter", Kathimerini, 26 Jun 2006.
  46. Democracy gridlocked by unstable coalitions, The Guardian, 2 November 2006.
  47. Heinrich, Mark. "Austria, Eurofighter agree cut in jet purchase." Reuters, 26 June 2007. Austria, Eurofighter agree cut in jet purchase Retrieved: 27 June 2007.
  48. Pesawat Eurofighter Typhoon dihantar kepada 5 negara on eurofighter.com
  49. Typhoon dikejutkan oleh Singapore
  50. Saudi Arabia membeli 72 Eurofighter, BBC News, 18 Ogos 2006. Dicapai: 26 Oktober 2006.
  51. Morgan, Oliver. "BAE in eye of the Typhoon." The Guardian, 3 Disember 2006. BAE in eye of the Typhoon Retrieved: 20 Disember 2006.
  52. Siasatan terhadap perjanjian Arab Saudi-BAE digugurkan, Reuters, 14 Disember 2006. Dicapai: 14 Disember 2006.
  53. 53.0 53.1 Evans, Michael. "Arab Saudi memperoleh pesawat Typhoons sebelum Tentera Udara Di Raja Britain." The Times, 9 Januari 2007. Saudi Typhoons2007-01-09 Dicapai: 11 Januari 2007.
  54. 54.0 54.1 Grevatt, Jon. "Jepun mengecilkan pilihan pesawat pejuang generasi baru." Jane's Defence Industry, 21 Mac 2007. Next-generation fighter Dicapai: 27 Jun 2007.
  55. Jepun mungkin membeli pesawat Eurofighter, kata Menteri Pertahanan, Reuters, 17 Oktober 2007. Dicapai: 20 Oktober 2007.
  56. "India akan memperolehi lebih banyak pesawat tempur", Hindustan Times', 26 Februari 2006.
  57. "Terma klar til europæisk kampflysamarbejde" Jyllands Posten, 2006.EADS Dicapai: 11 Julai 2007.
  58. "Austria bersedia untuk mengesahkan pesanan Eurofighter" Guardian Unlimited 06 Oktober 2006
  59. Romania mengantikan pesawat MiG-21 (Romania), Antena 3, 16 Mei 2007.
  60. Laman web BAE SYSTEMS Typhoon - pasaran eksport
  61. 61.0 61.1 Major Retrofit For Early Eurofighter Typhoon Aircraft Begins
  62. Typhoon Performance Data, Eurofighter GmbH.
  63. Typhoon
  64. Typhoon page, BAE Systems.
  65. "Kings of Swing." AirForces Monthly, August 2008.
  66. Eurofighter Tech
  67. Eurofighter climb rate 25% better as F-16 (254 m/s x 1.25 = 317.5 m/s)
  68. News
  69. http://www.eurofighter.com/et_mp_ma_cf.asp Komposit fiber karbon
  70. Sistem kawalan penerbangan pesawat Eurofighter
  71. Sistem hidrolik Eurofighter
  72. {http://www.eurofighter-typhoon.co.uk/Eurofighter/defences.html]
  73. Kokpit Eurofighter
  74. Eurofighter Typhoon - BAE SYSTEMS menghantar sistem Amaran Hampir Permukaan pertama untuk Eurofighter Typhoon
  75. Janes: Sistem pemerhatian dan kawalan pesawat
  76. Laporan Tahunan Pertahanan, m/s. 39.
  77. Keupayaan Eurofighter, m/s DVI 36 - 38.
  78. Input Suara Terus Eurofighter
  79. Jalan masuk dan keluar kokpit Eurofighter
  80. Sistem Sokongan Hidup & Kelengkapan Penuh Krew Udara (AEA)
  81. Libelle Multi G Plus
  82. Libelle Multi G Plus German Translation
  83. Multi G Plus digunakan secara rasmi oleh juruterbang Eurofighter DLGR Info 2005-03 p.3
  84. Teknologi tentera udara
  85. Eurofighter pertama dengan radar PIRATE-IRST dihantar kepada Tentera Udara Itali
  86. 86.0 86.1 "Ketua Staf Tentera Udara: Raptor, Eurofighter saling melengkapi", Air Force Print News, 22 Mac 2005
  87. Luftwaffe
  88. BAE Systems mengumumkan keputusan awal 2002, BAE Systems. Dicapai: 29 Oktober 2006.
  89. 89.0 89.1 Laporan Projek 2004, Kementerian Pertahanan. Dicapai: 29 Oktober 2006.
  90. Konsortium Eurofighter
  91. Keupayaan Eurofighter
  92. Penilaian Operasi pesawat Eurofighter Typhoon
  93. Typhoon akan melaksanakan tugas serangan darat, www.mod.uk, Kementerian Pertahanan Britain, 10 Ogos 2006. Dicapai: 27 Oktober 2006.
  94. Jenis pesawat Eurofighter Typhoon yang diterima untuk piawai Blok 5, Eurofighter.com, Eurofighter GmbH, 15 Februari 2007. Dicapai: 20 Jun 2007.
  95. 95.0 95.1 Typhoon air-to-ground ability near fruition-21/02/2006-Singapore-Flight Daily News
  96. 96.0 96.1 96.2 96.3 Reka bentuk stuktur Eurofighter, eurofighter-typhoon.co.uk.
  97. To survive in a present-day
  98. 98.0 98.1 Richardson 2001, p. 113.
  99. Kuasa udara Jerman
  100. FAQ kuasa udara Eurofighter
  101. Persenjataan F-22
  102. Struktur
  103. Neblett, Evan, Metheny, Mike and Leifsson, Leifur Thor. "Sirip hadapan." AOE 4124: Konfigurasi Aerodinamik. Jabatan Kejuruteraan Angkasa dan Laut, Virginia Tech., 17 Mac 2003.
  104. Faq Eurofighter, alih bahasa
  105. Jawantankuasa perolehan Eurofighter Austria: Brigadier Dipl.Ing.Knoll about Eurofighter and Stealth p.76-77, translation
  106. Richardson 2001, p. 57.
  107. Halimunan, Radar halimunan
  108. "Tentera Udara Jerman menerimana penghantaran siri pertama Eurofighter", Eurofighter GmbH, 4 Ogos 2003.
  109. "Tentera Udara Sepanyol menerimana penghantaran siri pertama Eurofighter", Eurofighter GmbH, 5 September 2003.
  110. "Pesawat Typhoon rosak semasa kemalangan di landasan", BBC News, 18 Januari 2006.
  111. 111.0 111.1 Skuadron No. 11
  112. Typhoon melancarkan operasi buat pertama kali

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Boot, Roy. Daripada Spitfire ke Eurofighter: Reka bentuk pesawat tempur selepas 45 tahun. Shrewsbury, UK: AirLife Publishing Ltd., 1990. ISBN 1-85310-093-5.
  • Buttler, Tony. Projek rahsia Britain: Pesawt jet sejak tahun 1950. Hinckley, UK: Midland Publishing, 2000. ISBN 1-85780-098-8.
  • Harkins, Hugh. Eurofighter 2000, Pesawat tempur Eropah untuk Milenium baru (Aerofax 6). Earl Shilton, UK: Midland Publishing, 2006 (edisi sebelumnya 1997). ISBN 1-85780-068-0.
  • Matthews, Henry. Permulaan Eurofighter: EAP(Program Pesawat Percubaan) (X-Planes Profile-1 ). Beirut, Lebanon: HPM (Henry Paul Matthews) Publications , 2000.
  • Richardson, Doug. Pesawat perang halimunan: Menipu, Mengelak dan Menyembunyi di udara. London: Salamander. 2001. ISBN 0-7603-1051-3.
  • Spick, Mike. Buku panduan untuk Pesawat Perang Moden. St. Paul, Minnesota: MBI Publishing Company, 2000. ISBN 0-7603-0893-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]