BUGRIGHT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
BUGRIGHT
Album studio oleh UVERworld
Dikeluarkan pada 21 Februari 2007
Genre J-pop, J-rock
Kronologi UVERworld
Timeless
(2006)
BUGRIGHT
(2007)
PROGLUTION
(2008)

BUGRIGHT ialah sebuah album Jepun daripada kumpulan J-pop, J-rock, UVERworld.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

BUGRIGHT edisi terhad

UVERworld telah melahirkan album kedua mereka yang pada asalnya dirancang untuk dipasarkan pada 17 Januari 2007 tetapi ditunda ke 21 Februari 2007 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Edisi terhad album ini disertakan dengan DVD yang mengandungi tiga video klip, Colors of the Heart, SHAMROCK dan Kimi no Suki na Uta. Dokumentari pembuatan album ini yang dinamakan The Road To BUGRIGHT ~documentary film~ turut diselitkan bersama.

Pada 15 Februari 2007 iaitu lebih kurang seminggu sebelum BUGRIGHT dipasarkan, video klip Zero no Kotae (ゼロの答) telah ditayangkan di televisyen di Jepun. Video klip itu telah dibuat dalam keadaan terburu-buru tetapi hasilnya amat disukai peminat. Ahli-ahli UVERworld juga menampilkan diri mereka yang baru dan ini boleh dilihat dengan ketara pada vokalis kumpulan tersebut, TAKUYA∞ yang telah memotong pendek rambutnya dan hal ini menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat-peminat mereka.

BUGRIGHT telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Carta Album Oricon pada hari pertama jualan album tersebut dan melonjak ke tempat pertama pada hari kedua. Ini merupakan kali pertama UVERworld menduduki tempat pertama dalam carta tersebut sehinggakan TAKUYA∞ menangis kegembiraan apabila mendengar berita tersebut.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Zero no Kotae (ゼロの答?, Jawapan Sifar)" (Lagu Imej untuk komersial PlayStation 2 permainan Koei ini, Warriors Orochi.) Takuya∞ Akira 4:07
2. "Shamrock" (Lagu tema bagi drama siri Fuji TV, Dandori dan juga lagu komersial untuk music.jp.) Takuya∞ Takuya∞ 4:08
3. "Home Binetsu 39℃ (Home 微熱39℃?, Demam rumah sedikit 39℃)"   Takuya∞, Alice ice  Uverworld 4:38
4. "~Nagare・Kūkyo・This Word~ (~流れ・空虚・This Word~?, Aliran, kekosongan, perkataan ini)" (Sebuah lagu penghormatan untuk Death Note.) Takuya∞ Takuya∞ 4:40
5. "Colors of the Heart" (Tema pembukaan ke-3 untuk Blood+.) Takuya∞, Alice ice Takuya∞, Akira 3:52
6. "Live Everyday As If It Were the Last Day"   Takuya∞ Takuya∞ 3:23
7. "Sharuman no Ura (シャルマンノウラ?)"   Takuya∞ Takuya∞ 4:24
8. "Hitori Janai Kara (一人じゃないから?, Kerana tidak bersendirian)"   Takuya∞ Takuya∞ 4:08
9. "Kimi no Suki na Uta (君の好きなうた?, Lagu kegemaran anda)"   Takuya∞, Alice ice Takuya∞, Akira 4:17
10. "51%"   Takuya∞ Takuya∞ 3:42
11. "Lifesize"   Takuya∞ Takuya∞, Akira 4:13
12. "Empty96"   Takuya∞ Takuya∞ 3:33
13. "Discord"   Takuya∞ Takuya∞ 4:23
14. "Kimi no Suki na Uta (君の好きなうた?) - Acoustic Version"   Takuya∞ Takuya∞ 5:02

Jumlah jualan[sunting | sunting sumber]

- 140,815 unit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]