Baburnama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar dalam Baburnama berkaitan dengan fauna Asia Selatan.
Imej pemburuan badak sumbu dalam halaman-halaman Baburnama

Bāburnāma (Chagatai/Parsi: بابر نامہ; harfiah: '"Kitab Babur"' atau "Surat-surat Babur" ialah nama yang diberikan kepada memoir Zahiruddin Muḥammad Babur (1483–1530), pengasas Empayar Mughal dan puit Amir Timur (Timur-i-Leng).

Kitab ini sebuah karya autobiografi, yang ditulis dalam Bahasa Chagatai, dikenali oleh Babur sebagai Turki (bermaksud Turkic), bahasa lisan Wangsa Timur (Andijan-Timur). Prosa Babur dipengaruhi Bahasa Parsi dari segi struktur ayat, morfologi dan kosa katanya,[1] dan juga mengandungi banyak frasa dan puisi pendek dalam bahasa Parsi. Karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi sepenuhnya semasa zaman pemerintahan Akbar Agung oleh seorang pegawai istana Mughal, Abdul Rahim, pada tahun Hjirah 998 (1589–90 M).[2]

Gambar-gambar daripada manuskrip Baburnama[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dale, Stephen Frederic (2004). The garden of the eight paradises: Bābur and the culture of Empire in Central Asia, Afghanistan and India (1483–1530). Brill. m/s. 15, 150. ISBN 90-04-13707-6.
  2. ^ "Biography of Abdur Rahim Khankhana". Dicapai pada 2006-10-28.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.