Tamerlane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tamerlane, (juga dikenali sebagai Temur, Timur Lenk, Taimur, atau Timur i Leng (Taimur-e-Lang), yang diterjemah kepada Timur tempang, kerana dia tempang kaki kirinya semenjak lahir) (133614 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke 14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya di selatan Russia dan Persia.

Makam Tamerlane Gur Amir di Samarkand

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dia dilahirkan di Kesh, lebih terkenal sebagai Shahr-i-Sabz, 'bandar hijau,' terletak sekitar 50 batu keselatan Samarkand di Uzbekistan moden.

Bapanya Teragai merupakan ketua kaum Barlas. Cicit kepada Karachar Nevian (menteri kepada Chagatai Khan, anak kepada Genghis Khan, dan commander-in-chief pasukannya), dan menonjol, antara kaumnya sebagai yang pertama memeluk Islam, Teragai mungkin mewarisi pangkat tinggi tentera; tetapi seperti bapanya Burkul dia menggemari kehidupan bersara dan berlajar.

Dibawah jagaan rapi, Timur ketika berusia dua puluh tahun bukan sahaja mahir bersukan luar tetapi mendapat reputasi sebagai pembaca tekun Al-Quran. Pada tempoh ini, dia menunjukkan sifat lembut dan mudah simpati.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]