Bachok Utara (kawasan negeri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bachok Utara
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969
Demografi
Pemilih (1969)[1]11,253

Bachok Utara ialah salah satu bekas kawasan pilihan raya negeri yang terletak di negeri Kelantan, Pantai Timur Malaysia. Bachok Utara telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sejak tahun 1959 sehingga 1974. Kawasan pilihan raya ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bachok Utara yang terakhir berkhidmat ialah Mohammad Nor Yusoff mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan pilihan raya Bachok Utara telah diciptakan pada tahun 1958 untuk persiapan pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Utara terletak di dalam kerusi parlimen Bachok. Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Kota Bharu Pantai di utara, Kota Bharu Timor di barat, Bachok Tengah di timur dan Bachok Selatan. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Utara dipilih kerana kedudukan geografinya di utara kawasan parlimen Bachok.[1]

Kawasan Bachok Utara mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, bersama-sama dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di Kelantan.[3] Pada peringkat awal, sebanyak tiga calon yang akan bertanding di kawasan ini iaitu, Shafie Ahmad mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Jaafar Mohamad mewakili Parti Perikatan dan Haji Nik Md. Salleh bin Haji Wan Musa mewakili Parti Negara. Sebanyak 9,546 orang pengundi berdaftar di bawah kawasan Bachok Utara untuk tahun itu.[4] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Shafie Ahmad telah menang, memperolehi 78.6 peratus undian, berbanding saingannya Jaafar Mohamad sebanyak 18.2 peratus dan Md. Salleh sebanyak 3.1 peratus.[5]

Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1964, Shafie Ahmad dari PAS bertanding sekali lagi di Bachok Utara. Terdapat satu saingannya iaitu Ismail Yahaya dari Perikatan. Terdapat 9,204 pengundi berdaftar di kerusi ini, berkurang 342 orang berbandingan tahun sebelum ini. Setelah keputusan keluar oleh Surohanjaya Pilehanraya, Shafie Ahmad kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Utara, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 1,724. Walaupun begitu, Shafie Ahmad telah meninggal dunia pada usia 36, tahun 1968, di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kota Bharu.[6] Susulan kematian Shafie Ahmad, pilihan raya kecil telah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi di Dewan Negeri. Pilihan raya ini telah diadakan pada 6 April 1968 dan dimenangi oleh Mohamd Nor Ismail dari parti yang sama, PAS.[7]

Pada pilihan raya negeri 1969, terdapat dua calon yang bertanding di kerusi Bachok Utara iaitu, Mohamad Nor Yusoff dan Ismail Haji Jumaat. Masing-masing mewakili parti PAS dan Perikatan. Ini merupakan pilihan raya yang diadakan sebelum, kawasan ini dimansuhkan dan dipinda menjadi nama baharu. Mohamad Nor Yusoff telah memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 54.1 peratus berbanding saingannya iaitu Ismail Haji Jumaat sebanyak 45.9 peratus.[1][2] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga 1973. Tahun 1974, kawasan Bachok Utara tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Tawang.

Sejarah perwakilan[sunting | sunting sumber]

Penggal Tahun Ahli Parti
Bachok Utara
Kawasan baru dicipta
pertama  1959–1964     Shafie Ahmad PAS
ke-2  1964–1968
 1968–1969 Mohamad Nor Ismail
ke-3  1969–1969 Mohamad Nor Yusoff
Dewan digantung (1969-1971)
ke-3  1971–1974     Mohamad Nor Yusoff PAS
Kawasan dimansuhkan, digantikan dengan Tawang

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

1960-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kelantan 1969
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Mohamad Nor Yusoff 4,660 54.1
Perikatan Ismail Haji Mamat 3,956 45.9
Jumlah undian sah 8,616 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 387
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 9,003 80.0
Pemilih berdaftar 11,253
Majoriti 704
PMIP kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 1964
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Shafie Ahmad 4,535 61.7
Perikatan Ismail Yahaya 2,811 38.3
Jumlah undian sah 1,724 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 438
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 7,784 80.0
Pemilih berdaftar 9,204
Majoriti 1,724
Sumber

1950-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Kelantan 1959
Parti Calon Undian % ∆%
PMIP Shafie Ahmad 5,557 78.6
Perikatan Jaafar Mohamad 1,290 18.2
Parti Negara Haji Nik Md. Salleh Haji Wan Musa 222 3.1
Jumlah undian sah 7,064 100.0
Jumlah kertas undi ditolak 208
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 4,627 76.0
Pemilih berdaftar 9,546
Majoriti
Sumber

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
  3. ^ G. W Rothery (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) (30 April 1959). "Notices – Election Ordinance 1958 (No 33 of 1958) Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1959" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 10. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  4. ^ a b "Nama2 Chalun Pilehan Raya Negeri Kelantan" [Nama-Nama Calon Pilihan Raya Negeri Kelantan]. Berita Harian. 26 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  5. ^ a b "Keputusan Penoh Pilehan Raya Di-Negeri Kelantan" [Keputusan Penuh Pilehan Raya di Negeri Kelantan]. Berita Harian. 24 Jun 1959. m/s. 2. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  6. ^ "Wakil Ra'ayat Kelantan di-kebumikan" [Wakil Rakyat Kelantan dikebumikan]. Berita Harian. 10 Februari 1968. m/s. 5. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  7. ^ "P-raya kechil di-Bachok jalan lanchar" [Pilihan raya kecil di Bachok berjalan lancar]. Berita Harian. 7 April 1968. m/s. 10. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  8. ^ "The Battle for The State Assemblies" [Persaingan untuk Dewan Undangan Negeri] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 26 April 1964. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  9. ^ a b "Malaysia General Election 1964 | Kelantan State Assembly" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Dewan Undangan Negeri Kelantan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2017. Dicapai pada 12 Ogos 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]