Bahasa Cewa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bahasa Chichewa)
Bahasa Cewa
Cicewa, Cinianja
Asli kepadaMalawi, Mozambik, Zambia, Zimbabwe
KawasanAfrika Tenggara
Penutur bahasa
12 juta (2007)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Malawi
 Zambia
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-1ny
ISO 639-2nya
ISO 639-3nya
N.30 (N.31, N.121)[1]
Linguasphere99-AUS-xaa – xag
Ungu melambangkan kawasan di mana bahasa Cewa adalah bahasa dominan. Hijau penuh melambangkan kawasan di mana bahasa Cewa adalah bahasa rasmi, hijau belang melambangkan kawasan di mana bahasa Cewa adalah bahasa minoriti yang diiktiraf.
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Cewa (juga dikenal sebagai Nianja, dieja sebagai Chewa dan Nyanja dalam ejaan asal) ialah bahasa Bantu yang dituturkan di sebahagian besar kawasan Selatan, Tenggara, dan Timur Afrika, terutamanya di negara Malawi dan Zambia, di mana ia adalah bahasa rasmi, dan di negara Mozambik dan Zimbabwe di mana ia diiktiraf sebagai bahasa minoriti. Imbuhan kelas kata nama ci- (chi-) digunakan untuk bahasa,a yang menjadikan bahasa tersebut biasanya dipanggil sebagai Cicewa dan Cinianja. Di Malawi, nama itu secara rasmi diubah dari bahasa Nianja menjadi bahasa Cewa pada tahun 1968 atas sebab desakan oleh Presiden Hastings Kamuzu Banda (dirinya sendiri merupakan orang Cewa), dan kini, ia masih nama yang paling sering digunakan di Malawi.[2] Di Zambia, bahasa tersebut umumnya dikenali sebagai bahasa Nianja atau Cinianja yang bermaksud '(bahasa) tasik' (merujuk kepada Tasik Malawi).[3] Bahasa Cewa tergolong dalam kumpulan bahasa yang sama (Zon N Guthrie) dengan Tumbuka, Sena[4] dan Nsenga.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Orang Cewa merupakan cabang dari orang Maravi yang pernah tinggal di Provinsi Timur Zambia dan di utara Mozambik sejauh selatan hingga ke Sungai Zambezi dari kurun ke-16 atau lebih awal.[5][6]

Nama "Cewa" (dalam bentuk Chévas) pertama kali dirakam oleh António Gamitto, yang ketika berusia 26 tahun pada tahun 1831 telah dilantik sebagai sesuatu ekspedisi dari Tete ke istana Raja Kazembe di wilayah yang kini merupakan negara Zambia. Laluan perjalanannya membawanya melalui negera Raja Undi di sebelah barat pergunungan Dzalanyama, di seberang sudut kawasan yang kini adalah kawasan negara Malawi dan menuju ke Zambia.[7] Kemudian, dia menulis sebuah pengisahan termasuklah beberapa catatan dan perbendaharaan kata etnografi dan linguistik. Menurut Gamitto, orang Malawi atau Maravi (Maraves) adalah rakyat yang diperintah oleh Raja Undi di selatan aliran Cambwe (tidak jauh dari selatan sempadan antara Mozambik dan Zambia yang terkini), sementara orang Cewa tinggal di utara Cambwe.[8]

Selain daripada beberapa perkataan yang dirakam oleh Gamitto, rakaman luas bahasa Cewa yang pertama telah dihasilkan oleh Johannes Rebmann dalam Kamus Bahasa Kiniassa, diterbit pada tahun 1877 tetapi ditulis dalam tahun 1853-1854. Rebmann merupakan seorang mubaligh yang tinggal dekat Mombasa di Kenya, dan dia mendapatkan maklumatnya dari seorang hamba Malawi yang dikenali dengan nama Swahilinya iaitu Salimini. Salimini telah ditangkap di Malawi sekitar sepuluh tahun sebelumnya.[9] Salimini, yang berasal dari tempat yang dipanggil Mphande tampaknya dalam wilayah Lilongwe, juga mencatat beberapa perbezaan antara dialeknya sendiri (yang dipanggilnya sebagai Kikamtunda, bahasa dataran tinggi) dan dialek Maravi (Kimaravi) yang dituturkan lebih jauh ke selatan; sebagai contoh, orang Maravi memberikan nama mombo pada pokok yang dia sendiri panggil kamphoni.[10]

Buku tatabahasa pertama, Tatabahasa bahasa Cinianja seperti yang dituturkan di Tasik Niasa dengan kosa kata bahasa Cinianja–Inggeris dan bahasa Inggeris–Cinianja, ditulis oleh Alexander Riddel pada tahun 1880. Buku tatabahasa dan kosa kata awal yang lebih lanjut termasuklah Tatabahasa bahasa Cinianja, bahasa yang dituturkan di Afrika Tengah British, pada dan berhampiran pesisir Tasik Niasa oleh George Henry (1891) dan buku ME Woodward Kosa kata bahasa Inggeris–Cinianja dan bahasa Cinianja–Inggeris: seperti yang dituturkan di Likoma, Tasik Niasa (1895). Keseluruhan kitab Injil telah diterjemah ke dalam dialek Pulau Likoma bahasa Nianja oleh William Percival Johnson dan diterbitkan sebagai Chikalakala choyera: ndicho Malangano ya Kale ndi Malangano ya Chapano pada tahun 1912.[11] Satu lagi terjemahan kitab Injil, yang dikenali sebagai Buku Lopatulika ndilo Mau a Mulungu, ditulis dalam dialek Wilayah Tengah yang lebih piawai sekitar tahun 1900-1922 oleh ahli kumpulan Mubaligh Terbentuk Semula Belanda dan Gereja Skotland dengan bantuan beberapa orang Malawi. Hal ini telah diterbitkan semula baru-baru ini (2016) dalam versi yang disemak semula dan dimodenkan sedikit.[12]

Satu lagi buku tatabahasa awal yang lain, yang tertumpu pada dialek Kasungu bahasa Cewa , ialah buku Mark Hanna Watkins Tatabahasa Cicewa (1937). Buku ini, buku tatabahasa pertama untuk sesebuah bahasa Afrika yang ditulis oleh orang Amerika, adalah karya kerjasama antara pelajar PhD berkulit hitam dan pelajar muda dari Niasaland yang belajar di Syikago, Hastings Kamuzu Banda, yang pada tahun 1966 bakal menjadi Presiden pertama Republik Malawi.[13][14] Buku tatabahasa ini juga buku yang pertama menandakan nada pada perkataan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bahasa Cewa telah banyak berubah, dan suatu dikotomi telah berkembang antara bahasa Cewa tradisional penduduk kampung dengan bahasa Cewa penduduk bandar.[15]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jouni Filip Maho, 2009. Senarai Guthrie yang Dikemas kini Dalam Talian
  2. ^ P. J. Kishindo, "Authority in Language: The Role of the Chichewa Board (1972-1995) in Prescription and Standardization of Chichewa" [Kewibawaan dalam Bahasa: Peranan Dewan Bahasa Cewa (1972-1995) dalam Preskripsi dan Piawaian Bahasa Cewa], Journal of Asian and African Studies, no. 62, ms. 261-283, 2001.
  3. ^ Untuk istilah Cinianja banding Lehmann (1977). Kedua-dua istilah digunakan dalam rencana Zambia Daily Mail.
  4. ^ Kiso (2012), m.s. 21.
  5. ^ Marwick (1963)
  6. ^ Newitt (1982).
  7. ^ Marwick (1964).
  8. ^ Marwick (1963), p.383.
  9. ^ Rebman (1877), preface.
  10. ^ Rebmann (1877) s.v. M'ombo.
  11. ^ The UMCA in Malawi, p 126, James Tengatenga, 2010: "Two important pieces of work have been accomplished during these later years. First, the completion by Archdeacon Johnson of the Bible in Chinyanja, and secondly, the completed Chinyanja prayer book in 1908."
  12. ^ Bible Society of Malawi newsletter, 24 February 2016 Diarkibkan 2020-02-15 di Wayback Machine.
  13. ^ Watkins (1937), p. 7.
  14. ^ Wade-Lewis (2005).
  15. ^ Batteen (2005).

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ↑a Banding Kiswahili untuk bahasa Swahili.