Abjad Fonetik Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Huruf Fonetik Antarabangsa
International Phonetic Alphabet
IPA in IPA.svg
Jenis Huruf
Bahasa Digunakan untuk transkripsi fonetik mana-mana bahasa
Tempoh masa 1888 sehingga kini
Sistem tulisan Induk
Romic Alphabet
Nota: Muka ini mungkin mengandungi simbol fonetik IPA.
Diagram yang menerangkan Huruf Fonetik Antarabangsa.

Abjad Fonetik Antarabangsa (International Phonetic Alphabet; IPA)[1] atau singkatannya AFA[2] merupakan sistem transkripsi fonetik yang dicipta oleh para pakar bahasa dengan tujuan menawarakan kaedah yang seragam, tepat dan unik bagi mewakili bunyi-bunyi dalam mana-mana bahasa pertuturan,[3] serta juga sering digunakan hari demi hari oleh para pakar bahasa, ahli patologi pertuturan dan pakar terapi pertuturan, guru bahasa asing, pengarang kamus, dan pengalih bahasa.[4] Dalam bentuk piawainya (seperti pada tahun 2005) AFA mengandungi kira-kira 107 aksara asas dan 55 pengubah.[5]

Lambang-lambang AFA ini dibahagikan kepada tiga kategori: huruf (yang menandakan bunyi “asas”), diakritik (yang menerangkan bunyi secara terperinci), dan suprasegmental (yang menandakan ciri-ciri seperti kelajuan, ton, dan penekanan). Ketiga-tiga kategori ini kemudian dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil: huruf dibahagikan kepada vokal and konsonan,[6] manakala diakritik dan suprasegmental dibahagikan menurut pelambangan artikulasi, phonasi, ton, intonasi, atau penekanan.[3] Dari masa ke semasa, lambang-lambang ini ditambah, dihapus, atau diubah sual oleh Persatuan Fonetik Antarabangsa.

Meskipun AFA dimaksudkan untuk hanya mewakiki ciri-ciri penuturan yang relevan kepada bahasa itu sendiri (seperti kedudukan lidah, cara artikulasi, dan pengasingan dan pemelatan perkataan dan suku kata),[3] satu set simbol tambahan dipanggil Extended IPA turut dicipta olej pakar fonologi untuk merakam ciri-ciri penuturan yang tiada kesan langsung pada pengertian dalam bahasa (seperti berkertak gigi, pelat menyebut bunyi "s", dan bunyi yang dihasilkan pesakit bibir bercelah).[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkembangan AFA bermula pada tahun 1886, apabila sekumpulan guru bahasa dari Perancis dan United Kingdom yang diketuai pakar bahasa dari Perancis bernama Paul Passy, memebentuk satu pertubuhan yang bakal digelar Persatuan Fonetik Antarabangsa. Tujuan asal pertubuhan ini adalah untuk mereka satu set aksara fonetik berbeza bagi setiap bahasa, yang mana sesuatu aksara itu melambangkan bunyi yang berlainan antara satu bahasa dengan satu bahasa lain.[7] Contohnya, bunyi /ʃ/ (sy dalam syarat; sh dalam shoe) asalnya diwakili huruf <c> dalam bahasa Inggeris manakala bunyi sama diwakili huruf <x> dalam bahasa Perancis.[8] Meskipun begitu, atas sebab tertentu persatuan ini kemudian memutus untuk memastikan setiap satu daripada huruf-huruf ini sama bagi setiap bunyi dalam semua bahasa, iaitu jika sesuatu bunyi itu terdapat dalam beberapa bahasa tertentu, maka lambang yang sama patut dipakai untuk bunyi tersebut dalam semua bahasa. Lambang ini juga boleh diaplikasi pada bunyi-bunyi yang amat serupa.[9] Versi rasmi pertama AFA dikeluarkan pada tahun 1888, dua tahun setelah pembentukan Persatuan Fonetik Antarabangsa,[10] berdasarkan huruf Romik ciptaan Henry Sweet,[11][12] yang turut dibentuk daripada Phonotypic Alphabet ciptaan bersama Isaac Pitman dan Alexander John Ellis.[13]

Sejak penciptannya, penyusunan huruf vokal dan konsonan kebanyakannya dikekalkan bentuknya. Namun, huruf-huruf ini sendiri telah mengalami sediki pengubahsuaian. Konvensyen Kiel IPA yang dilangsungkan pada tahun 1989 banyak membawa perubahan pada versi 1932. Satu pengubahsuaian kecil dilakukan pada tahun 1993, melibatkan penambahan vokal tengah-tengah[4] serta penanggalan simbol bagi bunyi implosif tanpa suara.[14] Kali terakhir IPA diubah suai adalah pada bulan Mei 2005, yang mana aksara bagi kibasan bibir-gigi ditambah.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laver, John (1994). Principles of Phonetics. New York: Cambridge University Press. ms. 561. ISBN 0-521-45031-4 (hb); ISBN 0-521-45655-X (pb). "Singkatan ‘IPA’ secara rasminya merujuk…kepada ‘Persatuan Fonetik Antarabangsa’. Namun begitu, kini makin kerap penggunaannya untuk merujuk kepada aksara ini (dari frasa ‘International Phonetic Alphabet’)." 
  2. "Terjemahan IPA". DBP. Diperoleh pada 2008-09-24. 
  3. 3.0 3.1 3.2 International Phonetic Association (1999). Handbook of the International Phonetic Association: A guide to the use of the International Phonetic Alphabet. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-65236-7 (hb); ISBN 0-521-63751-1 (pb). 
  4. 4.0 4.1 4.2 MacMahon, Michael K. C. (1996). "Phonetic Notation". Dalam P. T. Daniels and W. Bright (eds.). The World’s Writing Systems. New York: Oxford University Press. ms. 821–846. ISBN 0-19-507993-0. 
  5. International Phonetic Association (2006-05-05). "The International Phonetic Alphabet (revised to 2005)" (GIF). Diperoleh pada 2006-08-27. 
  6. International Phonetic Association (1999, 3)
  7. International Phonetic Association (1999, 195-196)
  8. International Phonetic Association (1999, 196)
  9. International Phonetic Association (1999, 196)
  10. Passy, Paul (1888). "Our revised alphabet". The Phonetic Teacher: 57–60. 
  11. Sweet, Henry (1880–1881). "Sound notation". Transactions of the Philological Society: 177–235. 
  12. Sweet, Henry (1971). Henderson, Eugénie J. A. (ed.), pengarang. The indispensable foundation: A selection from the writings of Henry Sweet. Language and language learning 28. London: Oxford University Press. 
  13. Kelly, John (1981). "The 1847 alphabet: An episode of phonotypy". Dalam R. E. Asher and E. J. A. Henderson (eds.). Towards a history of phonetics. Edinburgh: Edinburgh University Press. ISBN 0-85224-374-X. 
  14. Pullum, Geoffrey K.; William Allen Ladusaw (1996). Phonetic Symbol Guide. University of Chicago Press. ms. 152 & 209. ISBN 0-226-68535-7. 
  15. Nicolaidis, Katerina (September 2005). "Approval of New IPA Sound: The Labiodental Flap". International Phonetic Association. Diperoleh pada 2006-09-17.