Banglo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebaris rumah banglo di Virginia

Banglo (bahasa Hindi: बुन्गलोव) ialah sejenis rumah (biasanya) satu tingkat. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi bangla pada 1676. Secara harafiah, ia bermakna sebuah rumah "dalam gaya Bengal". [1] Rumah jenis ini asalnya kecil, hanya satu tingkat, beratap jerami, dan mempunyai serambi lebar. [2] Banglo hari ini adalah jenis rumah berasingan yang biasanya mempunyai satu tingkat, satu tingkat setengah, atau dua tingkat, dan ada juga yang agak besar.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Banglo adalah amat sesuai untuk pemilik-pemilik rumah kerana semua kawasan kediaman terletak pada satu tingkat dan tidak adanya tangga antara bilik-bilik. Oleh itu, rumah banglo amat mudah ditukarkan menjadi tempat kediaman orang cacat yang menggunakan kerusi roda. Kawasan kejiranan yang hanya terdiri daripada banglo-banglo memberikan lebih banyak kebersendirian tanpa gangguan berbanding dengan kawasan kejiranan yang terdiri daripada rumah-rumah dua tingkat.

Bagi banglo, pokok dan pokok renek yang ditanam pada tempat-tempat strategik adalah mencukupi untuk mengadang pandangan jiran-jiran. Sebaliknya bagi rumah dua tingkat, rumah-rumah yang lebih tinggi itu memerlukan pokok yang jauh lebih tinggi untuk mencapai kesan-kesan yang sama, dan tidaklah praktik bagi pokok-pokok yang begitu tinggi ditanam terlalu dekat dengan rumah. Bagaimanapun, banglo-banglo yang walau dibina secara rapat masih menghasilkan kawasan-kawasan perumahan yang agak rendah padatnya dan oleh itu, mengakibatkan rebakan bandar.

Persoalan kos dan ruang[sunting | sunting sumber]

Dari segi unit luas (contohnya, per kaki persegi atau per meter persegi), banglo adalah lebih mahal untuk dibina berbanding dengan rumah dua tingkat disebabkan saiz asas dan bumbungnya lebih besar bagi ruang kediaman yang sama. Asas yang besar seringnya juga memerlukan tanah yang luas. Inilah sebabnya mengapa banglo selalunya tidak dibina secara berkembar dan tidak berkongsi asas atau dinding dengan rumah yang lain. Jika pemilik rumah mampu membeli banglo yang kosnya lebih tinggi daripada rumah dua tingkat, maka mereka selalunya turut mampu memiliki rumah yang tidak berkembar.

Walaupun rumah banglo selalunya berbentuk segi empat tepat, sebenarnya apa-apa bentuk asas boleh diguna pakai. Bagi banglo-banglo dengan dinding batu-bata, tingkap-tingkapnya sering diletakkan tinggi dan dibina sehingga bumbung. Ini mengelakkan keperluan lengkung-lengkung atau ambang-ambang yang khas untuk menyangga dinding batu-bata. Bagi rumah-rumah dua tingkat, tidak adanya pilihan lain melainkan membina dinding batu-bata di atas tingkap (tetapi tingkap-tingkap tingkat kedua boleh diletakkan tinggi dan dibina sehingga bumbung.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]