Banjaran Singa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banjaran Singa kelihatan dari pantai Freetown menghadap Lautan Atlantik.

Banjaran Singa (bahasa Inggeris: Lion Mountains, Portugis: Serra Leoa) ialah banjaran gunung terletak di Semenanjung Freetown tenggara Freetown di pesisiran Atlantik Sierra Leone, ia terangkum dalam cagar alam Kawasan Barat. Puncak tertingginya Picket Hill setinggi 888 meter.

Kawasan ini merupakan bentuk mukabumi paling menonjol sepanjang pesisiran benua Afrika dari Maghribi ke Cameroon, maka ia pernah menjadi sangat diamati para penjelajah Eropah yang mengelilingi benua ini. Salah seorang peneroka ini, Pedro de Sintra dari Portugal merupakan orang Eropah pertama mencatat ia dalam petanya pada 1462, maklumat ini kemudiannya digunakan para pereka Itali melalui Alvise Cadamosto yang mengitalikan nama kawasan ini sebagai Sierra Leone yang kekal digunakan oleh pihak British sehingga hari ini.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]