Banjir Thailand Oktober 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Banjir Thailand 2011
Tinjauan melalui helikopter di kawasan banjir di Bangkok Raya
Tinjauan melalui helikopter di kawasan banjir di Bangkok Raya
Maklumat geografi
Negara  Thailand
Kawasan terjejas Beberapa wilayah di Thailand
Maklumat am
Tempoh 25 Julai 2011 (2011-07-25) – 16 Januari 2012 (2012-01-16) (175 hari)
Jumlah kemusnahan 1,425 bilion baht (US$45.7 Bn)
Bilangan kematian 815

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Banjir Thailand 2011 merupakan banjir yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad di negara itu. Banjir ini berlaku sejak awal Ogos 2011 lagi, disebabkan monsun. Sehingga kini 283 orang telah terbunuh. Kira-kira 8.2 juta penduduk dalam 60 daripada 77 wilayah terjejas. Banjir ini telah menenggelamkan hampir 6 juta ekar tanah, di mana 1 juta ekar daripadanya merupakan tanah pertanian. Tanah runtuh juga berlaku terutama di wilayah Rayong di mana 2/3 kilang ditempatkan.

Gambar satelit menunjukkan kawasan banjir di wilayah Ayutthaya dan Pathum Thani pada bulan Oktober (kanan) berbanding keadaannya sebelum banjir (kiri).

Kesan[sunting | sunting sumber]

Banjir ini dikatakan "yang terburuk daripada segi jumlah air dan orang yang terbabit".[1] Setakat 13 Oktober, banjir ini menjejaskan 2,250,469 orang daripada 761,044 keluarga, dengan 283 kematian dan dua hilang menurut badan kecemasa 24/7 Emergency Operation Center for Flood, Storm and Landslide (EOC).[2]

Banyak bandar dan pedalaman terjejas termasuk pinggiran ibu kota Bangkok. Tanaman padi di sepanjang Sungai Chao Phraya habis tenggelam, musnah akibat banjir. Bekalan beras dijangka terjejas dan melibatkan beberapa negara pengimport seperti Malaysia. Harganya pasti akan meningkat kerana melibatkan dataran sawah padi yang luas. 1.17 juta hektar sawah padi tenggelam dan padi tidak dapat dituai lagi. Thailand adalah pengeluar utama beras dan mempunyai sawah seluas 27 juta ekar.[3]

Kilang elektronik dan kereta di Bangkok turut terjejas kerana air dalam - mencapai 1 meter dan lebih. Antaranya ialah kilang Honda Automobile Thailand yang terletak di kawasan bandar bersejarah Ayutthaya di utara Bangkok dan Mitsubishi Motors di Chonburi. Selain itu, Nikon dan Canon adalah antara syarikat elektronik yang terjejas. Kemusnahan Zon Industri Saharattananakorn dianggarkan mencapai 30 bilion baht.[3][4]

Pada 9 Oktober, Gabenor Bank Thailand Prasarn Trairatvorakul menganggarkan kerugian antara AS$1.9 bilion hingga $2.6 bilion.[3] Manakala Dewan Perniagaan Universiti Thai beberap hari kemudian menganggarkan nilai kerosakan sehingga 156.7 bilion baht (5.1 bilion USD). Ia dijangka menyebabkan penurunan antara 0.6 hingga 0.9 peratus perkembangan ekonomi.[5]

Tindakan[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra meminta semua pihak segera menghulurkan bantuan kewangan dan tempat atau bangunan yang tinggi. Yingluck membatalkan lawatan ke Malaysia dan Singapura sempena perlantikannya sebagai Perdana Menteri.[6]

Sebagai persediaan, ramai penduduk Bangkok membina khemah segera di atas jambatan. Kenderaan persendirian juga memenuhi jejambat. Pasar raya kehabisan khemah, botol air, daging ayam dan daging babi. Penduduk bandar itu sahaja seramai 12 juta orang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Thailand's 'worst' floods leave 224 dead". AFP. 3 Oktober 2011. Diarkibkan daripada asal pada 2011-10-06. Diperolehi pada 5 Oktober 2011. 
  2. รายงานสรุปสถานการณ์ อุทกภัย วาตภัย และดินโคลนถล่ม (Flood, storm and landslide situation report) http://disaster.go.th/dpm/flood/news/news_thai/EOCReport13OCT[1].pdf 24/7 Emergency Operation Center for Flood, Storm and Landslide 13 Oktober 2011
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 Thailand tallies rising cost of nationwide floods AFP melalui Yahoo! News. 9 Oktober 2011.
  4. Thailand floods wreak havoc on auto production ASEAN Automotive News. 14 Oktober 2011.
  5. Suttinee Yuvejwattana; Supunnabul Suwannakij (13 Oktober 2011). "Thai Flooding Threatens Bangkok, May Cut Deeper Into Growth". Bloomberg Business Week. Diperolehi pada 13 Oktober 2011. 
  6. Thai PM scraps foreign trips amid flood crisis AFP melalui Yahoo! News. 9 Oktober 2011.