Banjir Zankle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tafsiran pelukis banjir Mediterranean melalui Selat Gibraltar (A) dan Selat Sicily (F) kira-kira 5.3 juta tahun dahulu
Tafsiran pelukis tentang banjir Mediterranean melalui Selat Gibraltar
Simulasi komputer banjir Mediterranean melalui Selat Gibraltar, dengan skala menegak dibesar-besarkan untuk visualisasi yang lebih baik. Pandangan dalam imej ini adalah dari arah barat daya Gibraltar, dengan Semenanjung Iberia masa depan di tengah-kiri, barat laut Afrika di bahagian bawah kanan, dan Kepulauan British di sudut kiri atas.

Banjir Zankle merupakan satu teori pembanjiran yang telah mengisi semula air pada Laut Mediterranean sekitar 5.33 juta tahun dahulu.[1] Banjir ini menamatkan krisis kemasinan Messina dan menghubungkan semula Laut Mediterranean ke Lautan Atlantik, walaupun mungkin sebelum banjir terdapat sambungan separa ke Lautan Atlantik.[2] Penyambungan semula menandakan permulaan usia Zankle yang merupakan nama yang diberikan kepada usia terawal pada epok Pliosen yang tertera pada skala masa geologi.

Menurut model ini, air dari Lautan Atlantik mengisi semula lembangan yang telah kering melalui Selat Gibraltar yang wujud sehingga ke zaman moden. Sembilan puluh peratus daripada banjir Lembangan Mediterranean berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang dianggarkan antara beberapa bulan dan dua tahun, berikutan pelepasan air rendah yang boleh bertahan selama beberapa ribu tahun.[3] Kenaikan paras laut di lembangan mungkin telah mencapai kadar pada masa lebih besar daripada 10 meter setiap hari (30 kaki per hari). Berdasarkan ciri-ciri hakisan yang terpelihara sehingga ke zaman moden di bawah sedimen epok Pliosen, Garcia-Castellanos et al. menganggarkan bahawa air mengalir turun lebih daripada 1 kilometer (0.6 bt) dengan pelepasan maksimum kira-kira 100 juta kubik meter per saat (3.5 bilion kubik kaki per saat), kira-kira 1,000 kali ganda berbanding Sungai Amazon pada masa kini. Kajian tentang struktur bawah tanah di Selat Gibraltar menunjukkan bahawa saluran banjir menurun secara beransur-ansur ke arah dasar lembangan dan bukannya membentuk air terjun yang curam.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan dalam barisan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blanc, P.-L. (2002). "The opening of the Plio-Quaternary Gibraltar Strait: assessing the size of a cataclysm". Geodinamica Acta. 15 (5–6): 303–317. Bibcode:2002GeoAc..15..303B. doi:10.1016/S0985-3111(02)01095-1.
  2. ^ Efe, Recep (17 March 2014). Environment and Ecology in the Mediterranean Region II (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. m/s. 11. ISBN 978-1-4438-5773-4.
  3. ^ a b Garcia-Castellanos dll. 2009.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]