Selat Gibraltar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Selat Gibraltar dilihat dari angkasa

Selat Gibraltar (bahasa Arab: جبل طارق, bahasa Sepanyol: Estrecho de Gibraltar) merupakan selat yang memisahkan Lautan Atlantik dengan Laut Mediterranean.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Namanya berasal dari nama Arab "Jebel Tariq" yang bererti gunung Tariq. Dia merujuk kepada Jeneral Tariq bin Ziyad yang menaklukkan Sepanyol pada tahun 711.

Sempadan wilayah[sunting | sunting sumber]

Di sebelah utara adalah Sepanyol dan Gibraltar, manakala pada bahagian selatan pula adalah Maghribi dan Ceuta (sebuah eksklave Sepanyol di Afrika Utara). Terdapat beberapa pulau kecil di dalam selat ini, seperti Pulau Perejil, yang dituntut oleh Sepanyol dan Magribi.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Selat Gibraltar memiliki lokasi yang sangat strategik. Kapal-kapal yang belayar dari Atlantik ke Mediterranean yang melalui selat ini dapat dilihat dari Karang Gibraltar. Pelayaran daripada Eropah ke Afrika juga akan melalui selat ini. Semasa Perang Dunia II, Britan telah mengawal selat ini dari pangkalan yang berdekatan. Kapal selam Jerman yang memasuki Laut Mediterranean akan dapat dijejak kerana sesebuah kapal selam ini tidak dapat mengapung dan arus bawah lautnya terlalu kuat untuk menyelam.

Logistik[sunting | sunting sumber]

Selat ini memiliki kedalaman sekitar 300 meter, dan lebar sekitar 14 kilometer pada sisi tersempitnya.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]