Bantuan:Log masuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
video tutorial Ini menerangkan langkah-langkah dalam mewujudkan akaun pengguna di Wikipedia

Anda tidaklah diwajibkan untuk log masuk sebelum melihat atau menyunting artikel. Ia memberikan ciri-ciri tambahan, dan secara umumnya disyorkan. Jika anda tidak ingin alamat IP anda dikenali maka anda perlu log masuk Ia adalah cepat dan mudah untuk mewujudkan satu akaun pengguna peribadi.

Mendaftar masuk[sunting | sunting sumber]

Mencipta akaun pengguna bermaksud anda perlu memberikan nama pengguna (nama sebenar atau samaran) dan kata laluan. Sistem akan menolak nama pengguna yang telah digunakan. Akaun pengguna dicipta hanya sekali. Anda kemudian "log masuk". Pada kali berikutnya anda log masuk, anda perlu memberikan nama pengguna anda lagi dan membuktikan dengan kata laluan yang anda adalah orang yang sama. (Jangan berkongsi kata laluan anda dengan orang lain, ini boleh membenarkan mereka menyalahgunakan akaun anda, yang boleh membawa kepada ia disekat.)

Suntingan yang anda buat direkodkan di bawah nama pengguna anda. Jika anda tidak log masuk suntingan anda dilabel dalam laman sejarah dengan alamat IP.

Akaun pengguna baru-baru ini akan "bersatu" (iaitu, boleh diakses dari semua Wikipedia projek). Akaun lama dan bukan bersatu boleh disatukan di penggabungan akaun; pengguna bukan bersatu boleh pergi ke laman berikut untuk melihat status penggabungan akaun mereka. Pilihan kini ditetapkan secara bebas di setiap wiki. Lihat log masuk tunggal.

Mengapa perlu log masuk?[sunting | sunting sumber]

Anda tidak perlu mendaftar masuk untuk membaca di Wikipedia. Anda juga tidak perlu mendaftar masuk semata-mata untuk menyunting Wikipedia (terdapat beberapa pengecualian).

Tetapi, ia sesuatu perkara yang baik jika mendaftar masuk untuk beberapa sebab seperti:

  • Pengguna lain akan dapat mengecam anda dengan menggunakan nama pengguna anda jika anda melakukan beberapa perubahan pada sesuatu laman. Alamat IP sebagai “nama” agak kekok. Jika anda menggunakan berlainan komputer (rumah, pejabat, kafe internet, dll.) anda akan mendapat alamat IP yang berlainan setiap satu komputer; walaupun di satu tempat yang sama, bergantung kepada sambungan Internet, setiap kali alamat IP yang disambungkan akan berlainan. Oleh itu nama pengguna adalah lebih baik untuk mengkalkan identiti.
  • Anda akan mempunyai laman pengguna sendiri, membolehkan anda menulis serba sedikit tentag diri anda dan laman perbincangan sendiri, untuk memudahkan komunikasi antara pengguna lain.
  • Anda juga akan dapat membuat muka surat kecil pengguna, sebagai tambahan (add-on) kepada laman pengguna anda .
  • Anda akan dapat untuk menandakan sesuatu suntingan sebagai suntingan kecil bagi mengelakkan kesulitan untuk pengguna lain.
  • Anda dapat melihat perubahan yang berlaku kepada laman kesukaan anda dengan menggunakan senarai pantau.
  • Jika anda memilih untuk menggunakanalamat email, pengguna lain boleh menghubungi anda dengan email. Ciri-ciri ini adalah dasar tanpa nama — pengguna yang mahu mengemailkan sesuatu kepada anda tidak tahu akan email yang anda guna. Anda tidak perlu memberikan email anda jika tidak mahu berbuat demikian.
    • Semak polisi privasi bagi laman web individu yang anda lawati, jika ada (contohnya, polisi privasi draf Wikipedia)
  • Anda boleh menamakan semula sesuatu laman.
  • Anda juga boleh setkan tetapan dalam Keutamaan saya, untuk mengubah tetapan seperti:
    • Jumlah laman yang ditunjukkan dalam Perubahan terkini
    • Fon, warna dan susun atur laman web ini, dengan menggunakan pelbagai kulit.

Mencipta akaun pengguna[sunting | sunting sumber]

Membuat satu akaun pengguna bermaksud anda perlu memberikan satu nama pengguna (sama ada nama sebenar atau nama samaran) dan satu kata laluan untuk akaun tersebut. Sebarang nama pengguna yang telah wujud terlebih dahulu dan digunakan oleh pengguna lain akan ditolak oleh sistem secara automatik. Akaun pengguna perlu dibuat sekali sahaja dan kemudian anda boleh "log masuk". Jika anda ingin melog masuk akaun pada waktu yang lain, anda hanya perlu menaip nama pengguna dan kata laluan anda. Anda juga diingatkan supaya tidak berkongsi kata laluan tersebut dengan orang lain kerana ini boleh membawa kepada penyalahgunaan akaun dan boleh menyebabkan akaun anda disekat.

Anda tidak boleh mencipta akaun jika nama pengguna yang dipilih mempunyai simbol (biasanya simbol '@', juga beberapa askara bukan Latin yang lain) atau lebih dari satu perkataan, atau nama yang dipilih hampir serupa dengan pengguna yang sedia ada.

Cara log masuk[sunting | sunting sumber]

  1. Aktifkan kuki pada pelayar web anda.
  2. Klik butang Log masuk di bahagian kanan atas laman.
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, tekan pada butang "Log masuk".
  5. Jika anda ingin melog masuk secara automatik, sila klik pada kotak "Biar saya kekal log masuk" sebelum menekan butang "Log masuk".
  6. Jika anda telah mempunyai sebuah akaun dan terlupa kata laluan anda, sila tekan butang "Set semula kata laluan anda".

Jika anda menghadapi masalah, cuba langkah-langkah ini.

Masalah dan isu log masuk[sunting | sunting sumber]

Jika anda mengalami salah satu pernyataan dibawah, silalah pergi ke meja bantuan untuk sebarang pertanyaan.

Pautan log masuk rosak
Jika anda tidak boleh log masuk menggunakan pautan biasa, sila guna pautan terus ini untuk ke laman log masuk. Agak bagus jika anda meletakkan pautan tersebut di pelayar bookmarks/favourites anda. (Masalah ini boleh berlaku pada pelayar tertentu apabila menggunakan saiz fon besar yang minimum.)
Nama pengguna dan kata laluan saya ditolak
Kedua-dua nama pengguna dan kata laluan adalah sensitif di Wikipedia. Adakah anda ingat untuk menaip dalam permodalan yang betul? Sebagai contoh, jika anda mendaftar di bawah MyUserName, anda tidak akan dapat log masuk sebagai Myusername (notis perbezaan ketara dalam ejaan). Begitu juga dengan kata laluan anda. Satu-satunya pengecualian adalah huruf pertama nama pengguna, yang merupakan huruh besar secara lalai (contoh, daftar sebagai “wikipedia”, setelah mendaftarkan diri, nama pengguna tadi akan jadi “Wikipedia” tetapi anda masih boleh log masuk sebagai “wikipedia”).
Adakah anda mendaftar dalam salah satu wiki ini?
Jika anda sudah mendaftar diri dalam Wikipedia bahasa lain (seperti es.wikipedia.org) atau projek (seperti ms.wikibooks.org), anda perlu membuat akaun baru atau menggabungkan akaun.
Saya dilog keluar sebaik sahaja menlog masuk
Terdapat beberapa kemungkinan mengenai masalah ini:
  • Jika anda sudah menlog masuk, anda akan pergi ke laman lain setelah lihat laman 'Log masuk berjaya', tetapi sebaik sampai di laman pilihan anda, anda dilog keluar, masalah ini disebabkan masalah kuki. Lihat tutorial pendek bagaimana untuk membolehkan kuki bagi pelayar anda.
  • Pastikan waktu dan tarikh pada komputer anda ditetapkan dengna betul, jika tidak tarikh luput sesuatu kuki akan habis dari masa sebenar yag ditetapkan. Terdapat juga masalah sesetengah firewall dan perisian penyekat iklan boleh mengganggu kuki yang digunakan Wikipedia supaya seseorang boleh log masuk
  • Kadang-kadang pengguna mungkin akan terlog keluar secara automatik diantara mula suntingan dengan menyimpan, atau apabila menukar antara laman wiki membuka pelbagai dalam beberapa tetingkap atau tab. Ini boleh menjadi satu hasil daripada kuki pelayar anda, cache, atau tetapan firewall, tetapi kadang-kadang, terutamanya pada beban pelayan berat, sistem boleh "terganggu" dan maklumat log masuk anda akan hilang, menyebabkan log keluar.
Saya mendapat pesanan berkenaan alamat IP saya disekat secara automatik
Ikuti langkah-langkah pada paparan untuk meminta nyahsekat atau hantarkan email kepada unblock-en-i senarai mel.

Bagaimana jika saya terlupa nama pengguna?[sunting | sunting sumber]

Jika anda terlupa nama pengguna anda, langkah-langkah yang berikut mungkin boleh menolong anda:

  • Bergantung kepada tetapan pelayar anda, anda akan lihat nama pengguna sebelum ini terpapar dibahagian nama pengguna.
  • Jika anda menerima email dari Wikipedia, ia akan sertakan dengan nama pengguna yag anda guna.
  • Jika anda masih ingat laman yang anda sunting sebelum log keluar, sila lihat sejarah pada laman tersebut.
  • Jika anda masih teringat bahagian pertama nama pengguna itu, laman carian ini mungkin boleh mengingatkan anda serba sedikit.
  • Jika sebelum ini anda memasukkan alamat e-mel apabila mendaftar untuk akaun atau dalam "Keutamaan saya" anda, dan anda masih mempunyai akses kepada akaun e-mel, maka anda boleh pergi ke skrin log masuk dan klik 'Reset kata laluan anda'. Masukkan alamat e-mel tersebut pada skrin seterusnya (Khas:PasswordReset), dan sistem akan menghantar e-mel yang mengandungi, antara lain, peringatan menukar kata laluan dengan nama pengguna anda.

Jika kesemua langkah-langkah diatas tidak berkesan, anda perlu bermula semula dengan mencipta akaun baru. Pentadbir Wikipedia tidak akan dapat membantu anda membuat nama pengguna anda dengan alamat e-mel atau alamat IP anda.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?[sunting | sunting sumber]

Jika anda terlupa kata laluan anda, langkah-langkah yang berikut mungkin boleh menolong anda:

  • Jika sebelum ini anda memasukkan alamat e-mel apabila mendaftar untuk akaun atau dalam "Keutamaan saya" anda, dan anda masih mempunyai akses kepada akaun e-mel, maka anda boleh pergi ke skrin log masuk dan klik 'Reset kata laluan anda'. Masukkan alamat e-mel tersebut pada skrin seterusnya (Khas:PasswordReset), dan sistem akan menghantar e-mel yang mengandungi, antara lain, peringatan menukar kata laluan dengan nama pengguna anda. Anda boleh menukar semula kata laluan yang diberi.

Bagaimana untuk menetapkan keutamaan[sunting | sunting sumber]

Klik pautan Keutamaan saya di atas kanan untuk variasi tetapan yang lain, termasuk:

  • Menukar kata laluan anda.
  • Menukar kulit, yang akan menukar rupa halaman web.

Lihat Bantuan:Keutamaan saya.

Laman pengguna dan laman perbincangan anda[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengguna berdaftar, anda boleh mencipta laman pengguna dan laman perbincangan anda sendiri. Setelah log masuk, Anda akan nampak nama pengguna anda diatas kanan tetingkap. Klik pautan itu dan suntinglah laman anda seperti laman wiki yang lain.

Sesetengah pengguna menulis serba sedikit tentang diri dan minat mereka. Ada juga yang menghias laman mereka dengan pelbagai templat hiasan yang tidak boleh digunakan di laman artikel.

Anda juga mempunyai Laman perbincangan. Anda boleh mengaksesnya dengan menekan pautan Perbualan bersebelahan dengan nama pengguna yang berada diatas kiri tetingkap. Seseorang akan menulis pesanan dengan mengedit laman perbincangan anda dan anda memberi respon dengan menulis di laman perbincangannya. Lihat Bantuan:Mengguna laman perbincangan untuk maklumat lanjut.

Log keluar[sunting | sunting sumber]

Anda boleg log keluar bila-bila masa sahaja dengan menekan pautan Log keluar diatas kanan tetingkap. Selepas itu anda akan menggunakan alamat IP untuk membaca Wikipedia. Bagi mengelakkan pelayar web mengingati nama pengguna dan kata laluan anda dan mungkin pengguna komputer seterusnya mengetahui nama dan kata laluan anda, jadi silalah membuang kesemua kuki dalam pelayar web yang anda guna dan juga padamkan sejarah pelayar terkini (Ctrl+Shift+Del dalam Firefox).

Menyunting semasa log keluar[sunting | sunting sumber]

Jalan pintas:

Kadang-kadang seorang penyunting tegar akan menyunting semasa log keluar. Walaupun tidak lazimnya merupakan isu yang mengerikan, terdapat beberapa penyunting yang bimbang mengenai pengiktirafan dan privasi.

  • Jika anda menyimpan suntingan tanpa log masuk dan anda mahu suntingan yang anda simpan sebagai suntingan anda, anda tidak boleh menghilangkan alamat IP dengan membatalkan suntingan, sila buat suntingan dungu, dan taipkan sedikit ringkasan untuk memberitahu suntingan itu anda yang lakukan.
  • Jika anda meninggalkan ulasan tanpa log masuk, tandatangan anda akan digantikan dengan alamat IP. Anda boleh menggantikannya selepas log masuk; tetapi berhati-hati alatan WikiScanner akan mengesan tidakan ini dan rekodkannya di Poor Man's Checkuser, ini akan menghubungkan alamat IP dan nama pengguna anda.
  • Jika anda merasakan hubungan diantara nama pengguna dan alamat IP akan menjadi isu besar, anda boleh meminta untuk membuang suntingan itu.

Dalam Firefox (menggunakan tambahan Greasemonkey) atau dalam Chrome, anda boleh memasang skrip mudah yang menghalang penyuntingan semasa log ke atas semua laman web Yayasan Wikimedia. Setelah skrip dan perisian tersebut dipasang, apabila anda menekan Sunting, sebuah popup akan keluar menyatakan anda tidak log masuk dan suntingan tidak dapat dijalankan. Tetapi skrip dan perisian ini tidak dapat menghalang suntingan tanpa log masuk jika anda menekan pada pautan merah atau pergi ke laman itu dengan pautan terus tanpa menekan butang Sunting.

Mengekalkan akaun anda selamat[sunting | sunting sumber]

Pengguna, terutamanya pentadbir, mesti mengekalkan akaun mereka selamat. Jika seseorang mengakses akaun anda dan menyebabkan kerosakan dengan niat jahat, reputasi anda dalam kesusahan! Berikut adalah beberapa tip menjaga akaun anda:

  1. Jangan berikan kata laluan Wikipedia anda kepada sesiapa pun, tidak juga pengguna yang mendakwa menjadi sysop dan staff!
  2. Hanya masukkan kata laluan anda di laman Wikimedia. Berhati-hati dengan laman web palsu. Nama domain harus berakhir dengan wikipedia.org atau wikimedia.org.
  3. Pastikan komputer anda dikemaskini dengan antivirus terkini dan perisian antiperisian pengintip.
  4. Kata laluan anda mesti mudah diingati tetapi susah diteka.
  5. Jika anda mahu menggunakan komputer awam untuk menyunting, sila log keluar jika sudah siap.
  6. Berhati-hati apabila menjalankan skrip pengguna. Sesetengah skrip diprogramkan untuk mencuri kuki dan dengan itu akaun dikompromi.
  7. Pertimbangkan komitmen kepada identiti anda dengan menambah hash kriptografi ke laman pengguna anda untuk membuktikan bahawa anda adalah benar-benar orang yang di belakang nama pengguna anda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]