Bantuan:Pengenalan dasar dan garis panduan/Kuiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Dasar dan garis panduan
Kenapa ia wujud

Kandungan
Peraturan penulisan rencana

Tingkah laku
Interaksi dengan penyunting lain

Rumusan
Rumusan apa yang dipelajari



Berikut ialah contoh ayat bahagian pengenalan rencana di Wikipedia. Pilih mana satu yang menuruti pandangan berkecuali Wikipedia. (Dalam kuiz ini, sumber rujukan berkaitan dianggap diberi.)



Penyiasatan meluas terhadap vaksin dan autisme telah menunjukkan bahawa tiada perkaitan antara kedua-duanya, dan bahan-bahan dalam vaksin tidak menyebabkan autisme.

Jawapan

Berkecuali. Wikipedia tidak boleh memberikan ketumpuan tak wajar terhadap teori-teori pencilan yang tidak disokong oleh sumber-sumber dipercayai seperti fahaman vaksin sebagai penyebab vaksin, dan kini disifatkan sebagai fitnah muktamad. Ayat ini ialah rumusan baik terhadap kesarjanaan topik.




Bumi ialah planet ketiga dari Matahari, dan merupakan satu-satunya objek astronomi yang diketahui memiliki kehidupan. Kebanyakan orang menganggap bahawa Bumi berbentuk sfera, tetapi kini, semakin banyak orang menganggap bahawa Bumi berbentuk rata.

Jawapan

TIDAK berkecuali. Walaupun ayat itu benar (fahaman Bumi rata kini membesar), tetapi pernyataan sebegini mengelirukan kerana seolah-olah terdapat pencabaran ketara berkenaan bentuk Bumi. Hakikatnya, sumber dipercayai secara keseluruhan bersetuju bahawa bentuk Bumi ialah sfera, dan disahkan sebagai fakta muktamad. Di samping itu, teori bumi rata dianggap sebagai teori pencilan, dan biasanya tak perlu disebut.




Michael Phelps (lahir 30 Jun 1985) ialah seorang bekas atlet renang Amerika, dan merupakan atlet yang meraih pingat Olimpik terbanyak dalam sejarah, dengan kutipan 28 pingat. Namun, beliau sering melakukan kesalahan undang-undang. Ketika umur 19 tahun pada November 2004, beliau ditahan kerana memandu mabuk di Salisbury, Maryland. Pada Februari 2009, suatu gambar Phelps yang sedang menggunakan bong menjadi tular, menyebabkan Phelps kehilangan tajaan daripada Kellogg Company serta penggantungan tiga bulan oleh badan sukan renang Amerika. Pada September 2014, Phelps ditahan lagi kerana memandu mabuk serta pelanggaran had laju di Baltimore, Maryland.

Jawapan

TIDAK berkecuali. Sebuah rencana tidak boleh memberi penekanan melampau dalam perihal remeh berkenaan subjek. Sungguhpun masalah perlanggaran undang-undang Phelps itu benar, adalah tidak wajar untuk mengkhususkan sebahagian besar tulisan pembukaan rencana bagi hal-hal ini.




Pasukan X ialah pasukan bola sepak terhebat di Malaysia.

Jawapan

TIDAK neutral. Frasa terhebat ialah contoh istilah subjektif, yakni istilah pendapat yang tidak dapat disahihkan oleh sumber dipercayai, dan mudah dicabar. Sebaliknya, anda perlu memberi fakta objektif yang dapat dinilai; sebagai contoh: Pasukan X ialah pasukan paling banyak memenangi piala terutama negara, Piala Malaysia, dengan 19 kali kejuaraan.




William Shakespeare banyak disebut sebagai antara penulis-penulis terhebat dalam sastera Inggeris.

Jawapan

Berkecuali. Ini ialah penulisan wajar berkenaan reputasi seseorang. Satu hal penting, ia hanya sah kerana banyak sumber dipercayai menyatakan sebegitu. Frasa banyak disebut adalah kritikal – sungguhpun beliau disebut sebagai antara penulis-penulis terhebat, ia lebih baik daripada menyebutnya sebagai adalah antara yang terhebat kerana ini jatuh dikira sebagai satu "pendapat".





Puteri Diana maut di sebuah hospital di Paris pada 1997 selepas tercedera dalam satu kemalangan kereta tragis.

Jawapan

TIDAK berkecuali. Memang benar bahawa peristiwa itu disifatkan orang ramai sebagai tragis, tetapi penggunaan kata sifat subjektif seperti tragis adalah tak sesuai dalam hal editorial ini. Sebaliknya, guna fakta muktamad untuk menggambarkan perihal "tragis" itu dengan lebih objektif, seperti Kematian beliau mendapat liputan meluas media dan orang awam di seluruh dunia, dan kira-kira 2.5 bilion menonton upacara pengebumiannya yang disiarkan di televisyen.




Pada 1958, Mao Zedong melancarkan kempen Kemaraan Raksasa yang bertujuan untuk mengubah sistem ekonomi China secara cepat, daripada ekonomi pertanian menjadi perindustrian. Namun, pengabaian zalimnya terhadap para rakyatnya menyebabkan peristiwa kebuluran terbesar dalam sejarah, dengan kematian 20 – 46 juta orang dari 1958 hingga 1962.

Jawapan

TIDAK berkecuali. Maklumat tentang Kemaraan Raksasa dan kebuluran sudah betul, tetapi kenyataan tentang peribadi Mao pula tidak sesuai. pengabaian zalimnya terhadap para rakyatnya bersifat "pendapat" dan menokok tambah, dan tidak patut ditulis di sini.