Anda mungkin memerlukan pemberian sokongan untuk memaparkan aksara Unicode tidak biasa dalam rencana ini dengan betul.
Batu Bersurat Minye Tujoh merupakan sepasang batu nisan yang ditemui di Minye Tujoh, Aceh, Indonesia. Batu bersurat ini ditulis dalam Bahasa Melayu Klasik (Aksara Sumatera Kuno) dan Bahasa Arab. Batu-batu bersurat itu bertarikh 14 Zulhijah 781 Hijrah bersamaan 4 Disember 1389 Masihi. Batu nisan ini dipercayai milik seorang puteri kepada Sultan Malik az-Zahir dari Kesultanan Samudera Pasai.[1][2] Tulisan pada batu bersurat ini disifatkan sebagai syair bahasa Melayu tertua yang direkodkan.[3]
^ abvan der Molen, Willem (1 Januari 2008). "The Syair of Minye Tujuh". Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). 163 (2–3): 356–375. doi:10.1163/22134379-90003689 – melalui Brill.