Batu Bersurat Minyetujoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Batu Bersurat Minyetujoh merupakan batu bersurat yang dipahat kepada sepasang batu nisan yang ditemui di Minye Tujuh, Aceh, Indonesia. Ia ditulis dalam tulisan Jawa Kuno, namun dalam bahasa Melayu Klasik yang berbentuk syair. Isi teks batu bersurat ini mengenai kematian seorang lelaki bernama Raja Iman Werda Rahmat-Allah, bertarikh 781 Hijrah (1379 Masihi). Juga dinyatakan bahawa ia berasal dari keluarga Barubasa, dan mempunyai kuasa atas Kedah dan Pasai.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

hijrat nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarssa
hajji catur dan dasa vara sukra
raja iman varda rahmatallah
gutra barubasa mpu hak kedak pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi tuhan samuha
taruh dalam svargga tuhan tatuha

Terjemahan teks[sunting | sunting sumber]

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat
Tujuh ratus delapan puluh satu tahun
Bulan Zulhijah empat belas hari, hari Jumaat
Raja Iman rahmat Allah bagi Baginda (werda)
Dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai
Menaruk di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi Tuhanku semesta
Masukkanlah Baginda ke dalam surga Tuhan

Rujukan[sunting | sunting sumber]