Batu Rosetta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Batu Rosetta

Batu Rosetta adalah sebuah batu granit gelap yang mempunyai tulisan yang terdiri dari dua bahasa (Mesir dan Yunani) dan mempunyai tiga salinan dalam tulisan hiroglif, Yunani dan Demotik Mesir. Oleh kerana tulisan Yunani diketahui ramai, maka dengan cara inilah membolehkan masyarakat dunia mempelajari bahasa Mesir pada abad ke-16 dahulu.

Ptolemy V telah dimahotakan pada usia muda apabila berlakunya waktu kekecohan di Mesir. Pemerintah muda ini menghadapi cabaran untuk menuntut kembali tanah Mesir yang telah ditakluk dan menyatukan rakyat. Dalam usaha untuk mengembalikan hak undang-undang kepada pemerintah dan mencipta sistem agama diraja, para paderi Ptolemy mengisu dekri. Dekri itu ditulis di atas batu dan didirikan di seluruh Mesir. Batu Rosetta adalah salinan dekri yang diisu di bandar Memphis. Dekri yang sama ditulis pada 196 SM. Orang Yunani gemar membuat dwibahasa di mana sahaja mereka berada dan dalam kes ini, kita ada Yunani dan Mesir.

Batu Rosetta adalah di antara tiga siri batu yang setiap batu adalah khas bagi Ptolemy III, Ptolemy IV, dan Ptolemy V. Tahun Lompat dicatat dalam Batu 1, Batu Canopus untuk Ptolemy III.

Dianggarkan terdapat dua salinan, Batu Canopus, dua Batu 2 (satu tak sempurna), Bata Memphis dan dua setengah salinan Batu Rosetta termasuk Batak Nubayrah, dan ukiran dinding piramid beserta suntingan (kerana terdapat pertindihan catitan).

Petikan Salah Satu Batu[sunting | sunting sumber]

Dalam pemerintahan orang muda yang mewarisi ayahandanya, penguasa mahkota, yang cemerlang, yang mengasaskan Mesir dan cenderung kepada Tuhannya, menandingi musuhnya, yang mengembalikan ketamadunan hidup rakyat, penguasa Keraian Tiga Puluh Tahun, juga sebagai Ptah yang agung, yang diberi kemenangan oleh Ra, raja yang hebat bagi kerajaan Negeri Atas dan Bawah, Penerbit Dewa-dewa Philopator, yang diakui oleh Ptah, yang dimenangkan oleh Ra, imej hidup Amun, Anak Ra, PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, dalam tahun kesembilan, apabila Aetos anak kepada Aetos menjadi paderi Alexandria, dan Dewa-dewa Soter, dan Dewa-dewa Adelphoi, dan Dewa-dewa Euergetai, dan Dewa-dewa Philopator, dan Dewa Epiphanes Eucharitos; Pyrrha anak perempuan Philinos menjadi Anthloporos Berenike Euergetis, Areia anak perempuan Diogenes menjadi Kanephoros Arsinoe Philadelphos; Irene anak perempuan Ptolemy Paderi Arsinoe Philopator; bulan keempat Xandikos, menurut orang Mesir: Mekhir ke-18.

DEKRI. Telah dikumpulkan Ketua Paderi dan Junjungan Mulia dan sesiapa yang memasuki tempat peringatan suci untuk mendekati para dewa, dan Pembawa Kipas dan Lembaran Suci dan semua paderi dari kuil di seluruh tanah yang ingin menjumpai raja di Memphis, untuk keraian yang ilhamnya oleh PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, pemerintahan yang dia warisi melalui ayahandanya, mereka dikumpulkan di kuil Memphis pada hari yang mengisytiharkan:

Raja PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, anak Raja Ptolemy dan Ratu Arsinoe, Dewa-dewa Philopator, menjadi penaja kepada kuil dan penghuninya, sepertimana semua itu adalah perkaranya, menjadi dewa yang terbit dari dewa dan dewi seperti Horus anak Isis dan Osiris, yang menggantikan ayahandanya Osiris, baik hati terhadapa dewa-dewa, menganugerahkan duit dan jagung kepada kuil-kuil dan menguruskan banyak untuk memakmurkan Mesir, dam mengasaskan kuil-kuil, baik hati dengan sepenuh maknanya; pulangan dan cukai yang dikenakan di Mesir suatu yang dibayarnya dan yang lainnya diringankan, demi rakyat dan yang lain yang bakal menikmati kemakmuran dalam pemerintahannya; dan

bahawa baginda telah membayar hutang kepada kerajaan yang banyak bilangannya yang dihutangi oleh Mesir dan kerajaan yang lainnya; dan

bahawa sesiapa yang dipenjara dan yang dikenakan tuduhan dalam masa yang lama, dibebaskan dari tuduhan; dan

bahawa baginda telah memerintahkan agar dewa-dewi perlu menikmati pendapatan kuil secara berterusan dan diberi elaun tahunan, dalam bentuk jagung dan duit, sepertimana juga pendapatan yang ditujukan kepada dewa-dewi dari hasil tanaman dan dari kebun-kebun dan harta-harta lain kepunyaan dewa-dewa dalam masa ayahandanya; dan

bahawa baginda memerintahkan juga, dengan restu para paderi, mereka tidak perlu lagi membayar cukai untuk penyertaan ke kalangan paderi berbanding apa yang telah dijanjikan untuk mereka ketika pemerintahan ayahanda baginda hingga tahun pertama pemerintahan baginda; dan menyelesakan ahli paderi dari perjalanan bertahun ke Iskandariah; dan

bahawa baginda memerintahkan yang tarikan bagi tentera laut tidak perlu lagi; dan cukai ke atas kain linen yang baik yang perlu dibayar oleh kuil kepada kerajaan ialah dua pertiga; dan apa-apa sahaja yang diabaikan pada masa dahulu telah baginda menyimpannya dalam keadaan baik, dijaga bagaimana tugas tradisi perlu disembah sebaiknya kepada para dewa; dan sepertimana perlunya keadilan terhadap semua, seperti Thoth yang agung dan hebat; dan ditakdirkan sesiapa yang kembali dari tahap perwira, dan mana-mana yang tidak gemar akan pembuangan pada hari-hari yang terganggu, perlu, dalam kembalinya mereka dibenarkan menjawat jawatan lamanya; dan

bahawa baginda menyediakan tentera bertunggang dan tentera berjalan serta kapal untuk menentang sesiapa yang menceroboh Mesir melalui laut dan darat, menyumbangkan dalam jumlah yang banyak duit dan jagung sekiranya kuil dan sesiapa di dalam tanah ini beradadalam keselamatan; dan telah pergi ke Lycopolis di Busirite, yang telah diduduki dan dipertahankan untuk menentang satu pertahanan dengan simpanan senjata dan segala kelengkapan lain yang dilihat tidak memberi kesan kini ternyata dikehendaki oleh orang yang tidak berguna, yang telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap kuil dan semua rakyat Mesir, dan akan menentangnya, baginda mengepungnya dengan bukit-bukit, parit-parit dan kubu yang dikembangkan; apabila Nil melimpah pada tahun kelapan pemerintahan baginda, yang lazimnya membanjiri tanah tanaman, baginda menghalangnya, dengan mengempanginya di banyak tempat keluarnya terusan dengan membelanjakan banyak wang, dan menyiapkan tentera bertunggang dan tentera berjalan untuk menjaganya, dalam jangka masa yang pendek baginda mennghantar bandar itu dengan ribut dan menghancurkan orang yang tidak berguna yang berada di dalamnya, seperti juga Thoth dan Horus, anak Isis dan Osiris, yang pernah mengawal kekacauan di daerah yang sama; dan kepada yang mengepalai kekacauan ketika masa ayahanda baginda dan sesiapa yang mengganggu tanah ini dan bersalah pada kuil, baginda datang ke Memphis untuk membalas dendam untuk ayahanda dan kerajaan baginda, dan menghukum mereka semua seperti yang patut diterima, ketika baginda tiba untuk melaksanakan upacara yang dicadangkan kerajaan; dan

bahawa baginda melaksanakan apa yang sepatutnya kerajaan lakukan di kuil pada tahun kelapan, bukan jumlah yang sedikit akan jagung dan duit; begitu juga denda bagi kain linen yang baik yang tidak diserahkan kepada kerajaan, dan bagi yang dihantar, upah tertentu untuk pengesahan mereka, pada waktu yang sama; dan baginda juga membebaskan kuil dari cukai sukatan bijirin bagi setiap ukuran tanah suci dan sepertimana sebalang wain bagi bagi setiap ukuran tanah subur; dan

bahawa baginda menganugerahkan kepada Apis dan Mnevis dan kepada haiwan suci yang lain di Mesir kerana baginda lebih bertimbang rasa berbanding raja-raja sebelumnya dan segala harta mereka; dan untuk pemakaman mereka, baginda memberi apa yang dikira mewah dan bagus, dan apa yang biasa diberikan untuk tempat peringatan suci mereka, dengan korban dan perayaan beserta upacara seperti biasanya, dan baginda mengekalkan kemuliaan kuil dan Mesir mengikut undang-undang; dan baginda menghiasi kuil Apis dengan kerja-kerja yang mewah, menghabiskan untuk itu emas dan perak dan batuan berharga, bukan bilangan yang sedikit; dan

bahawa baginda mendermakan kuil-kuil, tempat-tempat peringatan suci dan altar-altar, dan baginda memperbaiki bagi yang memintanya, yang mempunyai semangat pemurahan dewa dalam hal keagamaan; dan

bahawa selepas diminta bagnda memperbaharui kuil yang paling mulia semasa pemerintahannya, begitu juga mendatang; dalam membalas apa yang para ewa berikannya iaitu kesihatan, kemenangan dan kuasa, dan segala perkara baik, dan baginda bersama putera-puteri bakal mengekalkan kerajaan selamanya.

DENGAN NASIB YANG BAIK: Dekri telah diselesaikan oleh paderi dari semua kuil di bumi ini untuk meningkatkan kemuliaan Raja PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, sepertimana ayahanda dan bonda baginda Dewa-dewi Philopator, dan leluhur-leluhur baginda, Euergatai yang Agung dan Dewa-dewa Adelphoi dan Dewa-dewa Aoter dan menetapkan tempat paing terkenal dari semua kuil akan imej RAJA PTOLEMY YANG BERKEHIDUPAN, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARISTOS, yang akan dipanggil ‘PTOLEMY, pembela Mesir’, juga bakal ditegakkan prinsip dewa kuil, kurniakan baginda kemenangan mutlak, semua akan memakai gaya Mesir; dan para paderi perlu menyembah imej itu tiga kali sehari, dan memakaikan mereka pakaian suci, dan melaksanakan penghormatan yang biasa seperti yang diberikan kepada para dewa pada perayaan Mesir; dan untuk mengasaskan Raja PTOLEMY, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, anak kepada Raja Ptolemy dan Ratu Arsinoe, Dewa-dewa Philopator, tugu dan tempat peringatan suci keemasan di setiap kuil , dan bagi menyiapkannya di dalam bilik bersana peringatan suci yang lain; dan dalam perayaan yang hebat ketika tempat-tempat peringatan suci diarak, tempat peringatan suci DEWA EPIPHANES EUCHARITOS perlu diarak bersam. Dan, oleh kerana ia senang diketarakan kini dan seterusnya, akan diadakan tempat peringatan suci sepuluh mahkota raja, yang akan ditambah ular tedung sepertimana semua mahkota di tempat peringatan suci lain dihiasi ular tedung, di tengah semua itu akan ada dua mahkota yang baginda pakai ketika baginda ke kuil di Memphis untuk mengadakan upacara mengutarakan kerajaan; dan tempat-tempat peringatan suci akan ditempatkan di atas permukaan petak mengelilingi mahkota-mahkota itu, selain hal makhkota, simbol emas bernombor lapan menandakan itu ialah tempat peringatan raja yang cuba membezakan Negeri atas dan Bawah. Dan kerana hari ini ialah 30 haribulan Masore, iaitu hari yang disambut ulangtahun keputeraan raja, seperti juga 17 haribulan Paophi iaitu hari baginda mewarisi takhta ayahanda baginda, mereka mengadakan hari ini dalan penghormatan seperti hari-hari kenamaan di kuil, kerana semua itu adalah sumber restu untuk semua;

kemudiannya didekrikan bahawa perayaan perlu di dalam kuil seluruh Mesir pada hari tersebut, setiap bulan, padanya perlu korban dan minum dan semua upacara biasa pada perayaan lain dan pemberian perlu diberi kepada pader yang berkhidamat di kuil. Dan satu perayaan perlu diberi untuk Raja PTOLEMY, HIDUP SELAMANYA, DIKASIHI PTAH, DEWA EPIPHANES EUCHARITOS, setiap tahun di seluruh Mesir dari 1 haribulan Thoth selama lima hari, yang mereka peru memakai bungaan dan kelopak daun dan mengadakan upacara korban da minum dan penghormatan yang lain, dan paderi setiap kuil akan dipanggil paderi DEWA EPIPHANES EUCHARITOS sebagai tambahan kepada nama para dewa yang mereka beri khidmat; dan orang perseorangan perlu dibenarkan mempunyai perayaan dan menyediakan tempat peringatan suci yang disebut tadi di rumah mereka; mengadakan perayaan ini setiap tahun, agar diperingati semua rakyat Mesir untuk membesar dan memuliakan DEWA EPIPHANES EUCHARITOS,seorang raja, menurut undang-undang.

Dekri ini hendaklah dicatat di atas batu catatan keras dalam huruf suci, asli dan Yunani dan disediakan bagi setiap kuil yang berada di kedudukan pertama, kedua dan ketiga bersebelahan imej raja agung.