Napoleon Bonaparte

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lukisan Napoleon I dari Perancis oleh Jacques-Louis David.

Napoleon I Bonaparte, Maharaja Perancis, Raja Itali (15 Ogos 17695 Mei 1821) ialah:

Selama lebih kurang satu dekad, angkatan-angkatan tentera Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa Eropah (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan tanah besar barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap Rusia yang membawa kecelakaan pada tahun 1812. Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam Perang Leipzig pada Oktober 1813 yang menyebabkan beliau turun dari takhta beberapa bulan kemudian dan buangannya ke pulau Elba. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai Seratus Hari (les Cent Jours), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam Perang Waterloo di tempat yang kini merupakan Belgium pada 18 Jun 1815, diikuti oleh penyerahan kalah tidak lama kemudian kepada pihak British dan buangan ke pulau Saint Helena di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.

Walaupun Napoleoan sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada empat segi infantri yang dipergunakan di Mesir serta peletakan meriam dalam penyangga meriam, beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama. Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada komander terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan Kod Napoleon, dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "pemerintah kuku besi berihsan".

Napoleon melantik banyak ahli keluarga Bonaparte serta kawan-kawannya yang rapat sebagai raja-raja untuk negara yang beliau takluk serta sebagai tokoh-tokoh kerajaan (adiknya Lucien menjadi Menteri Kewangan Perancis). Walaupun pemerintahan mereka ini tidak kekal selepas kejatuhan Napoleon, salah seorang nefritisnya, Napoleon III, kemudian memerintah Perancis pada abad ke-19.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]