Batuan dasar
Dalam bidang stratigrafi, batuan dasar ialah batu pejal natif yang mendasari permukaan planet bumian seperti Bumian. Di atas batuan dasar lazimnya ada batu-batan yang tercebis-cebis dan terluluhawa dalam tanih bawah dasar. Adalah penting untuk mengenal pasti di mana letaknya permukaan atas batuan dasar ketika melaksanakan projek kejuruteraan awam, dengan kaedah ekskavasi, menggerudi atau geofizik. Longgokan permukaan boleh menjadi sangat tebal sehingga batuan dasar itu berada ratusan meter di bawah permukaan.[1]
Batuan dasar boleh meluluhawa di bawah permukaan atasnya untuk membentuk saprolit.
Peta geologi yang cukup padat boleh menunjukkan taburan pelbagai jenis batu, yakni batu yang terdedah pada pemukaan seandainya semua tanih atau longgokan permukaan yang lain dikosongkan.[2]
[sunting] Rujukan
- ↑ Swinford,E.Mac What the glaciers left behind - drift thickness map of Ohio, Ohio Department of Natural Resources, Division of Geological Survey, newsletter 2004, No.1.
- ↑ BGS. "Digital Geology - Bedrock geology theme". http://www.bgs.ac.uk/products/digitalmaps/digmapgb_solid.html. Capaian 2009-11-12.