Geofizik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Geofizik merupakan kajian mengenai bumi menggunakan cara kuantiti fizikal, ia merupakan salah satu kaedah penginderaan jauh yang menggunakan peralatan-peralatan elektrik-elektronik tertentu dalam usaha membantu mengarap maklumat, menjejaki, memahami, memeta dan menyiasat keadaan bawah tanah.

Maklumat sedemikian adalah penting dalam membantu kerja-kerja menerokai, pencarigalian, pemetaan sesuatu sumber tertimbus atau geologi (contohnya mineral, air dan arkeologi). Ia juga berguna dalam membantu perancangan projek-projek kejuruteraan (tapak) dan melihat perubahan fizik - kimia bawah tanah yang mempunyai impak besar dalam pegurusan alam sekitar.

Kaedah tidak langsung dan tanpa musnah (minima) ini berupaya membantu mengurang pergantungan atau mengganti kaedah konvensional seperti pengalian mekanikal (mesin) yang kurang efektif dan mengesan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kaedah itu. Kaedah ini berupaya menawarkan maklumat yang dapat di persembahkan dalam bentuk 2 atau 3 dimensi yang lebih menyeluruh dengan kos kerja yang minima.

Kaedah geofizik responsi kepada variasi sifat-sifat media bawah tanah seperti batuan, tanah, kehadiran ronga bawah tanah, mineral logam, ketepuan aliran air serta objek-objek tertimbus lain. Setiap kaedah geofizik amat bergantung kepada sesetengah sifat-sifat semulajadi seperti ketumpatan, kerintangan elektrik, kekonduksian, kerentanan magnet, kekonduksian serta halaju gelombang media bahan bawah tanah, samada bahan semula jadi atau tertimbus (air, batu, mineral, paip, etc.)

Antara bidang-bidang yang terletak di bawah geofizik termasuklah: