Bawang Putih Bawang Merah (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bawang Merah Bawang Putih
Format Roman, Drama, Fantasi
Pengarah Mukta Dhond
M. Zein Ashari
Dibintangi Revalina S. Temat
Dimaz Andrean
Nia Ramadhani
Lydia Kandou
Dwi Yan
Nena Rosier
Elsye Virgita
Helsi Herlinda
Lagu pembukaan "Merah Putih Warnamu"
Negara asal  Indonesia
Bahasa Indonesia
Bilangan episod 108
Penerbitan
Lokasi  Indonesia
Penyiaran
Saluran asal Indonesia RCTI
Malaysia TV3 (2006-2007)
Siaran asal 2005 – 2006

Bawang Merah Bawang Putih adalah sebuah sinetron dari Indonesia yang dicipta oleh MD Entertainment yang diangkat dari kisah Bawang Putih Bawang Merah, dongeng Nusantara yang popular.Drama Bawang Merah Bawang Putih adalah sebuah sinetron dari Indonesia yang berlaku pada masa kini, namun mengambil kisah aspek pengajaran moral daripada cerita rakyat "Bawang Merah Bawang Putih".Bawang Merah Bawang Putih ditayangkan di RCTI pada tahun 2005 hingga 2006 . Sinetron sepanjang 108 episode ini juga popular di Malaysia yang ditayangkan TV3 sejak tahun 2006 hingga awal 2007 dan ulang tayang di saluran TVRI Jawa Barat,Indonesia.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita ini mengisahkan dua gadis cantik mahasiswa SMA yang sam dan berjiran, Alya (Revalina binti Sayuthi Temat) siswa cerdas yang pernah berlakon sebagai BAWANG PUTIH dalam teater Bawang Merah Bawang Putih dan Siska (Nia Ramadhani) yang berlakon sebagai BAWANG MERAH dalam teater yang sama. Kejayaan besar teater itu, membuat nama Bawang Merah dan Bawang Putih melekat pada kedua-dua gadis tersebut dalam kehidupan seharian mereka di sekolah. Sebagai gadis-gadis remaja, kehidupan mereka di sekolah penuh dengan unsur-unsur sentimental. Bawang Merah mempunyai kumpulannya yang terdiri dari Tia, Lani dan dan lain-lainnya termasuklah Rita dan Eli.

Siska hidup bersama ibunya, Rika, seorang janda kerana perceraian. Ini disebabkan oleh ayah Siska adalah seorang pegawai negeri yang selalu didorong oleh isterinya untuk melakukan apa sahaja untuk memeberikan keluarga mereka hidup dalam kemewahan sehinggakan terpaksa mengamalkan rasuah dan akibatnya dia dihukum penjara. Sebahagian besar hartanya disita. Sejak itu, kehidupan mereka terumbang ambing. Alya, hidup bahagia dalam kemewahan bersama kedua-dua orang tuanya. Ayahnya, Indra, adalah seorang usahawan berjaya dan selau ke luar negara, sementara Yasmin ibunya Alya, adalah seorang suri rumah tanga yang ramah dan baik hati. Lakonan Siska sebagai Bawang Merah dalam teater itu berlanjutan hingga ke dalam kehidupan mereka. Si Bawang merah dan Ibunya Rika, dalam diam-diam iri hati kepada keluarga Bawang Putih. Tetapi Rika, sangat pandai bersandiwara sehingga keluarga baik hati seperti Alya dan kedua-dua orang tuanya itu, tidak menyedari kebencian yang tersembunyi dan semakin membesar dalam hati Siska dan ibunya.

Kebencian Bawang Merah terhadap Bawang Putih semakin besar apabila Ferdi (Dimaz Andrean Hardy), seorang siswa baru, berpindah dari luar kota ke SMA mereka jatuh hati kepada Bawang Putih. Ferdi yang sebetulnya anak orang kaya, tetapi lari dari rumahnya kerana memilih hidup sederhana di Jakarta. Dia tidak tahan akan sikap ayahnya yang sangat mengongkong. Bawang Merah berusaha dengan pelbagai cara untuk menjauhkan Ferdi dari Bawang Putih sehingga sering terjadi salahfahaman antara Bawang Putih dengan Ferdi. Sementara itu, Rika menggunakan berbagai-bagai cara untuk menghancurkan keluarga Yasmin. Rika begitu pandai bersandiwara sehinggakan Yasmin menganggapkan Rika bukan hanya sekadar jiran tetapi sebagai saudaranya sendiri. Yasmin tidak segan silu memberikan bantuan apa saja, terutama bantuan ekonomi.

Tetapi, di belakang Yasmin, Rika dengan licik meracuni Indra dengan hasutan-hasutan sampai akhirnya Indra terpengaruh dan sering bergaduh dengan isterinya. Dalam salah satu pergaduahan, Yasmin begitu sedih dituduh suaminya yang bukan-bukan, padahal dia tidak seperti yang dipertuduhkan. Yasmin begitu sedih sehingga pernah mengatakan kalau dia terus dituduh tanpa bukti, dia akan membunuh diri. Begitu liciknya Rika, sehingga Indra merasakan Rika lebih baik daripada Yasmin. Akhirnya, Rika mmemberi racun kepada Yasmin, setelah Indra pergi sehabis bertengkar hebat dengan isterinya. Yasmin pengsan dan akhirnya meninggal di hospital. Sebelum meninggal dunia, Yasmin yang sempat sedar dan memberitahu anaknya agar berhati-hati terhadap Rika. Bawang Putih menyalahtafsirkan peringatan ibunya. Dia beranggapan bahawa ibunya minta dia menerima Rika dalam kehidupannya. Setelah Yasmin meninggal, kehidupan Bawang Putih berubah sama sekali. Rika dengan liciknya terus meracuni fikiran Indra sehingga akhirnya Rika berkahwin dengan Indra dan pindah bersama Bawang Merah ke rumah Indra. Sejak saat itu, kehidupan Bawang Putih tertekan dan menderita. Namun penderitaan itu, tidak membuat Bawang Putih berubah menjadi orang yang berhati kotor. Penderitaan yang dia hadapi dengan ikhlas, pasrah dan tabah serta tetap berpegang kepada sikap baik. Hal ini membuatkan dia selalu diberi pertolongan oleh Tuhan dengan hal-hal yang luar biasa. Dia memiliki kepekaan dan sahabat yang tidak terlihat oleh siapapun. Tetapi, tidak ada kejahatan yang abadi. Kebaikannya akhirnya menang atas kejahatan. Bawang Putih akhirnya hidup bahagia dan Bawang Merah serta Rika harus menerima akibat dari dosa-dosa serta kejahatan mereka.