Revalina S. Temat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Revalina Binti Sayuthi Temat
Rivelina2.jpg
Revalina S Temat
Kelahiran 26 November 1985 (28 tahun)
Nama lain Reva (nama manja)

Revalina S. Temat atau nama penuhnya Revalina binti Sayuthi Temat merupakan seorang aktress remaja yang cukup dikenali di Indonesia. Revalina atau nama manjanya Reva dilahirkan pada 26 November 1985, anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Anak kepada pasangan Sayuthi Temat dan Rachmaniar ini memulakan kerjayanya menerusi Gadis Sampul dari Majalah Gadis pada tahun 1998. Ketika itu usianya baru menjangkau 13 tahun.

Biodata[sunting | sunting sumber]

  • NAMA SEBENAR: Revalina Binti Sayuthi Temat
  • NAMA KOMERSIL: Revalina S. Temat
  • TARIKH LAHIR: 26 November 1985
  • TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia
  • STATUS: Anak ketiga daripada empat beradik
  • NAMA BAPA: Sayuthi Temat
  • NAMA IBU: Rachmaniar
  • AGAMA: Islam
  • PENDIDIKAN: Penuntut tahun dua jurusan Komunikasi Massa, London School, Jakarta
  • PENCAPAIAN: Gadis Sampul Majalah Gadis 1998
  • IKLAN: Clear, Relaxa, Red A, Charm body fit
  • SINETRON: Percikan, Sangkuriang, Cintaku Di Kampus Biru 2, Bawang Merah Bawang Putih, Dara Manisku & Hikmah 2
  • FILEM: Pocong 2, Cintaku Forever (bergandingan dengan Yusri KRU)

Kata-kata/Gurauan[sunting | sunting sumber]

Reva juga merupakan seorang gadis yang amat periang dikalangan keluarga dan juga rakan-rakan serta peminat-peminatnya malahan pernah beliau bergurau apabila ditanya mengenai penglibatannya sebagai seorang artis. Antara kata-katanya ialah; "Jadi model dong! Kerjanya sebentar, hasilnya lumayan. Apalagi kalau jadi model iklan teve, wuiih, bisa dapat uang sekarung tapi … uang logam semuanya." (Jadi model! Kerjanya sementara, hasilnya menguntungkan. Apatah lagi kalau menjadi pelakon iklan, boleh dapat wang seguni tapi ... semuanya duit syiling.)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Pocong 2 (2007), sebagai Maya
  • Filem Cintaku Forever (2007), sebagai Flora. Berpasangan dengan Yusri KRU.
  • Oh My God (2008)
  • Perempuan Berkalung Sorban (2009)
  • Wakil Rakyat (2009)
  • The God Babe (2010)
  • Red CobeX (2010)
  • Satu Jam Saja (2010)
  • Sebriti Yang Paling Cantik (pre-production)


FTV[sunting | sunting sumber]

  • Cinta dengan Luka(2002)
  • Gerangan Cinta(2003)

k

Klip video[sunting | sunting sumber]

  • Kupilih Dia - Cokelat(2004)

Aktiviti di dalam dan luar Indonesia[sunting | sunting sumber]

Angels Power!!! Revalina (kanan) bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Raja Azura mewakili kumpulan Shahzan Muda.
  • Promosi VCD Bawang Merah Bawang Putih di Kuala Lumpur. Bersama hero BMBP, Dimas Andrean Hardy dan Helsi Herlinda. Aktres Nia Ramadhani tidak dapat menyertai promosi tersebut kerana terlibat dengan penggambaran drama terbarunya.
  • Menyertai Fiesta Media Idola 2007 bersama rakan-rakan artis Malaysia di Kuantan, Pahang, Malaysia. Reva mewakili kumpulan Shahzan Muda bersama artis popular Malaysia Dato' Siti Nurhaliza dan Kak Engku (Raja Azura) dalam menjuarai acara boling kategori wanita. Turut menyertai FMI 2007 ini ialah Mawi, Que Haidar, Kris Dayanthi, Sheera Iskandar, Fasha Sandha, 2 pelakon Gerak Khas iaitu Norman Hakim dan Detektif Linggam (Deen Maideen) dan ramai lagi.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Revalina akui dirinya seorang penakut. Beliau pernah berkata demikian semasa terlibat dalam penggambaran filem Pocong 2. Walaubagaimanapun, tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya sepanjang penggambaran itu dijalankan.
  • Reva pernah digosipkan bercinta dengan bekas suami aktress Dewi Sandra, Surya Saputra. Malahan beliau juga turut dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Panji Bambang Triadmojo iaitu cucu kepada bekas Presiden Indonesia yang kedua, Soeharto. Reva menafikan dakwaan tersebut dan menganggap Panji itu sebagai rakan baiknya mahupun abangnya sendiri memandangkan usia Panji itu lebih tua daripadanya.
  • Reva juga dikatakan tidak menolak peluang jika ada mana-mana pengarah atau penerbit di Malaysia ingin menyuntingnya untuk berlakon di dalam drama atau filem arahan mereka. Beliau sendiri akui pernah beberapa kali datang ke Malaysia bersama keluarganya kerana kakaknya pernah melanjutkan pengajiannya di Putrajaya. Menyertai FMI 2007 ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan platform untuk dirinya mengenali dengan lebih dekat terhadap beberapa artis-artis di Malaysia termasuk penyanyi pujaannya, Siti Nurhaliza sendiri.
  • Pada Ogos 2007, Reva kini sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya selepas Pocong 2 berjudul Cintaku Forever. Filem yang menggandingkan Reva dengan artis Malaysia, Yusri Abdul Halim (Yusri KRU) bertemakan percintaan dua hati.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]