Bazar Kraf Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bazar Kraf dibina di tepi Sungai Perak di Kuala Kangsar . Terdapat pelbagai barang kraftangan tempatan pada harga berpatutan, termasuk bubu hiasan, bakul rotan, tikar mengkuang, tudung saji rotan atau nipah, karangan laut dan barangan besi.

Barangan daripada kain baldu bertekat benang emas biasanya dijadikan kelengkapan perkahwinan, antaranya tepak sirih, bantal, kipas tekat benang emas, cadar dan hiasan dinding.

Tudung saji nipah berhias bunga tekad tidak lagi dijual, sebaliknya digantikan bunga tampal. Tudung saji itu dibuat oleh orang tua-tua di sekitar Perak dan semakin sukar diperolehi.

Jika seni kraf ini tidak dipelajari dan dipelihara, tentu satu hari nanti kita akan kehilangan satu budaya berharga yang tidak mungkin dapat dicari gantinya.

Walaupun tiada gedung beli-belah, namun kuasa membeli di Kuala Kangsar tidak kalah. Mana tidaknya, selain bazar kraf tangan, di sini ada banyak kedai menjual barang pada harga borong, terutama pakaian dan barang keperluan harian lain.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya.Di sini terkenal dengan masakan kampung dan ikan bakar. Anda dapat makan Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.