Kuala Kangsar
| Kuala Kangsar كوالا كڠسر |
|||
|---|---|---|---|
|
|||
| Nama panggilan: Bandar Di Raja | |||
| Moto: Membina Kehidupan Berkualiti | |||
| Koordinat: 4°46′U 100°56′T / 4.767°U 100.933°T | |||
| Negara | Malaysia | ||
| Negeri | Perak | ||
| Daerah | Kuala Kangsar | ||
| Kerajaan | |||
| • Yang Di-Pertua | Yang Berbahagia, Encik Mohd. Shafie Arifin | ||
| Kawasan | |||
| • Jumlah | 204.94 km2 (79.13 sq mi) | ||
| Populasi (2000) | |||
| • Jumlah | 154,048 | ||
| • Kepadatan | 752/km2 (1,950/sq mi) | ||
| Bunga Rasmi | Canna Generalis | ||
| Laman web | www.mpkkpk.gov.my | ||
Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar.
Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.
Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:
- Mukim Chegar Galah
- Mukim Kota Lama Kiri
- Mukim Lubok Merbau
- Mukim Kampung Buaia
- Mukim Senggang
- Mukim Sayong
- Mukim Kota Lama Kanan
- Mukim Sungei Siput
- Mukim Pulau Kemiri
Isi kandungan |
Sejarah[sunting]
Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.
Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.
Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.
Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.
Wakil Rakyat[sunting]
Parlimen Malaysia[sunting]
- P.067 KUALA KANGSAR - Tan Sri Rafidah Aziz (
BN)
Dewan Undangan Negeri Perak[sunting]
- N.34 BUKIT CHANDAN - YB. Wan Mohammad Khair-il Anuar (
BN) - N.35 MANONG - YB. Dato' Ramly Bin Zahari (
BN)
Semenjak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pada 1957 dan hingga Malaysia kini, hanya seorang, anak jati Kuala Kangsar diberi peluang menjadi wakil rakyat - ahli Dewan Rakyat, kawasan Kuala Kangsar, iaitu Toh Abdullah bin Abdul Rauf. Selepas itu, semua calon pilihan raya diambil dari luar; Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi (Lenggong), Tan Sri Abdul Aziz Yeop (Lenggong), Toh Puan Oon Zariah Abu Bakar (Ipoh), Yong Ghazali (Ipoh) dan sekarang, Tan Sri Rafidah Aziz (Gopeng).
Rekreasi / Pelancongan[sunting]
Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar
- Istana Iskandariah di Bukit Chandan
- Masjid Ubudiah di Bukit Chandan
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Istana Kenangan / Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini unik kerana dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku
- Resort Sungai Perak
- Pusat Rekreasi Jabatan Pengairan & Saliran
- Taman Rekreasi Raja Intan Suraya
- Kelab Polo Sultan Iskandar
- Kelab Golf Kuala Kangsar
Anda juga boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak.
- Galeri Sultan Azlan Shah ( SAS )
Industri Kraftangan
- Labu Sayong
- Tekatan Benang Emas
- Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya. Di sini terkenal dengan masakan kampung dan ikan bakar. Anda dapat makan Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.
- Kolam Air Panas Ara Panjang, Manong
- Jambatan Sayong
- Melihat pokok getah tertua di Malaysia
- Melawat kubur Tok Temong
Kemudahan-kemudahan[sunting]
Pendidikan[sunting]
Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar
- Madrasah Idrisiah (MIBCKK)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Kolej RISDA
- SMK Clifford Kuala Kangsar, Perak
- SMK Tun Perak, Padang Rengas
- SMK Raja Muda Musa
- SK Talang
- SK Raja Perempuan Muzwin
- SRJK(C) Tsung Wah
- SMJK Tsung Wah
- SRK Clifford
- SRK Datin Khadijah
- SRK Sultan Idris II
- SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sg Siput (U) (STMAA)
- SMK RLKT Lasah Sg Siput (U) Perak
- SM (Persendirian) Tsung Wah
- SMK Bukit Mercu
- SK Padang Ampang
- SK Legap
- SMK Simpang Beluru
- SMK Sayong
- SK Padang Asam
- SM Teknik Kuala Kangsar Padang Rengas
- SMK Temenggong Kati
- Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), dahulu (KISDAR)
- Kolej Komuniti Kuala Kangsar
Pengangkutan[sunting]
- Stesen Keretapi Kuala Kangsar
- Hentian Bas Tempatan / Ekspres
- Pengangkutan Air (Perahu) iaitu menghubungkan Sayong dengan bandar Kuala Kangsar
Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.
- Jambatan Iskandar dibina tahun 1928
- Jambatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan)
- Jambatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan bandar ini dengan Kampung Sayong)
- Jambatan Victoria (jambatan keretapi pertama di Malaysia)
- Jambatan Keretapi Landasan Berkembar
Masjid[sunting]
Pejabat pos[sunting]
- Pejabat Pos Kuala Kangsar
Bekalan elektrik[sunting]
- Tenaga Nasional Bhd,Bangunan Tenaga Nasional Bhd, Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
- Tenaga Nasional Bhd,Istana Iskandariah, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
- Tenaga Nasional Bhd,No. 5276, Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
- Tenaga Nasional Bhd,No. 831, Jalan Lubuk Merbau, Simpang Lawin, 33000 Kuala Kangsar
Perkhidmatan kesihatan[sunting]
- Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar
- Klinik Kesihatan dan Pergigian
- Farmasi Kangsar Sdn Bhd,No. 29, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
- Healthtronics (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar
- Kedai Ubat Swee On,No. 64, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
- Pusat Perubatan Homoeopathy Kuala Kangsar,1st Floor, Perhentian Bas, Jalan Raja Bendahara, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
- Remedi Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd,JKR1127, Hospital Daerah Kuala Kangsar, Jalan Sultan Idris Shah, 33000 Kuala Kangsar
Koperasi / Persatuan[sunting]
- Persatuan Bekas Pelajar Idrisiah ((P.B.P.I)), Madrasah idrisiah, 33000 Bukit Chandan,Kuala Kangsar
- Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, 48B, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar
- Koperasi Gabongan PPPK Kuala Kangsar Bhd, No. 94, Tingkat 2, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
- Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Bhd, No. 88, Tingkat 3, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
- Koperasi Peniaga & Penjaja Daerah Kuala Kangsar Bhd, Tingkat 1, Pej Kop Peniaga & Penjaja, 33040 Kuala Kangsar
- Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, K3, Bandar Baru, 33000 Kuala Kangsar
- Syarikat Guru-Guru Melayu K Kangsar & Hulu Perak, No. 67, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
- Persatuan Kwang Tung Kuala Kangsar, No. 393, 2nd Floor, Jalan Stesyen, 33000 Kuala Kangsar
- Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar, No. 42, 4th Floor, Mcoba, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur
- Persatuan Pemborong Bumiputera Kuala Kangsar, 68A, Bangunan Rsb, Jalan Dato Maharaja Lela, 33000 Kuala Kangsar
Bank[sunting]
- AmFinance Bhd, No. 318, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, PT2041, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
- Bumiputra-Commerce Bank Bhd, Kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak Arah Utara, 33040 Kuala Kangsar
- Bumiputra-Commerce Bank Bhd ,No. 96, Tingkat bawah, Jalan Kangsar, 33000 Kuala Kangsar
- Hong Leong Bank Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
- Public Bank Bhd,No. 12, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
- RHB Bank Bhd, No. 6, Tingkat bawah, Jalan Daeng Selili, 33000 Kuala Kangsar
- Bank Simpanan Nasional, 33000 Kuala Kangsar
- Public Finance, 33000 Kuala Kangsar
- Bank Muamalat, 33000 Kuala Kangsar
- Agro Bank, 33000 Kuala Kangsar
- Malayan Banking, 33000 Kuala Kangsar
- Bank Tabung Haji 33000 Kuala Kangsar
Hotel dan penginapan[sunting]
Hotel
Rumah tamu (Guesthouse)
- Royaltown Guesthouse Kuala Kangsar[1]
Inap desa (Homestay)
Makanan dan Restoran[sunting]
- Classic Corner[4]
- Dhia's Corner[5]
- Gerai Kak Mie[6]
- Jili Café[7]
- Jimboy[8]
- KFC[9]
- Laksa Idris[10]
- Laksa Lubuk[11]
- Laksa Pak Ngah[12]
- Laksa Pokok Limau[13]
- Pizza Hut
- Restoran AFN[14]
- Restoran Assalamualaikum
- Restoran Benteng[15]
- Restoran Che An[16]
- Restoran Kak Bitah[17]
- Restoran Manong[18]
- Restoran Maskah Tomyam[19]
- Restoran Pak Own
- Restoran Rahmaniah[20]
- Restoran Saudiah[21]
- Restoran Seri Kenas[22]
- Restoran Shah Reena[23]
- Restoran Syiok[24]
- Restoran Talang[25]
- Shah Na Na Corner[26]
- Selera Anjung Pak Ungai[27]
- The Gate Café[28]
- Warung Che Ani[29]
Rujukan[sunting]
- ↑ Royaltown Guesthouse Kuala Kangsar. Diterima 29 Februari 2012
- ↑ MAMA Homestay Diterima 11 Mac 2012
- ↑ Diterima 16 Mei 2012
- ↑ Classic Corner foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Dhia's Corner foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Gerai Kak Mie foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Jili Café Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Jimboy Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ KFC Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Laksa Idris foursquare Diakses 28/02/2012.
- ↑ Laksa Lubuk Facebook Diakses 25/02/2012.
- ↑ Laksa Pak Ngah Facebook Diakses 25/02/2012.
- ↑ Laksa Pokok Limau Facebook Diakses 25/02/2012.
- ↑ Restoran AFN Facebook Diakses 25/02/2012.
- ↑ Restoran Benteng foursquare Diakses 25/02/2012.
- ↑ Restoran Che An foursquare Diakses 25/02/2012.
- ↑ Restoran Kak Bitah Facebook Diakses 25/02/2012.
- ↑ Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ foursquare. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Facebook. [Diakses 25/02/2012].
- ↑ Facebook. [Diakses 25/02/2012].