Belanjawan Malaysia 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Belanjawan Malaysia 2020 (2020)
Rang Undang-undang 2019
Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama
Dibentang11 Oktober 2019
ParlimenKe-14
Menteri KewanganLim Guan Eng
BendahariKementerian Kewangan
‹ 2019
2021 ›

Belanjawan Malaysia 2020 ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun 2020 bagi kerajaan Malaysia. Ia dibentangkan pada 11 Oktober 2019, hari Jumaat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng di Dewan Rakyat[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Belanjawan ini merupakan belanjawan kedua di bawah pentadbiran Pakatan Harapan yang dipimpin Perdana Menteri, Mahathir bin Mohamad.

Fokus[sunting | sunting sumber]

Tema Belanjawan Malaysia 2020 ialah "Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama". Belanjawan ini mempunyai empat teras utama dengan 15 stategi iaitu:

  • Teras Pertama : Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital
    • Strategi 1 : Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi Pelaburan
    • Strategi 2 : Mempercepat Ekonomi Digital
    • Strategi 3 : Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan
    • Strategi 4 : Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi
  • Teras Kedua : Pelaburan Ke Atas Rakyat : Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
    • Strategi 5 : Meningkatkan Peluang Pekerjaan untuk Rakyat Malaysia
    • Strategi 6 : Memodenkan Pasaran Buruh
    • Strategi 7 : Pelaburan dalam Pendidikan dan Bakat
  • Teras Ketiga : Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama
    • Strategi 8 : Pembangunan Inklusif - Peruntukan RM10.9 bilion untuk Pembangunan Luar Bandar
    • Strategi 9 : Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Lebih Baik
    • Strategi 10 : Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan
    • Strategi 11 : Meningkatkan akses kepada perumahan
    • Strategi 12 : Perpaduan melalui Sukan
    • Strategi 13 : Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar
  • Teras Keempat : Memulihkan Institusi dan Kewangan Kerajaan
    • Strategi 14 : Komitmen Terhadap Konsolidasi Fiskal
    • Strategi 15 : Memperkukuh Institusi, Tadbir Urus dan Integriti

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Belanjawan 2020 pacu landskap baharu bagi pertumbuhan, kemakmuran". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 11 Oktober 2019. Dicapai pada 1 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
2019
Belanjawan Kerajaan Malaysia
Dibentangkan pada 11 Oktober 2019
Diikuti oleh:
2021