Bencana Chernobyl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 51°23′23″N 30°05′57″E / 51.38972°U 30.09917°T / 51.38972; 30.09917 (Chernobyl disaster)

Bencana Chernobyl
250px
Keadaan reaktor nuklear selepas bencana. Reaktor 4 (tengah). Bangunan turbin (kiri bawah). Reaktor 3 (kanan tengah).
Tarikh 26 April 1986 (1986-04-26)
Masa 01:23 (Waktu Moscow UTC+3)
Lokasi Pripyat, RSS Ukraine, Kesatuan Soviet (kini Ukraine)
Kedudukan loji janakuasa nuklear Chernobyl
Kota Pripyat yang terbiar dengan loji Chernobyl dalam pemandangan jauh
Kawasan perumahan terbiar di Pripyat

Bencana Chernobyl (Bahasa Rusia: Катастрофа Чернобыля) ialah sebuah kemalangan nuklear yang berlaku pada 26 April 1986 di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine (nama rasmi: Republik Sosialis Soviet Ukraine), yang ketika itu berada dalam bidang kuasa langsung pihak berkuasa pusat di Moscow. Sebuah kejadian letupan dan kebakaran melepaskan sejumlah besar bahan pencemar radioaktif ke dalam atmosfera, yang tersebar ke sebahagian besar Eropah Timur. Ia dianggap ramai sebagai kemalangan logi kuasa nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah, dan juga merupakan yang pertama daripada dua kejadian yang diberi taraf 7 dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (selain kemalangan nuklear Fukushima I).[1] Usaha menahan peluasan pencemaran serta mengelakkan berlakunya malapetaka yang lebih besar melibatkan lebih 500,000 orang pekerja dan menelan belanja kira-kira 18 bilion ruble, sehingga menyebabkan kegawatan ekonomi Soviet.[2]

Bencana ini berlaku sewaktu sesi ujian sistem pada hari Sabtu, 26 April 1986 di reaktor nombor empat loji Chernobyl yang terletak dekat dengan bandaraya Prypiat dan juga dekat sekali dengan sempadan Belarus dan Sungai Dnieper. Secara tiba-tiba, berlakunya pertambahan keluaran kuasa yang mendadak; apabila pihak loji cuba melakukan penutupan kecemasan, terjadi pula kenaikan keluaran kuasa yang lebih melampau, sehingga bekas reaktor pecah dan berlakunya beberapa letupan. Kejadian-kejadian ini mendedahkan penyerdehana grafit reaktor ke dalam udara dan menyebabkannya bernyala.[3] Kebakaran yang tercetus itu melepaskan sekepul luruhan asap yang amat radioaktif ke dalam atmosfera dan ke seluruh kawasan yang besar termasuk Pripyat. Kepulan itu tersebar ke merata tempat di rantau barat Kesatuan Soviet dan Eropah. Pada tahun 1986 hingga 2000, 350,400 orang dipindahkan dari kawasan-kawasan yang paling teruk tercemar di Belarus, Russia, dan Ukraine.[4][5] Menurut data rasmi pasca-Soviet,[6][7] kira-kira 60% luruhan itu melanda Belarus.

Kemalangan ini membangkitkan kebimbangan orang ramai akan keselamatan industri kuasa nuklear Soviet dan juga kuasa nuklear pada umumnya, maka peluasan penggunaan tenaga nuklear terbantut selama beberapa tahun dan kerajaan Soviet terpaksa kurang berahsia tentang tatacara nuklearnya.[8] Tindakan kerajaan menyembunyikan bencana Chernobyl daripada rakyatnya merupakan "pemangkin" bagi dasar glasnost yang "membuka laluan kepada usaha pembaharuan yang akhirnya menumbangkan Kesatuan Soviet."[9]

Russia, Ukraine, dan Belarus sama-sama dibebankan dengan perbelanjaan pembersihan dan penjagaan kesihatan yang cukup banyak dan masih meningkat akibat kemalangan Chernobyl. Satu laporan dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa[7] mengkaji kesan kemalangan tersebut kepada alam sekitar. Anggaran bilangan kematian yang mungkin berpunca daripada kemalangan itu sangat berbeza-beza: 31 kematian didapati berpunca secara langsung daripada kemalangan itu, kesemuanya di kalangan kakitangan reaktor dan para petugas kecemasane.[10] Satu laporan UNSCEAR menetapkan jumlah kematian yang disahkan akibat radiasi pada 64 orang setakat tahun 2008. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa jumlah kematian itu mungkin mencecah 4,000 orang awam, tidak termasuk pekerja pembersihan dari tentera.[11] Satu lagi laporan menduga seramai 30,000 hingga 60,000 kematian akibat penyakit barah daripada luruhan Chernobyl,[12] tetapi satu laporan Greenpeace menganggarkan jumlah mangsa itu seramai 200,000 orang mangsa.[13] Senaskhah kertas kerja Rusia yang bertajuk Chernobyl membuat kesimpulan bahawa 985,000 kematian akibat barah pramatang berlaku di seluruh dunia pada tahun-tahun 1986 hingga 2004 akibat pencemaran radioaktif dari Chernobyl.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Black, Richard (2011-04-12). "''Fukushima: As Bad as Chernobyl?''". Bbc.co.uk. Diperoleh pada 2011-08-20. 
  2. From interviews with Mikhail Gorbachev, Hans Blix and Vassili Nesterenko. The Battle of Chernobyl. Discovery Channel. Relevant video locations: 31:00, 1:10:00.
  3. "Frequently Asked Chernobyl Questions". International Atomic Energy Agency - Division of Public Information. May 2005. Diperoleh pada 23 Mac 2011. 
  4. "Table 2.2 Number of people affected by the Chernobyl accident (to December 2000)" (PDF). The Human Consequences of the Chernobyl Nuclear Accident. UNDP and UNICEF. 22 January 2002. ms. 32. Diperoleh pada 17 September 2010. 
  5. "Table 5.3: Evacuated and resettled people" (PDF). The Human Consequences of the Chernobyl Nuclear Accident. UNDP and UNICEF. 22 January 2002. ms. 66. Diperoleh pada 17 September 2010. 
  6. ICRIN Project (2011). International Chernobyl Portal chernobyl.info. Diperoleh pada 2011. 
  7. 7.0 7.1 Environmental consequences of the Chernobyl accident and their remediation: Twenty years of experience. Report of the Chernobyl Forum Expert Group ‘Environment’. Vienna: International Atomic Energy Agency. 2006. ms. 180. ISBN 92-0-114705-8. Diperoleh pada 13 Mac 2011. 
  8. Kagarlitsky, Boris (1989). "Perestroika: The Dialectic of Change". Dalam Mary Kaldor, Gerald Holden, Richard A. Falk. The New Detente: Rethinking East-West Relations. United Nations University Press. ISBN 0860919625. 
  9. Associated Press, 24 April 2006, at msnbc.msn.com
  10. Hallenbeck, William H (1994). Radiation Protection. CRC Press. ms. 15. ISBN 0-873-719-964. "Reported thus far are 237 cases of acute radiation sickness and 31 deaths." 
  11. "Chernobyl: the true scale of the accident". Chernobyl’s Legacy: Health, Environmental and Socio-Economic Impacts. Diperoleh pada 2011-04-15. 
  12. "Torch: The Other Report On Chernobyl- executive summary". European Greens, Ian Fairlie PhD dan David Sumner - Chernobylreport.org. April 2006. Diperoleh pada 2011-08-20. 
  13. "The Chernobyl Catastrophe - Consequences on Human Health". Greenpeace. 18 April 2006. Diperoleh pada 15 Disember 2008. 
  14. Alexey V. Yablokov; Vassily B. Nesterenko; Alexey V. Nesterenko (2009). Chernobyl: Consequences of the Catastrophe for People and the Environment (Annals of the New York Academy of Sciences) (edisi ke-paperback). Wiley-Blackwell. ISBN 978-1573317573. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]