Kemalangan nuklear Fukushima I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kemalangan nuklear Fukushima I
Imej satelit empat bangunan reaktor yang rosak pada 16 Mac
Imej satelit empat bangunan reaktor yang rosak pada 16 Mac
Tarikh 11 Mac 2011 (2011-03-11) – kini
Masa 14:46 JST (05:46 UTC)
Lokasi Ōkuma, Fukushima
Bendera Jepun Jepun
Koordinat 37°25′17″N 141°1′57″E / 37.42139°U 141.03250°T / 37.42139; 141.03250
Pendapatan INES Tahap 5 (Unit 1, 2, dan 3) dan Tahap 3 (Unit 4)
(dinilai oleh pihak berkuasa Jepun pada 18 Mac)[1]
Kematian 2 daripada kecederaan fizikal (pendarahan) akibat tsunami
Kecederaan 37 cedera fizikal[2]
3 pekerja dikerjakan ke hospital kerana terdedah kepada radiasi

Kemalangan nuklear Fukushima I (福島第一原子力発電所事故 Fukushima Dai-ichi (Mengenai bunyi ini sebutan) genshiryoku hatsudensho jiko?) merupakan krisis pencemaran nuklear akibat kerosakan dan pelepasan bahan radiokatif di Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, akibat bencana gempa bumi dan tsunami raksasa yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, jam 14:46 JST.[3] Loji ini terdiri daripada enam buah reaktor air didih yang disenggara oleh Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Reaktor 4, 5 dan 6 ditutup sebelum bencana gempa kerana hendak menjalani pemeriksaan.[4] Reaktor-reaktor yang lain pula ditutup secara automatik selepas gempa, kemudian penjana kecemasan dipasang untuk memacu pam air yang diperlukan untuk menyejukkannya. Loji ini dilindungi oleh sebuah benteng laut yang direka untuk menahan tsunami setinggi 5.7 meter (19 ka), tetapi beberapa minit selepas gempa, benteng itu dilanggar lalu mudah ditumbangkan oleh sebuah ombak tsunami raksasa setinggi 14-meter (46 ka)[5]. Seluruh loji, termasuklah bangunan penjana yang terletak di tanah rendah, pun dilimpahi air laut. Akibatnya, penjana elektrik itu terputus dan reaktor-reaktor itu mula terlebih panas akibat penguraian sisa radioaktif secara semula jadi yang masih terkandung dalamnya. Pembanjiran dan kerosakan gempa menghalang usaha menyelamat yang didatangkan dari tempat lain.

Timbulnya bukti peleburan teras separa di reaktor 1, 2, dan 3; letupan hidrogen memusnahkan salutan atas bangunan reaktor 1, 3, dan 4; dan satu lagi letupan merosakkan kurungan dalam reaktor 2; kebakaran terjadi di reaktor 4. Selain itu, rod bahan api terpakai yang disimpan dalam kolam bahan api terpakai unit 1–4 mula terlebih panas apabila takat air di kolam-kolam itu menurun. Kebimbangan akan kebocoran radiasai mencetuskan perintah berpindah keluar dalam lingkungan 20-kilometer (12 bt) sekitar loji. Para pekerja loji itu mengalami keterdedahan kepada radiasi lalu juga dikeluarkan serta-merta. Pada 18 Mac, para pegawai Jepun menilai keparahan bahaya di reaktor 1, 2 dan 3 di tahap 5 pada Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (INES) yang terdiri daripada tujuh tahap.[6] Kuasa loji dipulihkan di beberapa bahagian loji ini mulai 20 Mac, tetapi kelengkapan yang rosak akibat banjir, kebakaran dan letupan masih tidak dapat dikendalikan.[7] Pada 11 April 2011, bencana ini dinaikkan ke tahap 7, iaitu sama genting dengan kemalangan Chernobyl pada tahun 1986.[8]

Hasil sukatan yang diambil oleh kementerian sains dan kementerian pendidikan Jepun di kawasan-kawasan utara Jepun yang terletak 30–50 km dari loji itu mendapati takat sesium radioaktif yang cukup tinggi untuk membimbangkan orang.[9] Makanan yang ditanam di kawasan itu dilarang penjualannya. Difikirkan bahawa sukatan iodin-131 dan sesium-137 sedunia menandakan bahawa lepasan radioaktif dari Fukushima itu setanding dengan pelepasan isotop dari bencana Chernobyl pada tahun 1986;[10][11][12] tetapi ini disangkal oleh data-data bebas yang seumpamanya.[13][14] Pihak berkuasa Tokyo mengesyorkan supaya air paip tidak digunakan untuk membuat makanan untuk bayi buat sementara waktui.[15][16] Pencemaran Plutonium telah dikesan dalam tanih di dua tapak loji ini.[17]

Pada 27 Mac, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan bahawa para pekerja yang dirawat di hospital sebagai langkah berjaga-jaga pada 25 Mac telah terdedah kepada radiasi sebanyak 2–6 Sv pada buku limanya ketika berdiri dalam air di unit 3.[18][19][20] Masyarakat antarabangsa turut berasa bimbang akan kemalangan ini. Kerajaan Jepun dan TEPCO dibidas kerana kurang telus ketika berhubung dengan orang awam.[21][22] Pada 20 Mac, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengumumkan bahawa loji itu terpaksa dilupuskan selepas berakhirnya krisis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "FLASH: Japan nuclear safety agency says level 5 incident at Fukushima reactors No. 1, 2, 3, raised from level 4". Huffington Post. Amerika Syarikat. Diperolehi pada 18 Mac 2011. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IAEAtsunami1 tidak disediakan
  3. Black, Richard. "Fukushima - disaster or distraction?" BBC News. 18 Mac 2011. Petikan: "Japan's nuclear safety agency has uprated its assessment of the Fukushima power station incident from a level four to a level five .... Level five is defined as an 'accident with wider consequences'." Compare "Japan's unfolding disaster 'bigger than Chernobyl'," New Zealand Herald. 2 April 2011.
  4. Black, Richard (15 Mac 2011). "BBC News - Reactor breach worsens prospects". BBC News. Diperolehi pada 23 Mac 2011. 
  5. "Fukushima faced 14-metre tsunami". World Nuclear News. 23 Mac 2011. Diperolehi pada 24 Mac 2011. 
  6. 'Japan raised nuclear alert level' BBC News online 18 Mac 2011.
  7. Stricken Reactors May Get Power Sunday, Wall Street Journal, 19 Mac 2011
  8. radiation in Japan is as bad as radiation level is raised to 7 for only the second time in history' Daily Mail, 12 April 2011.
  9. "Caesium fallout from Fukushima rivals Chernobyl". New Scientist. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2011. Diperolehi pada 30 March 2011. 
  10. [www.zamg.ac.at/aktuell/index.php "Aktuelle Informationen"] Check |url= scheme (bantuan). Web site of the Central Institute for Meteorology and Geodynamics (ZAMG), Austria's national weather service agency (data in German). 
  11. "Fukushima radioactive fallout nears Chernobyl levels". New Scientist. Diarkibkan daripada asal pada |archiveurl= requires |archivedate= (bantuan). 
  12. Charlie Martin, Science and Technology Editor. "New Scientist and the Wall of Zeros". Pajamas Media. 
  13. J. Diaz Leon, J. Kaspar, A. Knecht, M. L. Miller, R. G. H. Robertson, and A. G. Schubert Department of Physics and Center for Experimental Nuclear Physics and Astrophysics, University of Washington, Seattle, WA 98195, USA (25 Mac 2011). "Arrival time and magnitude of airborne fission products from the Fukushima, Japan, reactor incident as measured in Seattle, WA, USA". 
  14. Devin Powell (Monday, 28 Mac 2011). "Japan nuke accident seen from Seattle". Science News. 
  15. Japan mulls Fukushima food ban: IAEA, Reuters, 19 March 2011
  16. Justin McCurry in Osaka (23 Mac 2010). "Tokyo water unsafe for infants after high radiation levels detected". Guardian (London). Diperolehi pada 23 Mac 2011. 
  17. "“Results of Pu measurement in the soil in Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant”, TEPCO Attachment to press release 28 March 2011" (PDF). Diperolehi pada 7 April 2011. 
  18. Jolly, David; Tabuchi, Hiroko; Bradsher, Keith; DAVID JOLLY, HIROKO TABUCHI and KEITH BRADSHER (27 Mac 2011). "Higher Radiation Levels Found at Japanese Reactor". New York Times. Diperolehi pada 27 Mac 2011. 
  19. "Fukushima Daiichi Nuclear Accident Update (27 March, 03:00 UTC)". International Atomic Energy Agency. 27 Mac 2011. Diperolehi pada 27 Mac 2011. 
  20. "Level of iodine-131 in seawater off chart". Japan Times. 26 March 2011. Diarkibkan daripada asal pada 19 December 2012. Diperolehi pada 27 March 2011.  |coauthors= requires |author= (bantuan)
  21. Wagner, Wieland (15 Mac 2011). "Problematic Public Relations: Japanese Leaders Leave People in the Dark". Der Spiegel. Diperolehi pada 19 Mac 2011. 
  22. "China urges Japan's openness amid panic buying of salt". Channel NewsAsia. 17 Mac 2011. Diperolehi pada 17 Mac 2011.