Bendera Jerman Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nisbah bendera: 3:5

Sejak penubuhan negara Jerman Timur dari tahun 1949 hingga 1959, bendera yang digunakan oleh Jerman Timur adalah sama dengan bendera Jerman Barat dan juga bendera Jerman masa kini. Lambang negara Jerman Timur yang dicipta pada tahun 1955 hanya dimasukkan ke bendera Jerman Timur pada 1959 untuk membezakannya dari bendera Jerman Barat. Lambang ini mengandungi tukul yang melambangkan para pekerja, kompas untuk para cendekiawan dan bijiran gandum untuk para petani.

Pengibaran bendera ini di Jerman Barat dan Berlin Barat adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang dan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh perlembagaan negara tersebut. Namun, undang-undang ini tidak lagi berkuasa sejak 1969.

Bendera Jerman yang terkini dikembalikan sebagai bendera kebangsaan Jerman Timur dari bulan Jun 1990 sementara menunggu penyatuan rasmi negara Jerman Barat dan Timur pada bulan Oktober pada tahun yang sama.