Bendera Jerman
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
|
|||||||||
|
Bendera Jerman terdiri daripada tiga jalur mendatar yang seimbang, warna hitam di atas, merah di tengah dan emas di bawah. Bentuk ini diterima pada tahun 1919 dan diterima semula dengan perlembagaan baru pada tahun 1949.
Asal-usul[sunting]
Terdapat dua teori mengenai asal-usul warna-warna tersebut. Teori pertama mengatakan bahawa ia diambil daripada pakaian seragam yang digunakan oleh Kor Bebas Lutzow yang dianggotai oleh para pelajar universiti, dengan tujuan untuk menentang pendudukan Napoleon di negara Jerman. Teori kedua pula mengatakan bahawa warna-warna tersebut berasal daripada jata diraja Empayar Rom Holy.