Besbol
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Besbol merupakan antara sukan yang paling popular di Amerika Syarikat, Kanada dan Asia Timur. Besbol moden dimajukan di Amerika Syarikat daripada kriket dan "rounders" di British. Besbol merupakan sukan rasmi Amerika Syarikat. Ia merupakan sejenis sukan bola.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Rekod terawal sejarah besbol (sejauh mana diketahui) terdapat di dalam penerbitan pihak British bertarikh 1744, "A Little Pretty Pocket-Book", ditulis oleh John Newbery. Buku tersebut mengandungi gambarajah anak-anak muda di dalam permainan besbol; ia kelihatan hampir sama dengan permainan besbol yang terdapat pada masa kini.
[sunting] Permainan
Permainan besbol hampir sama dengan permainan sofbol, iaitu, memerlukan pemukul ("batter"), pembaling ("pitcher") dan pemadang/penangkap ("fielder").
[sunting] Padang
Padang mengandungi dua bahagian, iaitu "infield" dan "outfield". "Infield" merupakan kawasan suku bulatan yang berjejari 28.956 m ( 95 kaki). "Outfield" pula merupakan kawasan yang dipenuhi rumput yang dikhaskan untuk pemadang/penangkap.
[sunting] "Infield"
"Infield" untuk permainan Besbol berbentuk Berlian mengandungi 4 "base" dan dinomborkan mengikut arah lawan jam. Tempat pemukul dinamakan "home plate". Jarak antara "base" ialah sejauh 27.4 m (90 kaki).
[sunting] "Outfield"
Kawasan ini merupakan kawasan antara "infield" dengan dinding/benteng yang menjadi sempadan untuk pukulan larian penuh ("home run"). Pemukul yang dapat memukul bola melepasi sempadan ini akan mendapat larian percuma. Pemain yang berada di "base" juga akan mendapat larian percuma.

