Pokok Akar Saga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Biji saga)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok akar saga
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Subkeluarga: Faboideae
Tribus: Abreae
Genus: Abrus
Spesies: A. precatorius
Nama binomial
Abrus precatorius
L., 1753

Pokok akar saga atau Akar Belimbing, Saga Kenari, Saga Akar, Saga Betina[1] , Saga Laut[2], atau pokok tasbih (Abrus precatorius) (bahasa Inggeris: Jequirity, Black-eyed Susan, Rosary Pea atau Indian Licorice) adalah sejenis tumbuhan legum yang mempunyai daun-daun pinat yang kecil. Bijinya banyak digunakan sebagai manik serta di dalam peralatan muzik. Bijinya amat beracun tetapi kurang berbahaya jika ditelan memandangkan biji saga mempunyai lapisan kulit yang tebal.

Abrus precatorius dari buku panduan Medicinal-Plants karangan Koehler.

Toksin yang terkandung di dalam biji saga mempunyai hubungan rapat dengan sejenis ricin dipanggil abrin. Ia merupakan sejenis dimer yang terdiri daripada dua subunit protein, dinamakan jenis A dan B. Rantaian B berfungsi mengangkut abrin ke dalam sel dengan mengikat kepada beberapa protein pengangkutan ke membran sel, yang kemudian mengangkut toksin tersebut ke dalam sel. sebaik sahaja berada di dalam sel, rantaian A mencegah sintesis protein dengan menyahaktifkan sub-unit 26S di dalam ribosom. Satu molekul abrin boleh menyahaktifkan sehingga 1,500 ribosom sesaat. Tanda-tanda keracunan adalah sama seperti ricin, kecuali dos maut bagi ricin adalah lebih kurang 75 kali ganda daripada dos maut abrin. Abrin boleh membunuh dengan jumlah edaran kurang daripada 3 μg (mikrogram).

Biji saga sangat dihargai sebagai barang kemas asli disebabkan warnanya yang terang. Biji ketiga dengan hilum (kesan pemasangan) berwarna hitam, manakala yang lain pula berwarna merah terang, seolah-olah kumbang kura-kura. Pembuatan barang kemas dengan biji saga adalah berbahaya, dan sudah terdapat kes kematian akibat luka pada jari semasa menebuk biji tersebut untuk dijadikan manik. Walau bagaimanapun, biji saga sudah lama dianggap sebagai simbol cinta di negara China.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Abrus precatorius Tumbuhan Beracun. Pusat Racun Negara.
  2. Traditional Malay Medicinal Plants, By Muhamad Zakaria & Mustafa Ali Mohd

Pautan luar[sunting | sunting sumber]