Fabaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fabaceae
frames
Bunga Fabaceae
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Fabales
Famili: Fabaceae
Subfamili

Caesalpinioideae
Mimosoideae
Faboideae


Fabaceae ialah nama botani untuk sebuah famili tumbuhan yang besar, sebagaimana yang ditakrifkan oleh sistem APG. Tatanama Botani Kod Antarabangsa membenarkan penggunaan kedua-dua nama Fabaceae sensu lato dan Leguminosae sebagai nama botani pada peringkat famili, tetapi sistem APG menerimaguna nama Fabaceae, dan mengolahkannya sebagai tiga subfamili, iaitu Caesalpinioideae, Mimosoideae dan Faboideae (padanannya dalam Leguminosae ialah Papilionoideae).

Famili ini juga boleh ditakrifkan dengan cara yang berbeza sebagai Fabaceae sensu stricto, seperti dalam sistem Cronquist. Dalam pengelasan ini, subfamili Mimosoideae dan Caesalpinioideae dinaik taraf ke peringkat famili Mimosaceae dan Caesalpiniaceae. Kumpulan yang tinggal mempunyai dua nama botani yang boleh ditukar ganti, iaitu Fabaceae atau Papilionaceae.

Ketika merujuki kepada mana-mana sebuah buku yang menggunakan nama Fabaceae, pastilah kumpulan yang berkenaan. Nama-nama Leguminosae atau Papilionaceae adalah jelas, dan ahli-ahli taksonomi seringnya mengolahkan kumpulan ini sebagai Leguminosae.

Leguminosae (atau Fabaceae sensu lato) ialah famili pokok berbunga yang kedua besar, dengan 650 genus dan melebihi 18,000 spesies. Spesies-spesies ini biasa digelarkan kekacang dan famili ini terdiri daripada beberapa tanaman makanan yang paling bernilai, seperti kacang, kacang pea, kacang tanah, kacang soya, dan lentil. Spesies-spesies yang lain merupakan sumber makanan haiwan atau baja hijau yang penting, dan termasuk lupin, klover, alfalfa, cassia, dan kacang soya. Sebilangan genus seperti Laburnum, Robinia, Gleditsia, Acacia, Mimosa, dan Delonix merupakan pokok dan pokok renek hiasan. Spesies-spesies yang lain mempunyai sifat perubatan atau insektisid, umpamanya Derris, ataupun menghasilkan bahan-bahan yang penting seperti gam arab, tanin, pewarna, atau damar. Terdapat juga pokok kudzu, satu spesies Asia timur yang pernah ditanam di bahagian tenggara Amerika Syarikat untuk perbaikan tanah dan sebagai makanan lembu. Penanaman spesies ini telah diberhentikan kerana pokok kudzu ini telah menjadi satu rumpai invasif yang dasyat kerana kecenderungannya untuk bertumbuh di mana-mana sahaja.

Bunga untuk semua ahli dalam famili ini mempunyai lima kelopak, dan ovari superiornya masak dalam bentuk lenggai, yang secara teknik digelarkan legum. Ketika masak, kedua-dua tepi legum ini terbelah dan membebaskan biji-bijinya yang terlekat pada satu atau kedua-dua kelimnya.


Subfamili[sunting | sunting sumber]

Secara tradisi, tumbuhan-tumbuhan legum ini dikelaskan kepada tiga subfamili (kekadang dinaik taraf ke peringkat famili dalam order Fabales), berdasarkan morfologi bunga, khususnya bentuk kelopaknya:

  • Caesalpinioideae (Caesalpiniaceae): Bunganya bersifat zigomorfi, tetapi amat berbeza-beza, umpamanya bunga Cercis kelihatan amat serupa dengan bunga Faboideae, manakala bunga Bauhinia mempunyai lima kelopak yang sama besar dan bersimetri.
  • Mimosoideae (Mimosaceae): Kelopaknya kecil sahaja, dan seringnya berbentuk globos atau spikat, dengan stamen yang merupakan bahagian bunga yang paling menonjol.
  • Faboideae atau Papilionoideae (Fabaceae sensu strictu atau Papilionaceae): Salah satu daripada lima kelopaknya adalah besar serta mempunyai segaris kedut. Dua kelopak yang bersebelahannya terletak di tepi bunga, sedangkan dua kelopak yang tinggal terletak di bahagian bawah bunga dan digabungkan pada pangkalnya untuk membentukkan struktur yang seakan-akan bot.

Pengikatan nitrogen[sunting | sunting sumber]

Satu ciri legum yang penting adalah bahawa legum-legum merupakan perumah untuk bakteria dalam bintil akarnya. Bakteria ini, dikenali sebagai rizobia, mempunyai keupayaan untuk mengambil gas nitrogen (N2) dari udara dan menukarkannya untuk menjadi sejenis bentuk nitrogen yang boleh digunakan oleh tumbuhan perumah (NO3- atau NH3 ). Proses ini digelarkan pengikatan nitrogen. Legum yang bertindak sebagai perumah, dan rizobia yang bertindak sebagai pembekal nitrat yang berguna, menghasilkan satu perhubungan simbosis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]