Bomba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bomba
2june 2007 559.jpg
Bomba
Pertubuhan awam, swasta, kerajaan atau sukarela

Jabatan bomba atau bomba merupakan sebuah organisasi awam atau swasta yang menyediakan perkhidmatan perlindungan kebakaran mengikut tahap penguatkuasaan, sama ada perbandaran, mukim, daerah, negeri atau kebangsaan.[1]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat Jabatan Bomba Tokyo.

Sesebuah jabatan bomba lazimnya mempunyai fungsi asas untuk memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran serta menyelamatkan nyawa, premis dan harta benda daripada musnah akibat kebakaran. Di Malaysia, fungsi-fungsi bomba adalah tertakluk di bawah Seksyen 5(1) & (2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut:- [2]

  1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lori bomba lama di Samocice - Poland.

Jabatan bomba terawal ditubuhkan semasa zaman Rom Purba oleh Egnatius Rufus yang menggunakan hamba abdinya untuk menyediakan perkhidmatan bomba percuma.[3] Mereka menentang kebakaran dengan menggunakan timba berantai serta meronda jalan-jalan dengan kuasa menghukum sesiapa yang melanggar peraturan pencegahan kebakaran.

Jabatan bomba kemudian ditubuhkan oleh syarikat insurans pada abad ke-18 dan 19. Pada tahun 1736, Benjamin Franklin telah menubuhkan syarikat insurans kebakaran pertama bernama Union Volunteer Fire Company di Philadelphia.[4] Bandar raya Boston menubuhkan jabatan bomba pertama yang dibiayai orang awam di Amerika pada tahun 1679.[5]

Pada lewat abad ke-19, permintaan terhadap pemerintahan berpusat terhadap syarikat bomba swasta muncul berikutan tindakan syarikat bomba berkenaan kerana syarikat bomba tersebut ada kalanya enggan memadamkan kebakaran di bangunan yang tidak memiliki insurans kebakaran. Harta yang diinsuranskan biasanyanya mempunyai plak yang menandakan syarikat insurans masing-masing. Tindakan tersebut menyebabkan sebahagian bandar raya musnah teruk serta banyak nyawa yang terkorban. Bandar-bandar raya mula menubuhkan jabatan bomba sendiri sebagai satu bentuk perkhidmatan awam, sekaligus memaksa syarikat bomba swasta ditutup.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]