Boneka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Boneka air Vietnam.

Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.

Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde, "Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi."