Brachiosaurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Brachiosaurus
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Reptilia
Order: Saurischia
Famili: Brachiosaurid
Genus: Brachiosaurus
B. atalaiensis, dll.
Spesies: B. altithorax
Nama binomial
Brachiosaurus altithorax
Brachiosaurus brancai

Pembandingan saiz antara Brachiosaurus dan manusia.

Brachiosaurus yang maksud harfiahnya "Cicak Bertangan" (bahasa Yunani: brachion / βραχιων  (tangan) dan sauros / σαυρος  (cicak)) ialah genus dinosaur sauropod yang hidup pada Zaman Jura Akhir. Ia dinamai sedemikian kerana anggota depannya lebih panjang daripada anggota belakang. Sebagai salah satu haiwan terbesar yang pernah berjalan di bumi ini, Brachiosaurus telah menjadi salah satu dinosaur yang termasyhur dan telah diiktiraf secara meluas di seluruh dunia.

Selama banyak dekad, Brachiosaurus merupakan dinosaur terbesar yang diketahui. Bagaimanapun, sebilangan titanosaur, umpamanya Argentinosaurus, telah ditemui yang mengatasi saiz Brachiosaurus. Lebih terkini, lagi seekor brachiosaurid, Sauroposeidon, juga telah ditemui; berdasarkan bukti fosil yang tak lengkap, ia mungkin lebih berat daripada Brachiosaurus.

Brachiosaurus sering dianggap sebagai dinosaur terbesar yang diketahui, berdasarkan rangka fosil yang agak lengkap. Bagaimanapun, spesimen yang paling lengkap, termasuk Brachiosaurus di Muzium Humboldt, Berlin (diekskavasi di Afrika, dan yang merupakan rangka terpasang yang tertinggi di dunia), ialah ahli-ahli spesies B. brancai yang telah dianggap oleh sesetengah ahli sains sebagai sebahagian Giraffatitan, jenis yang tersendiri. Bahan holotip spesies jenis B. altithorax termasuk jujukan tujuh vertebra dorsal posterior, sakrum, vertebra kauda proksimal, korakoid, humerus, femur, dan rusuk yang mencukupi untuk menganggar saiznya.

Berdasarkan rangka komposit yang lengkap, tingginya Brachiosaurus 25 meter (82 kaki) dan mungkin berupaya untuk menaikkan kepalanya sehingga lebih kurang 13 meter (42 kaki) dari aras tanah. Bahan-bahan serpihan daripada spesimen-spesimen yang lebih besar menunjukkan bahawa dinosaur ini berupaya bertumbuh 15% lebih panjang daripada ukuran ini. Bahan-bahan tersebut termasuk fibula HMN XV2 terasing yang panjangnya 1340 sentimeter serta brakiosaurid skapulokorakoid yang dirujuk sebagai Ultrasauros.

Berat Brachiosaurus telah dianggar di sekitar 15 tan (Russell et al., 1980) dan 78 tan (Colbert, 1962). Anggaran-anggaran berketerlaluan ini boleh dibiarkan kerana anggaran Russell et al. berdasarkan alometri tulang anggota dan bukannya model badan, manakala anggaran Colbert berdasarkan suatu model yang luput dan terlalu berat. Anggaran-anggaran yang lebih terkini yang berdasarkan model-model yang dibina semula daripada osteologi dan perototan tersimpul adalah antara 32 tan (Paul 1988) hingga 37 tan (Christiansen 1997). Spesimen-spesimen tersebut yang 15% lebih panjang membayangkan berat antara 48 hingga 56 tan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujakan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]