Brent Renaud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brent Renaud
Kelahiran
Brent Anthony Renaud

(1971-10-13)13 Oktober 1971
Meninggal duniaMac 13, 2022(2022-03-13) (umur 50)
Irpin, Ukraine
Sebab kematianLuka tembakan dialami semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
Pusat pendidikanSouthern Methodist University (BA)
Universiti Columbia (MA)
Pekerjaan
  • Wartawan
  • pembuat filem
AnugerahNieman Fellowship (2019)
Anugerah Peabody (2015)

Brent Anthony Renaud (2 Oktober 1971 – 13 Mac 2022) ialah seorang wartawan, pembuat filem dokumentari dan wartawan foto Amerika Syarikat. Renaud bekerja dengan abangnya Craig untuk menghasilkan filem untuk saluran seperti HBO dan Vice News, dan merupakan bekas penyumbang untuk New York Times. Menurut pegawai Ukraine, beliau dibunuh pada 13 Mac 2022, oleh askar Rusia semasa membuat liputan mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine di bandar Irpin berhampiran Kyiv.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Renaud dilahirkan pada 2 Oktober 1971[1] di Memphis, Tennessee, dan dibesarkan di Little Rock, Arkansas.[1] Ibunya, Georgen Freasier, merupakan seorang pekerja sosial dan ayahnya, Louis Renaud, merupakan seorang jurujual.[1] Renaud memperoleh ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan Inggeris dari Southern Methodist University dan Ijazah Sarjana dalam Sosiologi dari Universiti Columbia.[1][2][3]

Beliau tinggal dan bekerja di Little Rock dan Bandar New York.[4][5] Dengan kerjasama abangnya Craig, Brent Renaud menghasilkan satu siri filem dan program televisyen, kebanyakannya memfokuskan pada kisah kemanusiaan dari kawasan panas di dunia.[5] Dari 2004 hingga 2005, adii-beradik Renaud merakamkan siri Discovery Channel Off to War. Ia meliputi anggota simpanan Arkansas dalam konflik Iraq dan keluarga mereka.[6][7]

Adik-beradik itu juga meliputi peperangan di Iraq dan Afghanistan, gempa bumi 2010 di Haiti, krisis politik di Mesir dan Libya, konflik-konflik di Afrika, perang dadah Mexico dan krisis pelarian di Amerika Tengah.[5] Mereka memenangi beberapa anugerah dalam televisyen dan kewartawanan, termasuk Anugerah Peabody pada tahun 2015 untuk siri video mereka "Last Chance High".[8] Adik beradik itu mengarahkan dokumentari Meth Storm, yang dikeluarkan pada 2017 oleh HBO Documentary Films.[9] Pada 2019, Renaud dilantik sebagai profesor pelawat di Universiti Arkansas.[10] Renaud ialah Felo Nieman 2019. Bersama abangnya, beliau juga adalah penerima anugerah Pulitzer Center; mereka juga mengasaskan Festival Filem Little Rock.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Menurut pegawai pemerintah Ukraine, Renaud ditembak dan dibunuh oleh askar Rusia di Irpin, Oblast Kyiv, Ukraine semasa membuat liputan mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022.[11][12][13] Dua lagi wartawan cedera dan dibawa ke hospital. Salah seorang daripada mereka, Juan Arredondo, kemudiannya berkata dalam video yang diterbitkan oleh wartawan Itali di Twitter bahawa kumpulan wartawan itu sedang merakam orang awam yang berpindah melalui salah satu jambatan di Irpin, dan kemudian mereka disasarkan oleh askar yang menembak Renaud di leher.[14] Ia merupakan kematian pertama wartawan asing yang dilaporkan dalam perang pada 2022 di Ukraine.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Traub, Alex (13 Mac 2022). "Brent Renaud, Crusading Filmmaker, Is Killed at 50". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2022. Dicapai pada 14 Mac 2022.
  2. ^ "Brent Renaud, journalist killed in Ukraine, was a SMU grad who mentored at-risk Dallas youth". Dallas News (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 2022. Dicapai pada 14 Mac 2022.
  3. ^ Traub, Alex (13 Mac 2022). "Brent Renaud, Crusading Filmmaker, Is Killed at 50". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  4. ^ "Brent Renaud Archives". Nieman Reports (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ a b c "Renaud Brothers: Bio". Renaud Brothers (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2022.
  6. ^ Barnhart, Arron (22 Oktober 2005). "'Off to War' follows reservists, families". The Olympian (dalam bahasa Inggeris). m/s. 24. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  7. ^ Rodriquez, Cristina (9 Ogos 2004). "Brothers' documentary shows soldiers' true experience". The Springfield News-Leader (dalam bahasa Inggeris). m/s. 4. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  8. ^ Millar, Lindsey (20 April 2015). "Renaud brothers win Peabody for 'Last Chance High'" (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ Revier, Kevin (12 Februari 2018). "Film review: Craig Renaud and Brent Renaud (dirs.), Meth Storm". Crime, Media, Culture. 14 (3): 511–513. doi:10.1177/1741659018756931. S2CID 149296956.
  10. ^ "Feature Filmmaker Appointed Visiting Professor". Universiti Arkansas (dalam bahasa Inggeris). 9 September 2019. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  11. ^ Sinar Harian (14 Mac 2022). "Award-winning US filmmaker Brent Renaud killed by Russian forces in Ukraine". Astro Awani.
  12. ^ Schwirtz, Michael (13 Mac 2022). "Brent Renaud, an American journalist, is killed in Ukraine". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  13. ^ "U.S. 'Horrified' At Killing Of American Journalist Near Kyiv". RadioFreeEurope/RadioLiberty (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2022.
  14. ^ "'They started shooting at us' – US journalist's colleague". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 2022. Dicapai pada 13 Mac 2022.
  15. ^ "Wartawan pertama maut semasa buat liputan di Ukraine". Utusan Malaysia. 14 Mac 2022. Dicapai pada 25 Mac 2022.
  16. ^ Warrior Champions Diarkibkan 6 Oktober 2011 di Wayback Machine, Austin Film Festival
  17. ^ "Stockton to host screening of 'Warrior Champions: From Baghdad to Beijing'". NJ.com (dalam bahasa Inggeris). Oktober 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]