Revolusi Mesir 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Revolusi Mesir 2011

Perarakan demonstrasi pada 25 Januari
Lokasi  Mesir
Tarikh masih berterusan sejak 25 Januari 2011
Cir-ciri Revolusi, tunjuk perasaan, rusuhan, keingkaran awam, bakar diri
Kematian 9 (Barangkali berdozen-dozen di Suez, lihat di bawah)[1][2][3]
Kecederaan Sekurang-kurangnya 850 pembantah cedera[4]
Tangkapan Melebihi 1,000 orang[5]

Revolusi Mesir 2011 atau Revolusi Belia (juga dipanggil Revolusi 25 Januari),[6] ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keadaan hidup susah.[7] Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.[8]

Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977,[9] sehingga Kaherah diperihalkan sebagai "sebuah zon perang"[10] oleh seorang wartawan dari akhbar The Guardian. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.[9][11]

Apabila tahap publisiti meningkat, kerajaan Mesir telah meningkat usaha menghadkan capaian Internet. Mulai Jumaat 28 Januari, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit termasuk SMS telah terhenti.[12][13]

Mubarak membubarkan kerajaannya lalu melantik tokoh tentera dan bekas ketua Jabatan Perisikan Am Mesir, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden untuk cuba mematahkan bantahan. Mubarak meminta menteri penerbangan dan bekas ketua Tentera Udara Mesir, Ahmed Shafik untuk membentuk kerajaan barunya. Penentangan terhadap rejim Mubarak bertaut pada Mohamed ElBaradei, apabila semua kumpulan pembangkang utama menyokong peranannya sebagai perunding untuk membentuk suatu kerajaan peralihan yang bersatu.[14] Ramai warga luar negara hendak keluar dari negara ini, apabila rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan terbesar.[15] Sebagai tanda tunduk kepada tekanan rakyat, Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya pada bulan September.[16]

Pada 10 Februari, President Mubarak mengumumkan bahawa beliau "menugaskan kuasanya" kepada Naib Presiden Omar Suleiman. Duta Mesir ke Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ini menjadikan Suleiman sebagai Presiden Mesir de facto, tetapi Mubarak kekal sebagai Presiden de jure.[17][18]

Pada 11 Februari, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan bahawa Mubarak meletak jawatan sebagai presiden sambil menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.[19] Dua hari kemudian, kerajaan tentera pimpinan Mohamed Hussein Tantawi mengumumkan bahawa perlembagaan negara digantung, kedua-dua dewan parlimen dibubarkan, dan tentera memerintah selama enam bulan sehingga pilihan raya boleh diadakan. Jemaah menteri sebelum ini, termasuk Perdana Menteri Ahmed Shafik, menyambung tugas sebagai kerajaan sementara sehingga terbentuknya kerajaan baru.[20]

Shafik meletak jawatan pada 3 Mac 2011, sehari sebelum bantahan besar-besaran untuk memaksanya berundur dirancangkan; beliau diganti oleh Essam Sharaf, bekas menteri pengangkutan.[21]


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas pembunuhan Presiden Anwar El Sadat pada tahun 1981, Hosni Mubarak telah memimpin kerajaan republik kepresidenan separa Mesir dan merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Mesir.[22] Mubarak dan kerajaan National Democratic Party (NDP) beliau telah mengekalkan pemerintahan satu parti dalam keadaan darurat yang berterusan.[22] Kerajaan Mubarak mendapat sokongan Barat dan sumbangan dana tahunan berterusan daripada Amerika Syarikat dengan syarat Mesir mengekalkan polisi menekan militan Islam dan berdamai dengan Israel.[22] Hosni Mubarak sering kali dibandingkan dengan firaun Mesir oleh media dan oleh sesetengah pengkritik kerasnya kerana corak pemerintahan adikara beliau.[23]

Berikut ialah punca-punca berlakunya revolusi ini:

Kematian[sunting | sunting sumber]

Seorang pembantah yang terbunuh pada 29 Januari

Mendahului bantahan ini, sekurang-kurangnya enam kes bakar diri telah dilaporkan, termasuk seorang lelaki yang cuba membakar dirinya di pusat bandar Kaherah.[24] Kes-kes ini diinspirasikan, dan bermula betul-betul selepas sebulan tindakan bakar diri di Tunisia yang membawa kepada Pemberontakan Tunisia 2010–2011. Enam kejadian yang dilaporkan tersebut dibuat termasuklah oleh Abdou Abdel-Moneim Jaafar,[25] Mohammed Farouk Hassan,[26] Mohammed Ashour Sorour,[27] dan Ahmed Hashim al-Sayyed yang kemudiannya mati akibat kecederaannya.[28]

Sehingga 30 Januari, Al Jazeera melaporkan seramai 150 kematian dalam bantahan ini.[29] The Sun pula melaporkan yang kematian tersebut terdiri daripada 10 anggota polis, 3 orang yang dibunuh di Rafah akibat dikeroyok.[30]

Sehingga 29 Januari, diketahui seramai 2,000 orang telah cedera.[31] Pada hari ini juga, seorang pekerja kedutaan Azerbaijan di Mesir telah terbunuh semasa pulang ke rumah dari kerja di Kaherah;[32] keesokan harinya, Azerbaijan menghantar sebuah pesawat untuk membawa keluar rakyatnya[33] dan membuka satu siasatan jenayah ke atas pembunuhan tersebut.[34]

Pengkebumian bagi mereka yang maut pada "Jumaat Kemarahan" telah dibuat pada 30 Januari. Ratusan orang yang berkabung berkumpul untuk pengkebumian tersebut menyeru peletakan jawatan Mubarak.[35] Sehingga 1 Februari, bantahan ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 125 orang maut,[36] walaupun Human Rights Watch meyatakan yang Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay mendakwa seramai 300 orang mungkin telah terbunuh dalam pergolakan ini. Bilangan yang tidak disahkan ini termasuklah 80 kematian disahkan Human Rights Watch di dua buah hospital Kaherah, 36 di Iskandariah, dan 13 di kota pelabuhan Suez, antara lain;[37][38][39] lebih 3,000 orang turut dilaporkan cedera.[37][38][39]

Jumlah kematian Bantahan Mesir 2011
Titik kilat utama Jumlah kematian
yang terlapor
setakat 11 Februari 2011
Sumber
Iskandariah 52 [40][41][42][42][37][43]
Suez 18 [40][37][43][41]
Asyut 3 [41]
El-Arish 1 [44]
Beni Suef 17 [45]
Luxor 1 [46]
Atfih 1 [46]
Kaherah 232 [40][46][47][37][48][43][41][49][40]
Oasis Kharga 1 [46]
Sheikh Zoweid, Sinai Utara 1 [50]
Abu Simbel 1 [46]
Rafah 3 [42]
Mansoura 2 [51]
Tempat lain 45 [50][40][40][52][48]
Jumlah 365 [53][54][55][48][40][56]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tencer, Daniel (2011-01-14). "Reports of ‘massacre’ in Suez as protests in Egypt move into third day". Raw Story. http://www.rawstory.com/rs/2011/01/reports-massacre-suez-protests-egypt/. Capaian 2011-01-28. 
  2. "Egypt protests live blog". The Guardian. 26 Januari 2011. http://www.guardian.co.uk/world/blog/2011/jan/26/egypt-protests#block-11. Capaian 26 Januari 2011. 
  3. "Egypt protests claims two more lives", CBC News, 26 Januari 2011. Dicapai pada 26 Januari 2011. 
  4. "UNREST IN EGYPT". Reuters. 28 Januari 2011. http://live.reuters.com/Event/Unrest_in_Egypt. Capaian 28 Januari 2011. 
  5. Ahmed Zaki Osman. "At least 1000 arrested during ongoing 'Anger' demonstrations", Almasry Alyoum, 2011-01-26. Dicapai pada 2011-01-26. 
  6. {{{1}}} "Elbaradei: I will join the Youth Revolution on Friday", 27 Januari 2011. Dicapai pada 27 Januari 2011. 
  7. Jailan Zayan (2011-01-25). "AFP – Egypt braces for nationwide protests". AFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-04. http://web.archive.org/web/20110304210618/http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5hP30nA0bbEaHZKjlpUKhdHxoN8Cg?docId=CNG.95111380dfbe35f8a08d6124c5e915e8.71. Capaian 2011-01-25. 
  8. "AFP – ElBaradei: Egyptians should copy Tunisian revolt". AFP. 2011-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-23. http://web.archive.org/web/20110123022242/http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5joGJ9JWnttO1zBMsqU8wJqD2qscA?docId=CNG.7ffd4f2e62ccb3576e8e09bd39028670.721. Capaian 2011-01-25. 
  9. 9.0 9.1 Kareem Fahim and Mona El-Nagaar. "Violent Clashes Mark Protests Against Mubarak’s Rule", The New York Times, Januari 25, 2011. 
  10. "Protests in Egypt and unrest in Middle East – as it happened". Guardian newspaper. 25 Januari 2011. http://www.guardian.co.uk/global/blog/2011/jan/25/middleeast-tunisia. Capaian 26 Januari 2011. 
  11. "Egyptian Youths Drive the Revolt Against Mubarak", New York Times, 27 Januari 2011. Dicapai pada 27 Januari 2011. 
  12. El Amrani, Issandr (2011-01-28). "URGENT: Egypt has shut off the internet". Arabist. http://www.arabist.net/blog/2011/1/28/urgent-egypt-has-shut-off-the-internet.html. Capaian 2011-01-18. 
  13. By the CNN Wire Staff. "Violent clashes erupt during protests in Egypt". CNN.com. http://www.cnn.com/2011/WORLD/africa/01/28/egypt.protests/index.html?hpt=T1&iref=BN1. Capaian 2011-01-28. 
  14. Shadid, Anthony and David D. Kirpatrick. "Opposition Rallies to ElBaradei as Military Reinforces in Cairo", 30 Januari 2011. Dicapai pada 31 Januari 2011. 
  15. Blanchard, Ben and Jonathan Standing. "Governments pull citizens out of Egypt ahead of march", 1 Februari 2011. Dicapai pada 1 Februari 2011. 
  16. EL DEEB, SARAH and HADEEL AL-SHALCHI. "Egypt crowds unmoved by Mubarak's vow not to run", 1 Februari 2011. Dicapai pada 1 Februari 2011. 
  17. "Egypt unrest: Mubarak's speech leaves nation, world wondering who's in charge – This Just In - CNN.com Blogs". News.blogs.cnn.com. http://news.blogs.cnn.com/2011/02/10/egypt-unrest-mubarak-may-address-nation-party-chief-says/?hpt=T1&iref=BN1. Capaian 2011-02-11. 
  18. "Egypt crisis: What role will Omar Suleiman play?". Csmonitor.com. 1936-07-02. http://www.csmonitor.com/World/Middle-East/2011/0210/Egypt-crisis-What-role-will-Omar-Suleiman-play. Capaian 2011-02-11. 
  19. Hosni Mubarak resigns as president Al-Jazeera English. 11 Februari 2011
  20. el-Malawani, Hania. Egypt's military dismantles Mubarak regime AFP 13 Februari 2011
  21. "Egypt's prime minsiter quits, new govt soon-army". Forexyard.com. http://www.forexyard.com/en/news/Egypts-prime-minsiter-quits-new-govt-soon-army-2011-03-03T093300Z. Capaian 2011-03-05. 
  22. 22.0 22.1 22.2 "Hosni Mubarak". The New York Times. 8 Mac 2010. http://topics.nytimes.com/top/reference/timestopics/people/m/hosni_mubarak/index.html. Capaian 14 Februari 2011. 
  23. "History’s crossroads". Indianexpress.com. http://www.indianexpress.com/news/History-s-crossroads/748326. Capaian 2011-02-14. 
  24. Rosenberg, David (24 Januari 2011). "Self-Immolation Spreads Across the Mideast, Inspiring Protest, Controversy". The Media Line. http://www.themedialine.org/news/news_detail.asp?NewsID=31194. Capaian 11 Februari 2011. 
  25. "مصري يحرق نفسه أمام البرلمان" (dalam bahasa bahasa Arab). Al Jazeera. 17 Januari 2011. http://www.aljazeera.net/NR/exeres/7F5D64C8-241F-4F34-B36A-4F259CBF3371.htm?GoogleStatID=20. Capaian 11 Februari 2011. 
  26. Zayed, Dina (18 Januari 2011). "Egyptians Set Themselves Ablaze After Tunisia Unrest". Reuters. http://www.reuters.com/article/idUSTRE70H3L720110118. Capaian 11 Februari 2011. 
  27. "موظف بـ'مصر للطيران' يهدد بحرق نفسه أمام نقابة الصحفيين" (dalam bahasa Arabic). El-Aosboa (newspaper). 18 Januari 2011. http://www.elaosboa.com/show.asp?id=20522&vnum=fesal&page=mahalyat. Capaian 11 Februari 2011. 
  28. Staff writer (18 Januari 2011). "Mother of Ahmed Hashim al-Sayyed". Reuters (via Yahoo! News). http://news.yahoo.com/nphotos/slideshow/photo//110118/ids_photos_wl/r3428700330.jpg/. Capaian 11 Februari 2011. 
  29. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Rian30 tidak disediakan
  30. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated2 tidak disediakan
  31. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan reuters3 tidak disediakan
  32. Agayev, Zulfugar (30 Januari 2011). "Azerbaijani Embassy Worker Shot Dead in Egypt, Ministry Says". Bloomberg. http://www.bloomberg.com/news/2011-01-30/azerbaijani-embassy-worker-shot-dead-in-egypt-ministry-says.html. Capaian 11 Februari 2011. 
  33. "Ambassador: Embassy will continue providing necessary help to Azerbaijanis in Egypt". En.trend.az. 2011-01-31. http://en.trend.az/news/politics/1820813.html. Capaian 2011-02-05. 
  34. "Prosecutor General's Office Files Lawsuit on Murder of Accountant of Azerbaijani Embassy in Egypt". 31 Januari 2011. http://en.trend.az/news/society/1821118.html. 
  35. Nolan, Dan (29 Januari 2011). "Hundreds Mourn the Dead in Egypt". Al Jazeera English. http://english.aljazeera.net/video/middleeast/2011/01/2011129171519806580.html. Capaian 11 Februari 2011. 
  36. Staff writer (31 Januari 2011). "Egypt Crisis: Country Braced for 'March of a Million'". The Daily Telegraph. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8293442/Egypt-crisis-country-braced-for-march-of-a-million.html. Capaian 11 Februari 2011. 
  37. 37.0 37.1 37.2 37.3 37.4 1 Februari 2011 . "Egypt: Rights Advocates Report Protest Death Toll as High as 300". Los Angeles Times. http://latimesblogs.latimes.com/babylonbeyond/2011/02/egypt-rights-advocates-report-protest-death-toll-as-high-as-300.html. Capaian 11 Februari 2011. 
  38. 38.0 38.1 "Egypt Unrest Claimed About 300 Lives – UN High Commissioner for Human Rights Navi Pillay". Allvoices.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2013. https://archive.is/m8TZh. Capaian 11 Februari 2011. 
  39. 39.0 39.1 Staff writer (1 Februari 2011). "UN Human Rights Chief: 300 Reported Dead in Egypt Protests". Haaretz. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2011. http://web.archive.org/web/20110201231910/http://www.haaretz.com/news/international/un-human-rights-chief-300-reported-dead-in-egypt-protests-1.340583?localLinksEnabled=false. Capaian 11 Februari 2011. 
  40. 40.0 40.1 40.2 40.3 40.4 40.5 40.6 "Egypt: Documented Death Toll From Protests Tops 300 | Human Rights Watch". Hrw.org. 28 January 2011. http://www.hrw.org/en/news/2011/02/08/egypt-documented-death-toll-protests-tops-300. Capaian 9 February 2011. 
  41. 41.0 41.1 41.2 41.3 Staff writer (27 January 2011). "4 Confirmed Dead in Egyptian Riots". Agence France-Presse (via Herald Sun). http://www.heraldsun.com.au/ipad/egyptian-riots-4/story-fn6s850w-1225995176163. Capaian 5 February 2011. 
  42. 42.0 42.1 42.2 "Pyramids Closed as Deadly Riots Spread". Herald Sun. 30 January 2011. http://www.heraldsun.com.au/ipad/pyramids-closed-as-egypts-deadly-protests-spread/story-fn6s850w-1225996772657. Capaian 3 February 2011. 
  43. 43.0 43.1 43.2 Gordon, Evelyn (29 January 2011). "Al-Jazeera says Egyptian riot death close close to 90". Jpost.com. http://www.jpost.com/Headlines/Article.aspx?id=205735. Capaian 9 February 2011. 
  44. Schemm, Paul; Michael, Maggie (5 February 2011). "Mubarak leaves Cairo for Sinai as protests spread". Associated Press. SignOnSanDiego.com. http://www.signonsandiego.com/news/2011/feb/11/mubarak-leaves-cairo-for-sinai-as-protests-spread/. Capaian 12 February 2011. 
  45. Williams, Alison. "Update 1 – Death Toll in Egypt's Protests Tops 100 – Sources", Reuters, 29 January 2011. Dicapai pada 5 February 2011. 
  46. 46.0 46.1 46.2 46.3 46.4 [pautan putus] http://www.wilsherline.net.uk/
  47. Agayev, Zulfugar (30 January 2011). "Azerbaijani Embassy Worker Shot Dead in Egypt, Ministry Says". Bloomberg. http://www.bloomberg.com/news/2011-01-30/azerbaijani-embassy-worker-shot-dead-in-egypt-ministry-says.html. Capaian 9 February 2011. 
  48. 48.0 48.1 48.2 "General News - Uncertainty over cause of Ghanaian's death in Egypt". Citifmonline. http://www.citifmonline.com/site/news/news/view/24359/1. Capaian 9 February 2011. 
  49. Staff writer (26 January 2011). "Egypt Official Blames Car Crash for Cairo Deaths". Reuters. http://www.reuters.com/article/2011/01/26/egypt-protest-deaths-idUSLDE70P2LE20110126. Capaian 5 February 2011. 
  50. 50.0 50.1 Staff writer (27 Januari 2011). "Egypt Police Shoot Bedouin Protester Dead". Reuters. http://af.reuters.com/article/egyptNews/idAFLDE70Q1Y520110127. Capaian 5 Februari 2011. 
  51. Parker, Nick (29 Januari 2011). "Day of Wrath in Egypt as 62 Killed". The Sun. http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/3378537/Troops-battle-rioters-in-Egypt.html?OTC-RSS&ATTR=News. Capaian 5 Januari 2011. 
  52. "Egypt Police Shoot Bedouin Protester Dead", Egypt.com News, 27 Januari 2011. 
  53. "Political turmoil instigates schism in Egyptian Soccer | bettor.com". Blogs.bettor.com. http://blogs.bettor.com/Political-turmoil-instigates-schism-in-Egyptian-Soccer-a55305. Capaian 9 February 2011. 
  54. Weaver, Matthew (28 September 2007). "Egypt protests - Tuesday 8 February | News | guardian.co.uk". Guardian. http://www.guardian.co.uk/news/blog/2011/feb/08/egypt-protests-live-updates. Capaian 9 Februari 2011. 
  55. "Pictures of the dead rise in Egypt's Tahrir Square". articles.latimes.com. Los Angeles Times. http://articles.latimes.com/2011/feb/06/world/la-fg-egypt-dead-20110207. Capaian 9 Februari 2011. 
  56. http://www.presstv.ir/detail/165680.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]