Briged ke-53 Infantri British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Briged Ke-53 Infantri British (53 Briged) adalah sebuah briged Tentera British yang berkhidmat semasa Perang Dunia II

53 Briged adalah salah satu daripada briged yang ditugaskan dengan Divisyen ke-18 Infantri British yang dihantar ke Singapura sebagai pasukan bantuan dalam bulan Februari 1942 untuk menguatkan pasukan Tentera British yang mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura daripada serangan Tentera Jepun.

Pada asalnya, briged ini ditubuhkan sebagai Briged ke-163 Infantri British tetapi pada 18 September 1939 ditukarkan menjadi 53 Briged.

53 Briged tiba di Singapura pada 13 Januari 1942 sebagai pasukan bantuan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Winston Churchill kepada Lt. Jen. A. E. Percival, panglima Markas Gerakan Tanah Melayu. Churchill mahukan Percival mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura sehingga ke titisan darah yang terakhir dan menjanjikan askar-askar tambahan untuk menguatkan pasukan Tentera British di Tanah Melayu.

53 Briged diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-11 India sebagai sebahagian daripada Westforce yang diperintah oleh Mej. Jen. Gordon Bennett, Panglima Pasukan Tentera Australia di Tanah Melayu. 53 briged bertempur di bahagian selatan Tanah Melayu dan kemudiannya terlibat dalam pengunduran pasukan askar Komanwel ke Singapura, bila mana 53 Briged kembali diletakkan di bawah pemerintahan Divisyen ke-18 Infantri British. 53 Briged kemudiannya terlibat dalam Pertempuran Singapura sehingga saat Tentera British menyerah kalah.

53 Briged bersama-sama lain-lain pasukan Tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942 apabila Lt. Jen. A. E. Percival menandatangani surat cara menyerah kalah kepada lt. Jen. Tomoyuki Yamashita. Pegawai-pegawai dan anggota [Briged]] ini dijadikan tawanan perang bersama-sama lain-lain unit dalam Divisyen ke-18 Infantri British.

Panglima[sunting | sunting sumber]

  • Brig. M. D. Jephson
  • Brig. S. Collingwood
  • Brig. C. L. B. Duke

Aturan Perang 53 Briged[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]