1942
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1942. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1942 (nombor).
| Abad: | Abad ke-19 · Abad ke-20 · Abad ke-21 |
| Dekad: | 1910-an 1920-an 1930-an 1940-an 1950-an 1960-an 1970-an |
| Tahun: | 1939 1940 1941 1942 1943 1944 1945 |
1942 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory. Ia berlangsung dari 13 Zulhijah 1360 hingga 22 Zulhijah 1361.
Peristiwa [sunting]
Januari [sunting]
- 11 Januari: PDII: Jepun menawan Kuala Lumpur.
- 14 Januari:Pertempuran Jambatan Gemencheh dalam mana pasukan Tentera Jepun diserang hendap oleh askar-askar Australia
- 19 Januari: PDII: Jepun memasuki Burma.
- 26 Januari: PDII: Thailand mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan United Kingdom.
- 31 Januari -PDII: Penentangan Tentera British di Semenanjung Tanah Melayu berakhir dengan pengunduran pasukan tentera British ke Singapura. Pertempuran Malaya yang ditangani Yamashita hanya mengambil masa 54 hari
Februari [sunting]
Percival menyerah kalah pada 15 Februari 1942
- 14 Februari: Penerbangan komersil pertama Douglas DC-4.
- 15 Februari: Pasukan Tentera British di Singapura di bawah pimpinan Lt. Jeneral A. E. Percival menyerah diri kepada angkatan tentera Jepun. Singapura jatuh ke tangan Jepun.
- 22 Februari: PDII: Amerika Syarikat memutuskan untuk berundur dari Filipina.
Jun [sunting]
- 4 Jun: PDII: Pertempuran Midway bermula.
Ogos [sunting]
- 9 Ogos: Pemimpin India, Mohandas Gandhi ditangkap tentera British.
- 22 Ogos: PDII: Brazil mengisytiharkan perang ke atas Jerman dan Itali.