18 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXIII | ||||||
18 September merupakan hari ke-261 (hari ke-262 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 104 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Chile.
Peristiwa [sunting]
- 96 - Nerva telah dilantik oleh Senat untuk menjadi Maharaja Rom, yang pertama daripada Lima Maharaja Baik.
- 1502 - Christopher Columbus mendarat di Costa Rica dalam pelayarannya yang keempat dan yang terakhir.
- 1809 - Teater kedua Royal Opera House di London dibuka selepas teater asal musnah terbakar pada tahun sebelumnya.
- 1851 – Akhbar metropolitan terbesar di A.S., The New York Times diasaskan.
- 1895 - Daniel David Palmer (gambar) memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.
- 1919 - Kerajaan Belanda memberikan hak kepada golongan wanita untuk mengundi.
- 1931 - Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun dimusnahkan, kononnya oleh pengganas dari China, memberikan dalih kepada Jepun untuk menawan Manchuria.
- 1961 - Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Ndola, Rhodesia Utara, membunuh 16 orang.
- 1976 - Upacara pengkebumian Mao Zedong berlangsung di Beijing.
- 1998 - Pertubuhan bukan untung ICANN ditubuhkan bagi mengurus pemberian nama domain dan alamat IP Internet.
- 2011 - Hujan monsun menyebabkan banjir di wilayah Sindh, Pakistan, menyebabkan lebih 340 orang maut dan sejuta rumah rosak.
- 2011 - Gempa bumi bermagnitud 6.9 berhampiran sempadan India–Nepal menyebabkan sekurang-kurangnya 102 kematian.
Kelahiran [sunting]
- 1976 - Ronaldo, bekas pemain bola sepak A.C. Milan
Kematian [sunting]
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||