Bughat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Bughat mengikut istilah syara’ ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Khalifah), iaitu pemerintah (Daulah Islamiyah) yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari’at Islam.

Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah iaitu kesalahan dalam politik.

Kesalahan Dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Syarat-syarat bagi sesuatu perlakukan itu dianggap sebagai satu kesalahan dalam politik :

  1. Pemberontakan dan penentangan mereka itu bertujuan untuk menggulingkan ketua negara atau tidak mahu lagi mematuhi pemerintahannya.
  2. Didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menentang dasar pemerintah, sekalipun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah
  3. Penderhaka dan pemebrontak itu telah mempunyai kekuatan dengan adanya ketua kumpulan itu dari orang yang mereka taati untuk mengatur dan menyusun penderhakaan dan pemberontakan yang akan mereka lancarkan.
  4. Telah berlaku penderhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan.

Penderhakaan Yang Wajib Diperangi[sunting | sunting sumber]

Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :

  1. Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan.
  2. Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam lain pula.
  3. Terdapat panda mereka kekeliruan faham, dimana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.
  4. Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.
  5. Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh, mengadakan huru hara dan sebagainya.

Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. Hudud
  2. Qisas