Daulah Islamiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan negara atau Daulah Islamiyah di daerah Yatsrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi. Dakwah Rasulullah s.a.w. tidak hanya sekadar menjelaskan konsep-konsep ketauhidan, membina sahsiah yang berakhlak tinggi dan mengembalikan perhambaan manusia kepada Allah dalam ibadah khusus semata-mata, sebaliknya baginda berusaha membentuk sistem politik dengan mengasaskan sistem pemerintahan dalam gerakannya sehinggalah tertegaknya Daulah Islamiyah.

Islam dan Negara

Daulah Islamiyah di Madinah adalah daulah fikrah dan daulah wahyu. Di mana seluruh rakyat dan pemerintah beriman dengan fikrah Islam, menghayatinya, melaksanakannya dan memperjuangkannya. Ternyata Daulah ini yang tertegak buat pertama kalinya di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. telah berkembang meluaskan ufuknya dan mewariskan rahmatnya sehinggalah jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyyah pada 1924 yang lalu.

Dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah ini telah membuka jalan yang luas kepada Kuffar yang sudah mula bangkit sejak berlakunya Revolusi Perancis pada 1789 untuk melemahkan umat Islam dan menghalang umat Islam daripada bangkit semula menguasai pemerintahan dunia. Apabila selesai perang dunia kedua dunia-dunia Islam yang dijajah telah di bahagi-bahagikan di antara kuasa Barat yang akhirnya menerapkan seluruh sistem dan perundangan Barat ke dunia Islam hingga kini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]