Bukit Berakeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Berakeh (tetapi diviralkan dengan nama Bukit Berekeh)[nyatakan menurut siapa?] atau Bukit Botak terletak di Kampung Lasah dalam Mukim Pulau Kemiri, Perak Darul Ridzuan. Ketinggiannya adalah 454 meter dari paras laut.

Bukit Berakeh kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.

Bukit Berakeh juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam serta mengambil gambar kabus yang kelihatan seperti hamparan karpet putih.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.