Wikipedia:Elakkan pengucapan yang samar-samar
| Laman ini merupakan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Para penyunting telah menyetujui pendapat dan garis panduan yang dikemukakan dalam laman ini. Garis panduan ini wajar diikuti, tetapi tidak semestinya polisi Wikipedia. Anda berhak mengubah laman ini jika perlu, tetapi sila gunakan laman perbincangan bagi memastikan penyunting lain turut setuju jika terdapat perubahan menyeluruh. |
Pengucapan yang Samar-samar(Bahasa Inggeris: Weasel Term), merujuk kepada pengucapan yang cendurug untuk mewujudkan satu konteks yang samar-samar, yang biasanya bertujuan untuk melembutkan suasana semasa menyentuh perbincangan isu yang keras ataupun isu yang bersifat kontroversi.
Pengucapan yang samar-samar boleh dilahirkan dalam pelbagai cara, dan salah satu caranya ialah dengan mengaitkan satu pernyataan dengan sumber yang samar-samar, contohnya:
-
- Bagi sesetengah warga kota, Puchong sememangnya diakui sebagai kawasan yang paling bahaya di Lembah Klang
Dalam ayat ini, "bagi sesetengah warga kota" sebenarnya adalah pengucapan yang samar-samar. Ia adalah sumber yang tidak ternama dan pada hakikatnya adalah "sumber kosong". Pengucapan ini sebenarnya tidak memberi apa-apa maklumat yang berguna kepada pembaca tentang siapakah yang telah membuat pernyataan.
Contoh pengucapan yang samar-samar [sunting]
- Menurut pihak tertentu...
- Menurut suatu laporan tidak rasmi...
- Sememangnya diakui ramai...
- Bagi golongan tertentu...
- ...adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan.
- ...mungkin merupakan...
- Menurut suatu kajian sains...
- sesetengah sarjana berpendapat...