Pergi ke kandungan

Bukit Pokok Pain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bukit Pokok Pine)
Bukit Pokok Pine ("Pine Tree Hill")
frames
Maklumat ringkas
Negara Malaysia
Negeri Selangor/ Pahang
Daerah Kuala Kubu Baru, Selangor/ Bukit Fraser, Pahang
Mukim
Kampung
Jenis gunung -Tidak berkenaan -
Taraf gunung -Tidak berkenaan -
Letupan terakhir -Tidak berkenaan -
Tinggi 1,456 meter
4,777 kaki
Koordinat
'''''

Bukit Pokok Pain ini merupakan puncak tertinggi di Bukit Fraser, Pahang, Malaysia.[1] Bukit ini yang tingginya 1,505 meter (4,937 kaki) terletak di utara sedikit Genting Highland. Bukit ini yang tingginya 1,505 meter (4,937 kaki) [2] terletak sedikit di utara Genting Highlands. Ia mendapat nama "Bukit Pokok Pain" dari lima batang Pokok Dacrydium yang tua, salah satu spesies konifer conifer yang endemik di bukit ini. Pada masa kini hanya sebatang pokok Dacrydium comosum kini tertinggal di Bukit Pokok Pain. Bukit Pokok Pain mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.

Puncak yang dikenali sebagai bukit (hill) ini antara puncak yang selalu didaki bagi pendaki-pendaki gunung. Pokok Bukit Pine terletak di Fraser Hill. Begitu juga dengan Twin Peak iaitu puncak kembar bagi Pine Tree Hill.

Puncak Pokok Bukit Pine dan Puncak Kembar ("Twin Peak" merupakan tumpuan pendaki gunung dan pendakian ke Pine Tree Hill bermula dari Rest House TNB. Terdapat satu papan tanda yang mencatatkan sejarah ringkas laluan pendakian ini dan juga sebagai penanda permulaan laluan pendakian Bukit Pokok Pine. Denai sejauh 5 kilometer ini agak lebar dan terdapat beberapa pondok rehat di sisi denai. Dalam pendakian mereka, para pendaki akan melintasi satu batu sempadan Pahang - Selangor. Terdapat sumber air terakhir boleh ada di satu kawasan lembah berdekatan denai.

Nama "Bukit Pokok Pain" berasal daripada lima batang Pokok Dacrydium yang tua, salah satu spesies konifer yang endemik di bukit ini.[2] Akibat pembasmian hutan yang menyebabkan suhu-suhu naik di tanah tinggi ini, hanya sebatang pokok Dacrydium comosum kini tertinggal di Bukit Pokok Pain.[2]

Bukit Pokok Pain mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]