Burung Belatuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Belatuk
Belatuk Hispaniolan

Mengenai bunyi ini Bunyi burung belatuk 

Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Subkelas: Neornithes
Infrakelas: Neognathae
Superorder: Neoaves
Order: Piciformes
Suborder: Pici
Keluarga: Picidae
Vigors, 1825
Subfamili

Jynginae - wrynecks
Nesoctitinae - Antillean Piculet
Picinae - woodpeckers
Picumninae - typical piculets

Burung belatuk adalah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Burung ini dari subfamili Picinae, famili Picidae. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 25 jenis belatuk (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulangkali seperti tembakan mesin gun (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Dari tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya. Namanya dalam bahasa Inggeris pun (woodpecker) memberi gambaran yang serupa.

Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.

Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).

Makanan[sunting | sunting sumber]

Makanan utama belatuk ialah ulat dan serangga, yang diperolehinya dengan mematuk dahan dan batang kayu dengan paruhnya yang keras bak pahat.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung belatuk membiak dengan bertelur di dalam lubang batang pokok. Telur belatuk bercangkerang keras.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Madoc, G.C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.

Tweedie, M.W.F. (1960). Common Malayan Birds (1 ed). (1970) Common Birds of the Malay Peninsula (2 ed.) Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z