Burung Kelicap Ranting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Kelicap Ranting
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Genus: Cyornis
Spesies: C Tickelliae
Binomial: Cyornis Tickelliae (Nama lama Muscicapa tickellae)

Burung Kelicap Ranting adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Cyornis Tickelliae.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Kelicap Ranting ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Kelicap Ranting adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kelicap Ranting tidak bergigi.

Ukuran burung kelicap ranting adalah sekitar 11–12 cm panjang. Burung kelicap ranting jantan mempunyai bahagian atas tubuh berwarna biru, sementara dada dan pangkal sayapnya berwarna jingga/oren dan bertukar putih dibahagian bawahnya. Manakala warna bagi burung kelicap ranting betina lebih pudar kebiruannya.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Makanan utama burung kelicap ranting diperolehi dengan menangkap serangga ketika terbang. Namun mereka juga memakan serangga lain seperti anai-anai atau ulat pokok/batang yang boleh didapati ketika hinggap di tanah.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Kelicap Ranting membiak dengan bertelur. Telur Burung Kelicap Ranting bercangkerang keras.

Burung Kelicap Ranting membiak di hutan-hutan kering, semak samun, kawasan buluh dan ditaman-taman. Ia akan membuat sarang dilubang-lubang pokok atau diantara batu batan, dimana sarangnya itu diperbuat daripada rumput rumput halus dan boleh bertelur diantara 3-5 biji.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z