Burung Kiwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Kiwi
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Struthioniformes
Keluarga: Apterygidae
G.R. Gray, 1840
Genus: Apteryx
Shaw, 1813
Spesies

Sila lihat teks.

Burung Kiwi ialah mana-mana spesies burung tidak boleh terbang daripada genus Apteryx (genus yang tunggal dalam keluarga Apterygidae). Dengan saiznya sekitar saiz ayam, Burung Kiwi ialah ratit terkecil yang masih hidup. Semua spesies Burung Kiwi tergolong dalam spesies terancam. Burung Kiwi ialah burung endemik di New Zealand dan merupakan simbol negara tersebut.

Isi kandungan

Etimologi[sunting]

Istilah Kiwi {kē'wē Pr: kee-wee] berasal daripada bahasa Maori atau Te Reo Māori (1825-35)[1] serta juga daripada panggilan burung itu.[2]

Tokoeka.jpg

Penemuan dan pendokumenan[sunting]

Spesimen Burung Kiwi pertama yang dikaji oleh orang Eropah merupakan kulit burung yang diberikan kepada George Shaw oleh Kapten Andrew Barclay di dalam kapal Providence pada sekitar tahun 1811. Kulit itu dilaporkan diberikan oleh seorang pemburu anjing laut di Pelabuhan Sydney. George Shaw memberikan nama saintifik kepada Burung Kiwi serta juga membuat lakaran tentang rupa Burung Kiwi yang hidup, sebagaimana dibayangkannya. Lakarannya muncul dalam plat 1057 dan 1058 di dalam The Naturalist's Miscellany, Jilid 24, pada tahun 1813.

Rujukan[sunting]

  1. Random House Unabridged Dictionary, © Random House, Inc. 2006
  2. The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition Copyright © 2006 by Houghton Mifflin Company
  • Bizarre and Beautiful Noses. Sante Fe, New Mexico: John Muir Publications, 1993.
  • Burbidge M.L., Colbourne R.M., Robertson H.A., and Baker A.J. (2003). Bukti molekul dan bukti biologi yang lain menyokong pengecaman sekurang-kurangnya tiga spesies Burung Kiwi Perang. Conservation Genetics, 4(2):167-177
  • Cooper, Alan et al (2001). Jujukan genom mitokondrion yang lengkap untuk dua moa yang pupus memberikan keterangan tentang evolusi ratit. Nature, 409: 704-707.
  • News In Science
  • NHNZ memiliki filem Kiwi a Natural History, filem dokumentari televisyen 60-minit yang diterbitkan pada tahun 1991.

Pautan luar[sunting]