Burung Siul Selanting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Siul Selanting
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Galliformes
Famili: Phasianidae
Genus: Rhizothera
Spesies: R. longirostris
Binomial: Rhizothera longirostris


Burung Siul Selanting (bahasa Inggeris: Long-billed Partridge) ialah salah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Rhizothera longirostris. [1], [2] Burung Siul Selanting memiliki saiz sekitar 36 cm (14 inci).

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung Siul Selanting boleh didapati di Semenanjung Malaysia di lereng Gunung Benom di Pahang, dan keselatan di Johor. Taburannya terdapat dari Myanmar (Burma), sepanjang Semenanjung Malaysia sehingga ke Sumatera.

Biasanya burung Siul Selanting hidup bersendirian atau berpasangan, seringkali didapati di lembah hutan dalam dan jurang. Biasanya bersahut berpasangan pada maghrib, selepas hujan, dan kadang kala pada waktu malam. [3]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Siul Selanting bersaiz sekitar 36 cm (14 inci). Ia merupakan burung partridge yang tegap dan perang dengan paruh besar dan panjang yang membengkok ke bawah.

Burung Siul Selanting jantan memiliku dada kelabu dan gelang pada bahagian leher. Burung betina pula memiliki dada kemerahan dan berkolar. Turut memiliki pelepah menutup telinga bewarna perang.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Siul Selanting membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Siul Selanting merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan